SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Saturday, November 29, 2008

AMK KEDAH DI KONGRES AMK KE 5
















Kongres AMK Nasional ke 5

Seharusnya pemuda2 wajar berbangga dengan kongress ini kerana program ini berlangsung dengan penuh kelainan dan mempunyai bermacam pembaharuan seperti,pengisian bahan bacaan yang lebih lengkap,kehadiran perwakilan dan pemerhati yang jelas yang lebih baik dari tahun2 yang lepas. ini semua menjelaskan kepada kita bahawa sesuatu yang diharapkan selama ini sudah menampakkan kemajuan.

Apapun manusia biasa hanya mampu merancang,tetapi tuhan yang akan menentukan,seperti firman Allah S.W.T YANG BERBUNYI:Tuhan merancang dan Allah pun merancang,tetapi perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan.

Matlamat kongres mestilah jelas iaitu,tempat dan waktu untuk kita bermesra dan membelah siasat kelemahan AMK serta membetulkanya.

Malangnya,objektif ini tidak semua berlaku.Ruang yang sepatutnya diberikan kepada EXCO untuk berucap dan memberi kritikan serta pandangan terlah di batalkan sepenuhnya,mungkin atas alasan kesuntukan masa.Disini kita mesti kembali kepada matlamat asal berkongres.Sedangkan ucapan dasar ketua AMK terlalu panjang lebar telah mencuri masa kongress,ditambah lagi dengan ucapan timbalan presiden parti iaitu DR.Syed Hussein Ali.Sadangkan ucapan tersebut boleh dipendekkan.

Permasalahan lain juga timbul seperti, kekurangan tag pemerhati ,ini menyukarkan sebilangan pemerhati.Selain itu masalah perwakilan dan pemerhati terpaksa menyanyikan lagu Negaraku dan lagu parti tanpa tanpa minusone.

Walaupun begitu kami tetap menghargai segala kesungguhan seketeriat dan anggota yang telah berusaha bersungguh2 melancarkan kongres ini.Semoga kita berjumpa lagi di lain tempat berkongres.Salam perjuangan dan salam kejayaan.

Wednesday, November 26, 2008

INGATAN SETIAUSHA AGONG

SETIAUSAHA Agung KeADILan, Sallehudin Hashim menasihatkan perwakilan yang menghadiri Kongres Nasional Tahunan Kelima di Stadium Melawati, Shah Alam agar senantiasa menjaga disiplin dan imej parti sepanjang persidangan tiga hari itu.
Beliau menyeru anggota perwakilan dan ahli-ahli parti menunjukkan penampilan diri yang matang dan kemas disamping tidak melakukan perkara yang boleh mencacatkan integriti parti pada pandangan umum.
“Saya minta supaya kita berkelakuan baik dan tunjukkan kepada negara bahawa kita sudah mencapai tahap seperti parti pemerintah. Kalau boleh pakailah pakaian yang menggambarkan kematangan individu.“Kita berkongres bukan demontrasi jalanan. Jadi sekurang-kurangnya kita berpakaian kemas.“Kalau hari pertama kita minta ahli pakai baju Melayu dan yang bukan Melayu memakai tali leher dan jaket.“Kita mengharapkan perubahan dari orang lain jadi apa salahnya kita menunjukkan bahawa kita menghayati perubahan bermula daripada individu,” terang Sallehudin lagi.
Sallehudin juga menyeru ahli-ahli supaya menghayati prinsip perjuangan parti serta memahami dasar perjuangan yang dibawa agar parti akan bertambah kukuh dan mantap dengan dokongan komitmen daripada ahli.
“Kongres ini akan memberi peluang kepada ahli-ahli untuk memgetahui dengan lebih mendalam lagi tentang tiga perkara iaitu apakah perjuangan kita, apakah matlamat kita dan yang paling penting sekali apakah yang diharapkan daripada kita sebagai seorang ahli,” ujar beliau lagi.
Sallehudin juga berharap perwakilan dari Semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan bersama-sama menghayati visi yang ditonjolkan oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim bahawa KeADILan membawa nilai-nilai sejagat dan kefahaman kemanusiaan dan bukan sekadar politik semata-mata.



SUMBER;SUARAKEADILAN 26 NOV 2008

SELAMAT BERKONGRES


Kongres AMK peringkat NASIONAL akan di adakan pada 28 hb 2008 bertempat STADIUM MELAWATI SHAH ALAM,para perwakilan dan pemerhati dari seluruh MALAYSIA termasuk SABAH dan SARAWAK akan berkumpul di STADIUM MELAWATI.Program bermula jam 9 pagi hingga ke 5 petang,antara pengisian KONGRES kali ini adalah di beri peluang kepada setiap negeri untuk menghantar wakil untuk berbahas atau membuat cadangan dan sebagainya,inilah pertama kalinya selepas kemenangan beberapa negeri jatuh ke tangan PAKATAN RAKYAT
menghimpunkan AMK seluruh MALAYSIA di dalam usaha memantapkan parti dan juga AMK khususnya.Semoga KONGRES kali ini memberi manfaat kepada seluruh AMK KEDAH terutamanya di dalam mengharungi keadaan politik yang semakin mencabar dan memerlukan persefahaman dan kesepakatan sesama kita,oleh itu di ucapkan SELAMAT BERKONGRES KEPADA SEMUA AMK KEDAH.

Tuesday, November 18, 2008

KONVENSYEN AMK KEDAH

Pada 27 hb DIS 2008 AMK KEDAH akan mengadakan konvensyen peringkat negeri KEDAH,konvensyen ini di hadiri oleh wakil2 setiap AMK BAHAGIAN dan CAWANGAN di seluruh NEGERI KEDAH.Objektif konvensyen ini adalah bertujuan memberi ruang kepada akar umbi dan juga pemimpin di peringkat bahagian untuk melontarkan pendapat dan juga pandangan secara peribadi mahu pun mewakili bahagian,dalam pada itu juga dapat berkongsi idea2 untuk memantapkan organisasi AMK itu sendiri dan PARTI KEADILAN RAKYAT(PKR) khususnya.Antara tetamu daripada MPT selain KETUA AMK PUSAT,AMK KEDAH turut mengundang pengarah strategi PKR iaitu YB SAIFUDIN NASUTION dalam pada itu AMK KEDAH turut mengundang MP GOMBAK iaitu YB AZMIN ALI untuk memeriahkan program konvensyen AMK KEDAH yang julung kali di adakan.AMK KEDAH juga akan menerbitkan majalah sempena konvensyen AMK KEDAH kali ini serta dalam pada waktu yang sama AMK KEDAH akan membuka kaunter pendaftaran ahli baru PKR di dalam menambahkan jumlah ahli di seluruh MALAYSIA.Sebarang pertanyaan mengenai konvensyen atau ingin menghulurkan sumbangan bagi menjayakan konvensyen kali ini boleh berhubung dengan saudara AZMAN NASRUDIN iaitu setiausaha AMK KEDAH di no 0194085232.