SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Thursday, May 13, 2010

KEDAH TIDAK AKAN BUBAR DUN KETIKA INI

Kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Rakyat mengetepikan amaran wakil rakyat Bebas Zulkifli Noordin tentang kemungkinan episod “Perak Kedua” sambil menegaskan, tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) buat masa sekarang.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat negeri mengakui sedang mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesemua 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kekal bersama ikatan itu, sekali gus mengelakkan nasib yang menimpa Perak awal tahun lalu apabila tiga wakilnya keluar parti.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan beliau tiada rancangan untuk mendapatkan perkenaan Sultan Kedah bagi membubarkan DUN memandangkan tiada tanda-tanda akan wujudnya kemungkinan keluar parti.

“Ia cuma mengadakan perbincangan dengan mereka malam tadi dan saya yakin dengan kesetiaan mereka.

“Tiada masalah dalam Pakatan. Masalahnya hanya daripada Adun dari Barisan Nasional,” kata beliau ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Azizan mengetepikan jangkaan Zulkifli, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu bahawa “Perak Kedua” akan wujud tidak lama lagi dan meminta sebuah kerajaan negeri, tanpa merujuk kepada Kedah, supaya bersiap sedia untuk mengelakkan situasi seumpama dengan membubarkan DUN.

“Jika dia mengatakan majoriti Kedah terlalu kecil, jadi bagaimana kerajaan (PAS) Kelantan berjaya kekal dalam kuasa dengan perbezaan satu undi?

“Jika ahli-ahli PKR berfikir macam Zulkifli, maka bukan sahaja beberapa akan keluar parti - dia tidak boleh mengisytiharkan bahawa beberapa orang akan lompat parti macam dia kerana kami mempunyai hubungan baik dalam Pakatan,” katanya.

Sebaliknya Azizan mencabar Zulkifli agar meletakkan jawatan dan bertanding semula di kerusi Kulim-Bandar Baharu jika merasakan mempunyai pengaruh yang besar.

Katanya, orang ramai sudah tidak lagi menyokong Zulkifli, yang sudah pun sudah lagi tidak kredibel di Kedah.

“Jika dia berani, dia harus meletakkan jawatan,” katanya.

Pengerusi PKR Kedah Datuk Johari Abdul mengakui pemimpin-pemimpin Pakatan di negeri itu mengambil langkah cukup berhati untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya bekas pemimpin Umno dan saya mempunyai ramai kawan dalam Umno.

“Kami peka dengan perkembangan dan tiada sebarang petanda buat masa sekarang,” katanya.

“Satu perkara yang pasti, tiada mana-mana wakil rakyat PAS akan lompat parti. Mereka terikat dengan bai’ah yang mereka telah buat,” katanya.

Johari memberitahu, meskipun kesemua tiga Adun PKR keluar parti, BN masih tiada cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.

Kelmarin, Zulkifli Noordin membayangkan episod Perak tumbang berulang dalam waktu terdekat sambil menasihatkan sebuah “kerajaan negeri Pakatan Rakyat” agar mengambil langkah untuk membubarkan DUN.

Zulkifli memberitahu The Malaysian Insider, dua Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan keluar dalam waktu terdekat.

Tindakan itu menurut wakil rakyat Bebas ini, boleh menyebabkan tumbangnya satu lagi kerajaan negeri mirip Perak awal tahun lalu.

Pakatan Rakyat kini memimpin Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Kini tumpuan menghala ke arah Kedah kerana perbezaan kerusi antara Pakatan Rakyat dan pembangkang termasuk Barisan Nasional (BN) cuma empat.

Daripada 36 kerusi di DUN, Pakatan Rakyat mempunyai 20 kerusi dengan PAS memiliki 16, PKR tiga dan DAP satu manakala BN pula 14 dan dua lagi merupakan wakil rakyat Bebas yang pro-BN.

Bulan lalu, Azizan ada memberitahu bahawa beliau akan memohon pembubaran DUN jika ada lagi yang memutuskan untuk keluar parti. -TMI

Monday, May 10, 2010

PERKHEMAHAN AMK KEDAH DI LATA SEDIM







Pada 8 dan 9 hb mei 2010 AMK KEDAH telah mengadakan satu aktiviti perkhemahan di LATA SEDIM,ia terletak di dalam PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU.Program tersebut di hadiri seramai 35 orang yang terdiri daripada EXCO AMK KEDAH dan wakil setipa AMK CABANG di dalam NEGERI KEDAH.Program di adakan selama satu hari satu malam mendapat kerjasama penuh daripada perserta yang hadir dan berjalan lancar.Program bermula seawal 10 pagi dan berakhir pukul 12 tengahari keesokkannya.

CHEGU BARD antara tetamu istimewa yang hadir sebagai panel khas di dalam menjayakan program motivasi pada sebelah malamnya.Tidak ketinggalan hadir iaitu AZMAN NASRUDIN (TIMBALAN KETUA AMK KEDAH) dan KETUA PENERANGAN AMK KEDAH saudara ADAM.KETUA AMK KEDAH SAIFUL IZHAM RAMLI tidak dapat bersama menjayakan program perkhemahan tersebut kerana kenderaan beliau mengalami kerosakkan menyebabkan beliau tidak dapat sampai ke LATA SEDIM.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada kawan-kawan yang hadir kerana memberi komitmen sehingga program berakhir.

Lawan tetap lawan

Saturday, May 1, 2010

SELAMAT HARI PEKERJA

Agenda Ekonomi Malaysia berpaksi diatas keadilan untuk semua. Yang disanggah dinegara ini adalah kerana limpahan kekayaan ekonomi hanya dinikmati oleh segelintir dan meminggirkan majorti rakyat terutama golongan pekerja.

Justeru tibanya tarikh 1hb Mei, merupakan peringatan kepada kita untuk mendakap serta meraikan kemanusiaan, keadilan dan tuntas berusaha menjadi yang terbaik. Kini ianya tidak lagi sekadar berkisar perjuangan para pekerja, bahkan juga seputar tuntutan kemajuan ekonomi seimbang dan adil. Kekayaan negara menumpuk bukanlah bererti khazanah negara milik pemerintah dan keluarga mereka sahaja. Kita tidak mampu melangkah jauh jika kemiskinan dan ketidakadilan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Pakatan Rakyat tuntas menegaskan bahawa semua rakyat Malaysia walau apapun ras dan kepercayaannya berhak untuk bersama-sama mengecap peluang serta membina kembali negara ini dari kelembapan ekonomi yang melanda.

ANWAR IBRAHIM