SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Saturday, March 28, 2009

BAHAN KEMPEN





BAHAN UNTUK KEGUNAAN PENAMAAN CALON PRK N25.BAHAN-BAHAN TERSEBUT DI SEDIAKAN OLEH AMK KEDAH(UNIT LOGISTIK).

Thursday, March 26, 2009

TASEK APONG


AMK KEDAH sebentar tadi mengiringi DATO' SERI ANWAR IBRAHIM ke siri ceramah di tiga tempat di dalam kawasan BUKIT SELAMBAU.Selepas selesai program ceramah yang di atur,AMK KEDAH bersama KETUA UMUM PKR makan bersama di sebuah RESTORAN di dalam JDM TASEK APONG.

Saturday, March 21, 2009

PERANG FITNAH BERMULA DI BUKIT SELAMBAU

Belum pun reda dengan kejutan calon muka baru Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat, sdr Manikumar a/l Subramanian, Bukit Selambau dikejutkan pula dengan fitnah terbaru yang sedang cuba diwar-warkan oleh kelompok pengkhianat perjuangan parti yang didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Semalam blog KedahLanie dalam satu tulisan oleh penulis tamu, Jin Brabus mendedahkan bahawa kini wujud tuduhan baru bahawa kononnya 2 pemimpin kanan PKR Kedah dijanjikan KERETA BARU sekiranya sdr Manikumar berjaya dijadikan sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau kali ini. Fitnah tersebut juga mengatakan antara lainnya bahawa kedua-dua pimpinan kanan PKR negeri tersebut adalah antara mereka yang paling kuat melobi kepada Dato Seri Anwar agar sdr Manikumar terpilih sebagai calon.

Sumber-sumber blog n25bukitselambau mendapati bahawa fitnah tersebut rupa-rupanya ditujukan kepada Pengarah Pilihanraya negeri PKR, YB Dato’ Johari Abdul dan Pengarah Pilihanraya Kecil N25 Bukit Selambau, sdr Saiful Izham Ramli, yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri Kedah serta Naib Ketua PKR Bahagian Merbok. Fitnah tersebut sedang tersebar dengan meluas di kalangan para penyokong dan ahli parti oleh kelompok yang kecewa calon pilihan mereka tidak dipilih serta kelompok pengkhianat parti yang selama ini ditaja oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Ketika ditemui, sdr Saiful, yang juga merupakan peguam Dato Seri Anwar dengan tegas menafikan fitnah tersebut. Dalam ucapan beliau semasa majlis khenduri doa selamat perasmian Bilik Gerakan Utama AMK Kedah serta meraikan para petugas Pakatan Rakyat semalam, beliau mencabar mereka yang menyebarkan fitnah tersebut untuk berani tampil ke hadapan dan mengemukakan sebarang bukti terhadap tuduhan tersebut. ”Kalau betul anak jantan nak berpencak silat politik, jangan jadi bacul, tampilkan diri dan kemukakan sebarang bukti! Kalau tidak tunggu saman saya di mahkamah”

”Ini bukan kali pertama saya difitnah dan diduga sebegini rupa! Tahun lalu, semasa kertas pencalonan saya ditolak oleh SPR atas alasan kononnya saya gagal mengemukakan penyata perbelanjaan pilihanraya 2004, saya difitnah kononnya telah menerima sogokan sebanyak RM3 juta untuk mensabotaj parti. Alhamdulillah, kebenaran terbukti juga bila kelompok yang memfitnah saya mengisytiharkan diri mereka keluar parti selepas mereka gagal untuk mensabotaj pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu apabila tembelang mereka kita dedahkan sebelum perbuatan khianat mereka berjaya dilaksanakan! Mereka boleh merancang, dan kita juga boleh merancang, tapi akhirnya perancangan Allah jua yang mengatasi segala-galanya! Saya juga tahu masih ada saki baki kelompok pengkhianat ini dalam parti, dan saya tahu siapa mereka!”

Saiful menjelaskan PKR Kedah sudah menjangkakan episod pengkhianatan parti akan terus berlaku sepanjang tempoh kempen pilihanraya kali ini, dan jentera parti yang ditunjangi oleh AMK negeri sudah jauh lebih bersedia kali ini. Dari penajaan calon bebas Melayu hingga pengisytiharan keluar parti atas alasan tidak bersetuju dengan calon pilihan pimpinan PKR, pelbagai kaedah dan fitnah akan digunapakai bagi menimbulkan keraguan di kalangan petugas parti Pakatan Rakyat kali ini. ”Butiran perbincangan dan perancangan kelompok pengkhianat ini sudah lama sampai ke pengetahuan kita, kerana ada kebocoran maklumat dari kalangan mereka sendiri!”

Bila ditanya tentang soal calon, Saiful mengakui bahawa beliau sendiri kurang mengenali sdr Manikumar sebelum pengumuman calon semalam, dan menjangkakan bahawa calon yang menjadi pilihan adalah hanya di antara Sdr Marsilamani dan sdr Dr Krishnamoorthy, yang juga merupakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah.

”Sdr Marsilamani adalah rakan aktivis awal yang cukup rapat dengan saya serta bersama-sama menubuhkan parti di Merbok, manakala Dr Krishnamoorthy adalah naib ketua saya sendiri dalam AMK negeri. Kedua-duanya adalah calon anak muda yang paling berpotensi dan punya kredibiliti tersendiri dalam konteks pilihanraya kecil kali ini. Dalam soal pemilihan calon, AMK negeri dalam satu mesyuarat khas 5 minggu lalu sudah lama membuat keputusan untuk mengambil sikap berkecuali dan hanya akan menumpukan pada kerja-kerja persiapan operasi jentera pilihanraya parti. Namun, bila parti sudah membuat keputusan, AMK negeri akan akur dan akan berusaha keras bagi memastikan kemenangan calon parti dan Pakatan Rakyat Kedah”, ujar beliau.

Ketika turut dihubungi oleh n25bukitselambau, YB Dato’ Johari Abdul juga menegaskan penafian yang sama. ”Saya dah lama dalam sepak terajang dan tipu muslihat politik UMNO dan Barisan Nasional. Cerita fitnah sebegini adalah kaedah politik basi yang orang tak pakai dah! Kalau penyebar fitnah tersebut berani, tampilkan diri dan mari kita bersemuka!”

Dalam satu perkembangan yang berkaitan, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat telah mengeluarkan satu pekeliling khas kepada semua petugas-petugas parti yang akan bertugas dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau. Pekeliling bertarikh 11 Mac tersebut menyebut antara lainnya ialah 3 individu, iaitu Zamil Ibrahim, Radzi Mohd Lazim serta Jayagopal a/l Adaikkalam tidak dibenarkan bergiat atas nama parti atau diiktiraf sebagai ahli parti sehingga notis selanjutnya. Kami difahamkan ketiga-tiga mereka sama ada telah dipecat atas sebab pengkhianatan terhadap parti (Zamil dan Radzi) atau digantung (Jayagopal) keahlian atas salah laku disiplin yang serius.

Kami juga difahamkan dari sumber dalaman parti bahawa sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil ini, beberapa individu lain dari Kedah akan turut tidak dibenarkan berada di mana-mana bilik gerakan parti kerana disyaki terlibat dalam cubaan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah serta merancang untuk mengkhianati parti dengan bersekongkol dengan UMNO. Kita juga dimaklumkan bahawa pekeliling yang serupa pernah dikeluarkan oleh parti semasa kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu. Kami akan mendedahkan nama individu-individu tersebut setelah beroleh pengesahan rasmi dari parti.

Untuk sdr Manikumar dan seluruh jentera AMK Kedah, kami mengucapkan selamat berjuang! Perjuangan kita baru bermula! Reformasi!!

Thursday, March 19, 2009

MESYUARAT PILIHANRAYA


AMK KEDAH telah mengadakan mesyuarat sempena PRK N25 BUKIT SELAMBAU.Mesyuarat tersebut melibatkan seluruh KETUA-KETUA AMK seluruh bahagian di KEDAH.AMK KEDAH juga mengucapkan TAHNIAH kepada saudara S MANIKUMAR kerana di pilih sebagai calon PKR MEWAKILI PR.AMK KEDAH akan berusaha bersungguh-sungguh demi memastikan kerusi N 25 BUKIT SELAMBAU kekal milik PR.

Saturday, March 14, 2009

DARI SIK KE BUKIT SELAMBAU











Setelah kursus kepimpinan AMK KEDAH berakhir,AMK KEDAH telah berkonvoi ke PEKAN BUKIT SELAMBAU.Di dalam konvoi tersebut terdapat sekitar 15 buah kereta menyertai KONVOI ke BUKIT SELAMBAU .Bermula dari PEKAN SIK terus menuju ke BUKIT SELAMBAU.Perjalanan dari SIK ke BUKIT SELAMBAU mengambil masa hampir satu jam .Tibanya di PEKAN BUKIT SELAMBAU AMK KEDAH telah mengedarkan risalah ke seluruh kedai-kedai dan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.Program berakhir dengan minum petang di warung dalam pekan BUKIT SELAMBAU.

KURSUS KEPIMPINAN AMK KEDAH














































Kursus kepimpinan AMK KEDAH telah diadakan di KEDA RESORT BENDANG MAN SIK pada 13 dan 14 hb MAC 2009.Kursus tersebut berjaya menghimpunkan pemimpin-pemimpin AMK seluruh negeri KEDAH.Penyertaan hampir 90 orang di dalam kursus tersebut telah mencapai sasaran yang di harapkan.Komitmen peserta ketika kursus di jalankan amat membanggakan,hampir semua peserta berjaya mengikuti kursus dari mula hingga akhir.AMK KEDAH telah mengundang beberapa pemimpin PKR PUSAT untuk memberi tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman.Mereka terdiri daripada PENGARAH STRATEGI PKR(YB SAIFUDDIN NASUTION)SETIAUSAHA AGUNG PKR(DATO SALAHUDIN HASHIM)TIMBALAN KETUA AMK PUSAT(SAUDARA FARIZ MUSA)MP SUNGAI PETANI(DATO JOHARI ABDUL) dan MPT PKR merangkap ketua AMK KEDAH(SAIFUL IZHAM RAMLI).Objektif yang utama diadakan kursus kepimpinan ini bertujuan untuk menghadapi PRK N 25 BUKIT SELAMBAU.Syabas dan tahniah kepada seluruh urusetia program dan juga para peserta di dalam menjayakan program kursus kepimpinan kali ini.Di harap segala ilmu dan maklumat yang di perolehi dari kursus ini dapat di gunakan untuk memantapkan PKR dan AMK.

Sunday, March 8, 2009








Program pidato DSAI berjalan dengan lancar di bawah pengurusan AMK KEDAH.Di dalam program tersebut PAS dari cawangan BUKIT SELAMBAU turut menghulurkan bantuan. Sungguh pun keadaan cuaca hujan program tersebut telah di hadiri sekitar 10 ribu orang memenuhi setiap penjuru padang.Kehadiran DSAI telah menyuntik semangat orang ramai untuk terus bertahan mendengar pidato DSAI walaupun dalam keadaan hujan.Turut hadir adalah pemimpin PKR PUSAT dan juga pimpinan PKR KEDAH.Jutaan terima kasih kepada para petugas yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut.


PPSMI

video

Saturday, March 7, 2009

Wednesday, March 4, 2009

Tuesday, March 3, 2009

DI SAMAN RM2000 KERANA PEMBAKARAN TERBUKA


Semenangnya cheGuBard sudah dihubungi oleh Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan untuk hadir ke Pajabat mereka untuk diambil keterangan dan tindakan lanjut kerana melakukan pembakaran terbuka. Ini merujuk kepada pembakaran dokumen rasuah di hadapan Pejabat SPRM minggu lepas.


Namun tidak pasti adakah benar akan dikenakan saman serta tidak pasti mengenai jumlahnya.Jika dirujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan sila klik sini menyatakan saman berjumlah RM2000 dikeluarkan kerana pembakaran terbuka. Dibawah undang - undang terbabit jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua duanya sekali dibawah akta kualiti alam sekitar 1974, seksyen 29A.


Haaaaa.....haaaa... dengar jumlah wang denda itu cheGuBard gelak besar... tidak menentang undang - undang alam sekitar tetapi jika membakar dokumen yang pembakaranya cuma tak sampai 3 minit kerana dipadamkan oleh jaga Kompleks Kerajaan Putrajaya dan polis berpakaian biasa boleh dikenakan denda maka tentu kerajaan Malaysia akan kaya kerana cheGuBard nak serah bukti banyak lagi pembakaran terbuka.