SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Wednesday, August 6, 2008

Ptg.Pauh

Ptg. Pauh
Salam sejahtera dan salam REFORMASI
Gembira,sedih dan kecewa.Itulah gambaran benak hati ini apabila Ptg.Pauh di istiharkan sbg kawasan keramat untuk mengangkat DSAI sebagai PM.
Gembira apabila masa yang telah lama ditunggu telah tiba ,ibarat menyambut hari lebaran setelah penat berpuasa,Perjalanan DSAI untuk sampai kepuncak perjuangan makin menghampiri.Maka tak hairanlah apabila terkejut juak2 BN dengan keadaan tersebut dan mula mengambil langkah sumbang.
Sedih kerana seorang srikandi reformasi iaitu DS Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai ahli parlimen Ptg.Pauh selama tiga penggal ,dantelah sampai kepenghujung.Pelbagai kenangan suka duka telah kita lalui sejak dibawah pimpinan DSWA.Saya tidak lagi mempunyai kata2 yang termampu saya jelmakan untuk mengambarkan kehebatan DSWA sebagai pimpinan PKR selama ini.Tak dapat saya bayangkan bagaimana daripada seorang isteri yg hanya mengurus rumahtangga dan sekali sekala turun kepadang,tiba2 menjadi seorang wanita yang tabah membawa parti sehingga setinggi ini membela suami yang teraniya dan dizalimi.DSWA akan terpahat sebagai wanita tehebat Malaysia di era moden ini.Jutaan kemaafan dan penghargaan mengiringi pengunduran DSWA daripada AMK Kedah
Kecewa kerana Kerajaan BN masih lagi mengguna taktik lama dan hodoh untuk menghadapi DSAI.Filem lama ditayangkan kembali dengan harapan rakyat akan terpedaya.Media masih lagi dikongkong walaupun selepas 8 Mac.
Apapun terjadi Amk Kedah akan terus menghulur segenap bantuan kepada Parlimen Ptg.Pauh.bukan sahaja kami mahukan kemenangan di Ptg.Pauh tetapi jauh daripada itu, iaitu memastikan DSAI menjadi PM InsyaAllah.Saya menyeru semua tenaga muda digembeling bersama sepenuhnya demi merialisasikan impian rakyat Malaysia.REFORMASI!!!!!!!!!!!