SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Monday, January 19, 2009

Sejarah Kuala Terengganu.

Setelah selesai PRK Kuala Terengganu,banyak cakap2 belakang berbunyi terutama pihak kepimpinan Kerajaan BN.Mereka semua tidak mengaku kesalahan dan kelemahan yang telah menyebabkan kekalahan kerajaan BN.Saling tuduh menuduh berlaku sehingga Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan membela Najib bahawa Najib tidak boleh dipersalahkan dalam kes ini.Apa pun yang selamat ialah Khairi Jamaluddin,beliau mengambil langkah tidak mahu campurtangan dalam kempen di Kuala Terengganu.Ini terjadi kerana Khairi tidak dicalonkan bahagian Kuala Terenggan sebagai ketua pemuda UMNO sebaliknya Kuala terengganu memilih Mukhriz.

Sejarah telah terlakar di Kuala terenganu apabila DAP buat pertama kali membantu calon pas secara langsung.Lim kit Siang awal2 lagi telah turun di Kuala Terengganu membantu calon PAS Wahid Endut.ini adalah kemajuan dalam pakatan yang menyerlahkan lagi kematangan politik Pakatan rakyat.
Tidak seperti MCA, GERAKAN,yang gagal membantu calon BN secara bersungguh2.Kehadiran pemimpin pakatan rakyat dari pelbagai kaum melambangkan kebijaksanaan politik yang menguntungkan pakatan.
Sejarah juga tercatat apabila pemimpin DAP dan semua pemimpin bukan Islam dalam pakatan bersetuju dengan dasar perjuangan PAS melaksanakan Hudud kepada umat Islam sekiranya Pas memimpin negara ini.
Kehadiran anggota Polis yang terlalu ramai juga antara sejarah yang boleh dicatit pada PRK kali ini.Ada pihak menyebut sejumlah 6000 anggota dan ada menyebut 9000,ada juga 12000,apa pun, jumlah kehadiran mereka sungguh mengejutkan dan merimaskan pengundi2.

Walaupun kita meneng PRK ini,tetapi ia tidak terlepas daripada penyelewengan yang dilakukan oleh BN dan SPR.banyak contoh yang boleh diberikan,tetapi saya mengambil keputusan untuk mengkaji terlebih dahulu penyelewengan tersebut sebelum saya dedahkan nanti.

Setiap kali kita menang ,BN akan menyelar pakatan bahawa apabila kita menang,segala isu pengundi hantu dan penyelewengan BN lesap,sekiranya kalah segala keburukkan BN akan terus didedahkan.Ingin saya jelaskan bahawa,sekiranya kita mendedahkan dan membawa kes2 ini ketengah BN akan mengambil kesempatan mencabar kita membawa kes2 itu kemahkamah.Sekiranya benar wujud sebagaimana yang didakwa kita ,ada kemungkinan pilihanraya tersebut dibatalkan dan diadakan semula.Ini merugikan kita yang telah menang.lebih baik kita bertenang dan teruskan agenda rakyat.

5 comments:

MADiSYAK said...

Berbanggalah nampaknya dengan bantuan Lim Kit Siang ni sehingga dianggap menjadi satu sejarah pula di Kuala Terengganu. Begitu besarnya peranan si kafir ni sehinggakan kita lupa yang kita lawan itu adalah sesama Islam. Memang orang bukan Islam gembira sangat melihat Islam sama Islam bercakaran, mereka boleh ambil kesempatan.

Mereka sedang mentertawakan kita sekarang ini. Kita berbangga pula dengan keadaan itu.

Tuan Guru Haji Hadi bukan main lagi memuji SPR dan pihak Polis yang kata beliau telah menjalankan pilihanraya dengan jayanya tanpa sebarang keraguan. Hantu tidak datang mengundi kali ini. Alih-alih AMK kata ada yang tidak kena dengan SPR. Yang mana betul ni?

Memang kerja kita hendak cari salah sahaja. Tuan Guru dah puji, kita pula yang lebih dari Tuan Guru. Apa lagi yang tak kena? Atau AMK ni memang lebih pandai daripada yang pandai-pandai di kalangan orang-orang pandai?

Entahlah Labu!

amrozi said...

salam madisyak,apa salahnya org bukan islam bantu org islam.Selama ini malaysia di bawah pemerintahan org yang bernma islam,bapanya juga org islam.Malahan malaysia tak ubah seperti negara barat apabial melihat ank muda yang runtuhnya akhlak,ini yang di namakan pemerintahan org islam.Jika nama hanya islam tetapi jiwa tidak islam juga tak guna, nak buat apa!Lebih baik yang bukan islam tetapi mahu menolong orang islam.Dalam islam tiada salah orang bukan islam tolong org islam mungkin dalam fahaman UMNO KUNO mungkin.Hujah ikut akal bukan logik dan marah dengan kekalahan UMNO.

MADiSYAK said...

Saudara,

Inilah penyakit yang susah diubati. Asal orang beri pendapat yang berlainan sedikit dengan kita, terus kita cap orang itu penyokong mana-mana pihak.

Biarlah orang beri pendapat dan kita terima pendapat itu kalau kita fikir ia baik walaupun ia menyakitkan kita.

Saya bercakap kerana keliru dengan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS itu sendiri. Setahu saya Islam mengajar kita berbaik dengan semua orang tanpa prasangka.

Kita sekarang menolak dan menghina sesama saudara Islam dan sebaliknya menjulang orang yang nyata menentang Islam sebagai orang yang cukup agung.

Dan saya mendengar sendiri Tuan Guru Haji Hadi memuji SPR dan pihak Polis, kenapa pihak anda pula menidakkan perkara tersebut?

Memang tidak salah bukan Islam membantu orang Islam, tapi lebih indah kalau kita sesama Islam hidup bantu-membantu.

Anda sendiri pun belum tahu saya ini berada di sebelah mana tapi anda telah menuduh yang bukan-bukan. Itu sifat orang yang mengaku dirinya Islam dan memperjuangkan Islam?

Saya sudah dewasa dan berhujah mengikut akal, bukan kerana BN tewas di KT. Sayapun bukan ahli mana-mana parti. Nampaknya anda 'syok sendiri' dengan kemenangan tersebut padahal anda tidak tahu PR khasnya PKR diundi bukan kerana PKR itu bagus tetapi kerana orang tidak mahu BN.

amrozi said...

jika saudara MADISYAK tidak meyebelahi mana2 masakan saudara menghentam PR khususnya PKR.Kenapa saudara di tengah2 tidak ke kanan atau ke kiri.Hidup kita berperinsip dan berpihak ke mana2 pihak itu biasa tetapi jika tidak mana2 pihak itu luar biasa atau pun penyokong kerajaan,terus terang saya katakan hati anda mungkin berat belah BN kerana ketika zaman reformasi 1998 kebnayakkan orang atasa pagar orang BN di terjemahkan pada PRU 11 2004 BN MENANG BESAR.

Saya tidak mengagungkan orang bukan islam cuma adakah di MALAYSIA ini ada pemerintah islam tetapi tak mcm islam adakah orang islam mcm tu hendk di agungkan??mungkin saudara lebih tua dari saya tetapi walaupun matang masih tak dapat menilai mana yang baik mana yang buruk.Tiada orang di tengah2 semua orang ada keputusan sama ada di kanan atau kiri.jadilah manusia yang berpedirian,opssss awak seorang yang matang rupanya...saya buka gelanggang kita berdebat salam blog amk kedah.kalau btl saudara matang sahut cabarn saya

MADiSYAK said...

Bodohlah saya kalau saya sahut cabaran saudara Amrozi. Kenapa kita harus bertelagah tentang perkara sekecil itu semata-mata untuk kepuasan peribadi.

Saya mempunyai pendapat saya sendiri dan saudara Amrozi mempunyai pendapat yang berlainan pula.

Lagipun saudara Amrozi tidak berani mendedahkan identitinya. Kalau ia betul-betul serius dan berprinsip, sila dedahkan identiti supaya orang tahu latar-belakang Amrozi.

Saya tidak berselindung, malah saudara boleh lihat siapa saya dan dapat mengikuti tulisan saya kalau saudara mahu dengan melayari blog sya.