SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Saturday, August 7, 2010

PROGRAM SEHARI BERSAMA DSAI DI KEDAH

Semalam berlangsung beberapa PROGRAM yang melibatkan DSAI di KEDAH.Program yang di susun oleh AMK KEDAH berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang masalah yang tidak di ingini.Program DSAI bermula jam 2 tengahari dan berakhir 12 malam,di antara program yang di susun seperti HI TEA BERSAMA REFORMIS KEDAH di JENIANG,TAZKIRAH di MASJID KUALA KETIL,MAKAN MALAM di DEWAN LIP SEAN KHOR dan diakhiri dengan CERAMAH PERDANA di DEWAN HOO TEIK SOO di dalam kawasan PARLIMEN MERBOK.

AMK KEDAH merasa berbesar hati di atas komitmen yang di tunjukkan oleh petugas-petugas yang bertungkus lumus memastikan setiap program yang berlangsung berjalan seperti apa yang di rancangkan.

TERIMA KASIH SEMUA





Saturday, July 17, 2010

SUK AMK PUSAT KEMBALI KE RAHMATULLAH

Hasmuzair (Jet Perlis) telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalanraya.


Jenazahnya kini berada di Hospital Sg Buluh dan akan dikebumikan di Perlis.


Jet mempunyai 11 adik beradik dan merupakan anak ke empat.


Beliau meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.


Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman...amin...

KAMI DARI AMK KEDAH MENGUCAPKAN TAKHZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA ALLAHYARHAM HASMUZAIR HASSAN.....


Al-Fatihah..


Terkini...Jenazah akan dikebumikan pagi esok di Kg Simpang Geti,km 2 Jalan Mata Ayer, Arau, Perlis, pertanyaan sila hubungi Hasfizar Hassan 017-432 0922

Thursday, May 13, 2010

KEDAH TIDAK AKAN BUBAR DUN KETIKA INI

Kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Rakyat mengetepikan amaran wakil rakyat Bebas Zulkifli Noordin tentang kemungkinan episod “Perak Kedua” sambil menegaskan, tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) buat masa sekarang.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat negeri mengakui sedang mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesemua 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kekal bersama ikatan itu, sekali gus mengelakkan nasib yang menimpa Perak awal tahun lalu apabila tiga wakilnya keluar parti.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan beliau tiada rancangan untuk mendapatkan perkenaan Sultan Kedah bagi membubarkan DUN memandangkan tiada tanda-tanda akan wujudnya kemungkinan keluar parti.

“Ia cuma mengadakan perbincangan dengan mereka malam tadi dan saya yakin dengan kesetiaan mereka.

“Tiada masalah dalam Pakatan. Masalahnya hanya daripada Adun dari Barisan Nasional,” kata beliau ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Azizan mengetepikan jangkaan Zulkifli, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu bahawa “Perak Kedua” akan wujud tidak lama lagi dan meminta sebuah kerajaan negeri, tanpa merujuk kepada Kedah, supaya bersiap sedia untuk mengelakkan situasi seumpama dengan membubarkan DUN.

“Jika dia mengatakan majoriti Kedah terlalu kecil, jadi bagaimana kerajaan (PAS) Kelantan berjaya kekal dalam kuasa dengan perbezaan satu undi?

“Jika ahli-ahli PKR berfikir macam Zulkifli, maka bukan sahaja beberapa akan keluar parti - dia tidak boleh mengisytiharkan bahawa beberapa orang akan lompat parti macam dia kerana kami mempunyai hubungan baik dalam Pakatan,” katanya.

Sebaliknya Azizan mencabar Zulkifli agar meletakkan jawatan dan bertanding semula di kerusi Kulim-Bandar Baharu jika merasakan mempunyai pengaruh yang besar.

Katanya, orang ramai sudah tidak lagi menyokong Zulkifli, yang sudah pun sudah lagi tidak kredibel di Kedah.

“Jika dia berani, dia harus meletakkan jawatan,” katanya.

Pengerusi PKR Kedah Datuk Johari Abdul mengakui pemimpin-pemimpin Pakatan di negeri itu mengambil langkah cukup berhati untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya bekas pemimpin Umno dan saya mempunyai ramai kawan dalam Umno.

“Kami peka dengan perkembangan dan tiada sebarang petanda buat masa sekarang,” katanya.

“Satu perkara yang pasti, tiada mana-mana wakil rakyat PAS akan lompat parti. Mereka terikat dengan bai’ah yang mereka telah buat,” katanya.

Johari memberitahu, meskipun kesemua tiga Adun PKR keluar parti, BN masih tiada cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.

Kelmarin, Zulkifli Noordin membayangkan episod Perak tumbang berulang dalam waktu terdekat sambil menasihatkan sebuah “kerajaan negeri Pakatan Rakyat” agar mengambil langkah untuk membubarkan DUN.

Zulkifli memberitahu The Malaysian Insider, dua Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan keluar dalam waktu terdekat.

Tindakan itu menurut wakil rakyat Bebas ini, boleh menyebabkan tumbangnya satu lagi kerajaan negeri mirip Perak awal tahun lalu.

Pakatan Rakyat kini memimpin Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Kini tumpuan menghala ke arah Kedah kerana perbezaan kerusi antara Pakatan Rakyat dan pembangkang termasuk Barisan Nasional (BN) cuma empat.

Daripada 36 kerusi di DUN, Pakatan Rakyat mempunyai 20 kerusi dengan PAS memiliki 16, PKR tiga dan DAP satu manakala BN pula 14 dan dua lagi merupakan wakil rakyat Bebas yang pro-BN.

Bulan lalu, Azizan ada memberitahu bahawa beliau akan memohon pembubaran DUN jika ada lagi yang memutuskan untuk keluar parti. -TMI

Monday, May 10, 2010

PERKHEMAHAN AMK KEDAH DI LATA SEDIM







Pada 8 dan 9 hb mei 2010 AMK KEDAH telah mengadakan satu aktiviti perkhemahan di LATA SEDIM,ia terletak di dalam PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU.Program tersebut di hadiri seramai 35 orang yang terdiri daripada EXCO AMK KEDAH dan wakil setipa AMK CABANG di dalam NEGERI KEDAH.Program di adakan selama satu hari satu malam mendapat kerjasama penuh daripada perserta yang hadir dan berjalan lancar.Program bermula seawal 10 pagi dan berakhir pukul 12 tengahari keesokkannya.

CHEGU BARD antara tetamu istimewa yang hadir sebagai panel khas di dalam menjayakan program motivasi pada sebelah malamnya.Tidak ketinggalan hadir iaitu AZMAN NASRUDIN (TIMBALAN KETUA AMK KEDAH) dan KETUA PENERANGAN AMK KEDAH saudara ADAM.KETUA AMK KEDAH SAIFUL IZHAM RAMLI tidak dapat bersama menjayakan program perkhemahan tersebut kerana kenderaan beliau mengalami kerosakkan menyebabkan beliau tidak dapat sampai ke LATA SEDIM.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada kawan-kawan yang hadir kerana memberi komitmen sehingga program berakhir.

Lawan tetap lawan

Saturday, May 1, 2010

SELAMAT HARI PEKERJA

Agenda Ekonomi Malaysia berpaksi diatas keadilan untuk semua. Yang disanggah dinegara ini adalah kerana limpahan kekayaan ekonomi hanya dinikmati oleh segelintir dan meminggirkan majorti rakyat terutama golongan pekerja.

Justeru tibanya tarikh 1hb Mei, merupakan peringatan kepada kita untuk mendakap serta meraikan kemanusiaan, keadilan dan tuntas berusaha menjadi yang terbaik. Kini ianya tidak lagi sekadar berkisar perjuangan para pekerja, bahkan juga seputar tuntutan kemajuan ekonomi seimbang dan adil. Kekayaan negara menumpuk bukanlah bererti khazanah negara milik pemerintah dan keluarga mereka sahaja. Kita tidak mampu melangkah jauh jika kemiskinan dan ketidakadilan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Pakatan Rakyat tuntas menegaskan bahawa semua rakyat Malaysia walau apapun ras dan kepercayaannya berhak untuk bersama-sama mengecap peluang serta membina kembali negara ini dari kelembapan ekonomi yang melanda.

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, April 13, 2010

TAHNIAH DATO' ZAID IBRAHIM


AMK KEDAH mengucapkan tahniah kepada DATO' ZAID IBRAHIM kerana di pilih menjadi calon mewakili PKR sempena PRK HULU SELANGOR.Kami yakin dan percaya bahawa pengalaman yang luas DATO' ZAID IBRAHIM di dalam dunia politik menjadi pemangkin kepada kemenangan di dalam PRK HULU SELANGOR.Seluruh jentera AMK KEDAH akan turun berkempen habis habisan bagi memenangkan calon PKR(PR)....


LAWAN TETAP LAWAN

Monday, April 12, 2010

Usah Ribut Ribut

Semakin hampir dengan hari penamaan calon semakin hebat kempen pakat2 nak jadi calon.Ingat!!!! bukan senang jadi calon pilihanraya kecil.Tekanan dan cabaran yang menanti sangat ganas lingkaranya.

Saya tidak nafikan ramai antara pemain2 mempunyai cita2 tinggi didalam karier politik,apatah lagi kiranya ada peluang jadi calon PRK yang mendapat publisiti meluas dari semua pihak.

Walau bagaimanapun usaha melobi bukanlah satu kesalahan tetapi biarlah ia dilakukan secara berhemah dan bukan paksaan atau ugutan.Saya percaya rakan2 kita tidaklah bermaksud untuk membelakangi pimpinan pusat ataupun bertindak sehingga boleh menimbulkan suasana ribut-ribut.

Saya ingin berpesan selepas calon Ulu Selangor diishtiharkan,maka kita lupakan tentang kekecewaan merebut kerusi calon dan kita pasang kuda2 untuk mempertahankan kerusi Ulu Selangor walaupun bukan calon pilihan kita yang bertanding.Semoga Allah merahmati perjuangan kita selama Sebelas tahun ini.Salam reformasii!!!

KETUA PENERANGAN AMK KEDAH

Friday, April 9, 2010

Update berita terkini Prk Ulu Selangor

Kami akan berada di lokasi selama tempoh berkempen prk Ulu Selangor,Bermula hari penamaan calon sehinggalah hari pembuangan undi.Gambar2 menarik, berita2 panas dan maklumat tidak rasmi tetapi bernas akan kami sajikan kepada pelayar laman kami.

Salam reformasii!!!!!!!!!!

Lagi Prk menguji kekuatan

Salam Ulu Selangor

Apa yang kita nanti2kan telah tiba.Walaupun kita berhajat Kota Seputih sebagai gelanggang pertembungan menguji kekuatan kita,tetapi Allah itu adalah sebaik2 perancangan.

Pilihanraya kecil Ulu Selangor menjadi medan menguji kekuatan kita kali ini , samada kita semakin diterima rakyat,kekal seperti ketika PRU Mac 2008 atau kita harus menerima hakikat bahawa kita mula ansur ditinggalkan rakyat.Apapun keputusan nanti akan menjadi kayuukur dan titik penentu halatuju PR dan PKR.peratusan pengundi mengikut keturunan di Ulu Selangor hampir sama dengan peratusan keturunan (bangsa) seluruh pengundi Negara kita.

Selama kita ketandusan PRK sejak lebih 6 bulan lalu,terakhir PRK Bagan Pinang NS,dengan keputusan kita terus tewas kepada calon UMNO ,banyak isu dan peristiwa penting yang mengisi senggang masa dan menjadi inti2 perang kempen pilihanraya.Isu liwat Saifool, APCO dan kaitanya dengan gagasan Satu Malaysia akan menjadi tajuk2 perang yang kita akan tempuhi nanti.Selain itu kejayaan demi kejayaan yang dilalui kerajaan PR juga akan menjadi senjata penting untuk menangkis serangan BN.Isu2 kecil juga tak kurang hebatnya seperti isu calon MIC,dimana UMNO menolak calon MIC dan penyokong UMNO rata2 tersinggung dgn keputusan yang dibuat Najib yang langsung tidak sensetiviti terhadap perasaan penyokong UMNO.

Saya yakin peratusan untuk menang masih menjadi milik kita, asalkan gerakerja kita kemas dan berpasukan akan menafikan kekuatan BN. Untuk kita menang dan terus mencipta sejarah , maka seluruh Angkatan Muda Keadilan Kedah dirayu supaya turun dan memberi sumbangan tenaga dan segalanya seperti yang pernah dipamerkan di PRK Ptg.Pauh.Bukit Selambau,Penanti ,Ptg Pasir dan Kuala Terengganu .Kemahiran dan pengalaman yang anda perolehi daripada beberapa PRK telah membuatkan AMK Kedah semakin mantap dan digeruni.

Saya juga berpesan kepada seluruh kepimpinan parti supaya terus memperbaiki kelemahan yang berlaku di PRK2 yang lepas supaya segala yang dirancangkan akan berjalan lancar dan semoga segala usaha ikhlas kita dibalas dengan kemenangan. REFORMAS!!!!!!!!!!!


Ketua Penerangan AMK Kedah

Saturday, March 6, 2010

KENYATAAN MEDIA BERSAMA AMK KEDAH DAN AMK PULAU PINANG

Sabtu, 2010 Mac 06
Kenyataan Media AMK Kedah & AMK Pulau Pinang


Jam 3.30ptg
6.3.2010
Dewan Orang Ramai Kuala Selama,Selama Kedah Parlimen Kulim Bandar Baharu

Kenyataan Media AMK KEDAH & AMK PULAU PINANG

Angkatan Muda Keadilan Kedah & Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang bersama penyokong keadilan Cabang Kulim Bandar Baharu hari ini sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa kami menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Wan Azizah Dato Wan Ismail serta Ketua Umum Dato Seri Anwar Ibrahim bersama kepimpinan KEADILAN Pusat.Kita menolak pemimpin yang gagal menghadam perjuangan rakyat dengan meletakkan kepentingan peribadi tanpa memikirkan tanggungjawab dibawah parlimen yang diwakili dan dasar-dasar parti.

Justeru AMK ke dua-dua negeri mendesak YB Zulkifli Noordin mengosongkan kerusi parlimen Kulim Bandar Baharu dan tidak berdolak dalih lagi dengan pelbagai alasan termasuk dalam siasatan Lembaga Disiplin Parti.Jangan menganggap diri sebagai Musa dengan menggelarkan orang lain sebagai Firaun-firaun kecil dan termasuk kata-kata balaci serta bajingan.Kami ingin bertanya,adakah ini kata-kata yang diajar oleh Islam jika itu yang beliau perjuangkan?

Oleh itu,AMK Kedah dan AMK Pulau Pinang mendesak sekali lagi Zulkifli Noordin mengosongkan kerusi parlimen Kulim Bandar Baharu dan keluar daripada PKR agar rakyat kawasan ini tidak menjadi mangsa Ahli Parlimen yang khianat pada asas perjuangan mengangkat Ketuanan Rakyat.Begitu juga kami mendesak ahli-ahli parlimen yang keluar parti untuk meletak jawatan untuk memberi laluan kepada rakyat memilih pejuang wakil rakyat sejati

Kenyataan Bersama

Angkatan Muda KEADILAN Kedah


Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang

Sunday, February 28, 2010

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 1 Mac 2010

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti. Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.

Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan. Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian.

Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000. Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.

Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar.

DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN

Friday, February 12, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2010

Tahun Baru Cina kali ini merupakan tahun harimau. Ianya melambangkan keberanian, kejujuran, tangkas, sedia bersaing dan siaga mempertahankan maruah. Kebiasaannya masyarakat cina akan mengambil pedoman dari kitaran tahun-tahun tersebut untuk mencipta dan merencana masa depan yang lebih cemerlang. Namun bagi semua rakyat Malaysia ciri-ciri baik seperti berani, jujur, bersedia untuk bersaing dan berani mempertahankan maruah ternyata bukanlah asing bagi kita yang mempunyai asas kepercayaan dan tradisi masing-masing. Kita semua mahukan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kita berhasrat Malaysia yang dicintai ini senantiasa makmur, bebas dari rasuah dan jenayah. Yakinilah, kita pasti dapat mengharungi segala rintangan demi mengembalikan Malaysia kepada maksud asal penubuhannya. Harapan kita agar negara ini adil serta saksama menjamin hak semua rakyatnya tanpa mengira kepercayaan dan ras.

Dengan kesempatan ini izinkan saya mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua. Adalah diharapkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama oleh masyarakat Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina daripada kami, keluarga dan gerak kerja KeADILan di semua peringkat.

ANWAR IBRAHIM