SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Thursday, October 29, 2009

KENYATAAN KETUA AMK KLANG

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Klang hari ini mendedahkan ‘perwatakan’ sebenar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang mengumumkan keluar dari PKR semalam dan menjadi Adun bebas semalam.

Ketua AMK, Cabang Klang, Irwan Ismail dalam satu kenyataan memberitahu alasan perletakan jawatan yang diberikan Badrul itu sebagai menutup pekongnya yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai masalah.

“Beliau harus sedar bahawa, kegagalan kepimpinan dan sikapnya sendirilah yg menjadi sebab utama punca masalah di Dun Pelabuhan Klang dan sangat tidak wajar serta matang, menyalahkan pihak lain khususnya YAB MB Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Selangor,” kenyataannya dipetik.

Irwan ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan dakwaan tersebut.

Badrul tegasnya tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat di Dun Pelabuhan Klang sejak menang Pilihan Raya Umum, Mac 2008 lagi.

Beliau didakwa jarang turun padang dan tidak mesra rakyat selain menghabiskan peruntukan yang deberi kerajaan negeri Selangor dari 2008 hingga pertengahan 2009 secara meragukan.

Tegasnya lagi, tiada program yang dibuat Badrul untuk menyalurkan sumbangan kepada rakyat di kawasannya.

“Beliau tidak turun padang dan kurang mesra dgn rakyat, peruntukan beliau utk tahun 2008 sehingga pertengahan 2009 dihabiskan secara meragukan, dengan tiada program & sumbangan kepada mereka yg layak menerimanya,” katanya lagi.

Selain itu, beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan negeri bahkan sering tidak hadir program rasmi kerajaan negeri yan diadakan di kawasannya sendiri.

Sifat Badrul yang eksklusif juga didakwa menyebabkan bukan sahaja beliau terlalu sukar duhubungi dan dutemui rakyat, bahkan oleh pucuk pimpinan PKR sendiri.

AMK Cabang Klang ketanya telah berusaha membantu beliau dalam urusan pentadbiran Dun Klang selain memaklumkan program-program terkini parti, namun usaha menghubungi Badrul tetap gagal.

Sehubungan itu AMK katanya menyeru agar seluruh rakyat di Pelabuhan Klang bertenang dan tidak terpedaya dengan putar belit Badrul.

Mereka juga akan terus menjalankan program biarpun tanpa kehadiran Badrul demi memastikan hak dan kepentingan rakyat khususnya di Pelabuhan Klang terus dibela.

Badrul Hisham pada satu sidang media semalam mengumumkan keluar dari PKR dan mengisytiharkan diri beliau sebagai Adun bebas yang ‘mesra BN’.

Beliau memberi alasan kes liwat membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau berbuat demikian.

Tiga lagi turut didakwa beliau sebagai punca adalah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan setiausaha politiknya kepada Khalid, Nik Nazmi Nik Ahmad.

AMK Klang juga bagaimanapun yakin tindakan Badrul itu akibat telah ‘dipengaruhi’ oleh ‘orang ezam’

Ia kerana Badrul dilihat banyak dipandu bekas setiausaha PKR Selangor, Nizam Rosli sewaktu menjawab soalan para wartawan.

Nizam juga dikenali sebagai rakan karib bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor meninggal PKR dan menyertai Umno selepas tidak sehaluan lagi dengan Anwar

harakahdaily

KENYATAAN PRESIDEN PARTI PKR


Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.

Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.

Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Saturday, October 24, 2009

CEO PROJEK WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR LETAK JAWATAN


KUALA LUMPUR, Oct 24 — The country’s showpiece economic corridor, Iskandar Malaysia, has been rocked with the sudden resignation of chief executive officer Harun Johari just months after his appointment.

He also becomes the second CEO to exit the Iskandar Regional Development Authority (IRDA) since it was set up in November 2006, following the footsteps of Datuk Ikmal Hijaz. Harun’s departure will raise more red flags over a project which has been long on announcements and master plans but painfully short on visible changes on the ground.

It also calls into question Khazanah Nasional’s acumen in picking senior officials to drive this ambitious project.

The Malaysian Insider understands that Harun tendered his resignation on Thursday but talk of his possible departure has been swirling since it became apparent that he was not on the same page as senior Johor officials including the Johor mentri besar, the co-chairman of IRDA.

A stalwart at Shell for more than two decades, he was the CEO of the Port of Tanjung Pelepas before being tapped for the IRDA spot. An introvert, he brought in a clutch of former executives from Shell to shake up the lacklustre IRDA and focus the staff on achieving goals. His strength at Shell was to get the processes right but his critics argued that he lacked charisma and confidence for the senior position.

Powerful Johor civil service officials complained that he did not engage them directly. He also faced some resistance from IRDA staff who were loyal to Ikmal. In July, he became the target of a blog called IRDA Watch.

It is unclear who will replace Harun but Johor politicians feel that the position should be given to a senior official of the Johor civil service, instead of leaving the head-hunting to Khazanah Nasional.

In the Budget unveiled yesterday, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced an attractive tax structure for those working in Iskandar in an attempt to kick start a project which showed much promise when launched from Tun Abdullah Ahmad Badawi in 2006.

But bureaucracy, politicking and lack of leadership has seen confidence about turning Iskandar Malaysia into a global metropolis and the country’s next engine of growth curdle into cynicism.

BELANJAWAN YANG RAPUH

Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan jelas memperlihatkan kerapuhan kewangan kerajaan pimpinannya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Thony Phua berkata kelompongan ekonomi negara berpunca daripada sikap boros kerajaan dalam membelanjakan hasil penjualan petroleum negara yang meningkat.

Menurutnya dalam keadaan ekonomi yang merosot, langkah kerajaan mengurangakan perbenlanjaan dalam bajet berkenaan akan mengakibatkan langkah awal yang direncana untuk memulihkan ekonomi negara terjejas.

“Antara langkah terejejas adalah perkhidmatan pengangkutan awam di mana dalam bajet tahun lalu oleh Pak Lah ada satu peruntukan RM35 billion selama lima tahun dari 2009 sehingga 2014 tetapi pada bajet tahun ini peruntukkan untuk pengangkutan awam macam langsung tidak nampak.

“Kita hendak tanya RM35 billion yang diperuntukkan sejak tahun lalu, apakah yang digunakan bagi tahun ini untuk mempertingkatkan pengangkutan awam di Malaysai. Kita amat kecewa sistem pengangkutan awam ini telah dipinggirkan dan kalau kita lihat peruntukan perbelanjaan bagi pengangkutan telah turun sebanyak 22 peratus,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya mengenakan caj RM10 ribu untuk satu sijil Kelulusan Permohonan (AP) jauh sedikit berbanding harga pasaran sebenar.

Katanya tindakan ini seupama mempunyai agenda tersembunyi kerana kerajaan seharusnya mengenakan caj AP mengikut harga pasaran semasa bagi meningkatkan pendapatan negara.

“Saya hendak tanya mengapa hanya dicaj RM10ribu jika harga pasaran diluar bagi setiap satu AP bernilai RM40 ribu hingga RM50 ribu. Kenapa kerajaan tidak mengadakan satu pilihan secara terbuka di mana pihak usahawan atau syarikat membuat permohonan secara terbuka untuk membeli AP ini dengan harga lebih tinggi supaya kerajaan mendapat harga yang lebih tinggi.

“Ini amat meragukan walaupun sekarang dikenakan caj RM10 ribu tetapi ia sangat rendah dan tidak mengambil kira harga pasaran setiap satu AP,” katanya.

Sementara itu, Pakar ekonomi yang juga ahli parlimen Kelang, Charles Santiago menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menerangkan secara terperinci bagaimana kerajaan akan membantu meningkatkan tahap sosio ekonomi rakyat dalam Pembentangan Bajet 2010, petang tadi.

Menurutnya, diawal pembentangan berkenaan Najib menwar-warkan untuk menukar corak ekonomi Malaysia kepada ekonomi pendapatan tinggi, namun sepanjang pembentangan tiada pandangan atau analisis terperinci berhubung rancangan berkenaan.

“Dalam pembentangan bajet 2010 Perdana menteri mengatakan bahawa tujuan bajet ini sebagai pemulaan tukar corak ekonomi dari lowage kepada high income economi, tapi selepas dua janm tidak ada satu pandangan yang meyakinkan rakyat bagaimana kerajaan akan menukar corak ekonomi kita ini.

“Saya fikir itu satu kelemahan besar, semua orang tahu Malaysia sedang hilangkan daya saingan dengan Negara lain, dalam index yang dikeluarkan World Ekonomi Report jelas menngatakan Malaysia turun dari tahun lalu, dan mana-mana fakta ekonomi bahawa pelaburan di Malaysia daripada peniaga Malaysia telah jatuh, eksport jatuh dan ini isu yang dibangkit oleh Pedana Menteri yang dikeluarkan iaitu bagaimana kerajaan cadang untuk menukar corak ekonomi Malaysia namun tiada pandangan yang kerajaan cadang untuk tukar corak ekonomi Malaysia,”katanya.

Menurutnya, Najib seperti menawarkan gula-gula politik untuk pengundi di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat dalam cubaan membeli semula sokongan mereka.

“Bajet ini tujuan mereka adalah untuk terima balik atau pulang balik rakyat Malaysia yang telah undi pihak pakatan rakyat tahun 2008, itu memang jelas, relocation basmi kemiskinan adalah sangat tinggi, ini jelas bahawa matlamat kerajan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional itu memang jelas,” katanya

DSAI PERTIKAI BN MAHU BELA ASKAR

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi tidak menyebut langsung tentang sektor pertahanan.

Sedangkan, kata bekas menteri kewangan itu, kerajaan baru-baru ini menyatakan untuk membela golongan tersebut sewaktu berkempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, awal bulan ini.

“Seingat saya inilah kali pertama ia berlaku,” katanya selepas pembentangan Bajet 2010 di Dewan Rakyat petang semalam.

Penasihat PKR itu berkata terdapat beberapa kelemahan asas dalam menangani defisit belanjawan.

“Walaupun unjuran itu akan berkurangan kepada 7.4 peratus, tetapi kenyataan bahawa pelaburan kita menjunam – ini angka yang cukup mengejutkan – daripada RM19.7 bilion kepada RM3.3 bilion,” katanya.

“Jumlah ini yang perlu disiasat dan diteliti kerana ia tidak selaras dengan negara-negara serantau seperti China dan India yang pelaburannya meningkat akhir-akhir ini.”

Anwar juga berkata, bajet tersebut juga memperkenalkan bebanan baru kepada rakyat melalui caj penggunaan kad kredit sebanyak RM50.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula berkata, bajet itu satu bentuk diskriminasi dan tidak selari dengan tema ‘1Malaysia, Kemakmuran Bersama’ apabila hanya memberikan pengurangan cukai kepada pekerja pengetahuan di Wilayah Iskandar semata-mata.

“Sebenarnya kemajuan hanya dipilih untuk kawasan-kawasan tertentu dan golongan-golongan tertentu sahaja,” katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menyifatkan isu pembangunan industri halal “sekadar pengulangan tanpa pembaharuan seperti yang dinyatakan dalam belanjawan terdahulu”.

“Secara realitinya Malaysia masih lagi ketinggalan dalam bidang ini berbanding dengan Thailand dan China yang bukan beragama Islam.

“Perkara ini tidak dipindahkan dalam bentuk tindakan walaupun sudah lama kita dengar,” katanya.

Beliau menyambut baik manfaat-manfaat yang diberikan kepada rakyat melalui bajet tersebut, misalnya pengurangan cukai individu.

Sunday, October 18, 2009

BALASUNGKAWA

Sebentar tadi(19 okt o9) ibu kepada KETUA AMK KEDAH SAIFUL IZHAM RAMLI telah kembali ke rahmatullah,jenazah kini berada di rumah keluarga beliau di TAMAN PERUDA SG PETANI.Kami seluruh AJK AMK KEDAH mengucapkan takhziah di atas pemergian ibu saiful.Jenazah akan di kebumikan selepas solat asar

AL FATIHAH

Friday, October 16, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Penganut Hindu kini mulai sibuk menyediakan kelengkapan bagi menyambut hari Diwali atau Deepavali. Cumanya di sini sambutan Onum lebih besar berbanding Diwali.

Pengalaman di Kerala; utamanya di Calicut dan Mallapuram ketika ini mengingatkan saya kepada kajian lama Amartya Sen mengenai tahap pendidikan asas di Kerala yang pernah suatu ketika mengatasi pencapaian di New York sekitar tahun 1970-an.

Cukup mengasyikkan tatkala menyorot kembali permuafakatan di antara Muslim dan penganut Hindu, saat itu tidak berlaku sebarang pergaduhan atau rusuhan agama kerana masyarakat kebanyakan mengamal sikap keterbukaan dan menerima percanggahan pendapat sebagai suatu proses mencari persefahaman.

Manakala penyerapan perubatan moden dan Ayurveda dapat dihayati dengan baik serta diterima semua sebagai warisan tempatan.

Menjelang Diwali, maka saya teruja mengembara ke dalam dunia Ramayana dan Mahabharata yang penuh mitos, dengan mengadunkan peranan Tuhan mereka yang dianggap kudus tetapi juga bersifat fana, dan juga persoalan nilai kemanusiaan dan haiwan.

Kisah pertembungan dan wacana segar saperti yang berlaku di antara Krishna dan Arjuna telah menyebabkan ianya menjadi sebuah kisah yang kekal relevan hingga kini. Pokoknya karya besar tersebut mampu menjadi teladan hidup dan tritis sosial yang bermakna.

Saya sengaja menjemput saudara menghimbau kembali persoalan Diwali dengan ucap selamat, keraian persaudaraan dan usaha memupuk persefahaman yang abadi.

Buat semua yang meraikan hari Deepavali, saya mengucapkan Deepavali Nal Valthukal!

ANWAR IBRAHIM