SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Monday, November 26, 2012

SIDANG MEDIA AMK KEDAH

Hari ini AMK KEDAH telah mengadakan sidang media di AMANPURA HOTEL SUNGAI PETANI.Tujuan sidang media tersebut di adakan untuk menjawab beberapa isu semasa yang berbangkit di negeri KEDAH.Dalam pada itu juga AMK KEDAH akan mengadakan program jelajah ke seluruh KEDAH pada 3o NOVEMBER dan 1 DISEMBER,melibatkan  DUN yang di tandingi oleh PARTI KEADILAN RAKYAT.

DUN yang di tandingi oleh PARTI KEADILAN RAKYAT seperti DUN BUKIT KAYU HITAM,DERGA,BAKAR BATA,GURUN,PEDU,BUKIT SELAMBAU,SIDAM,BAKAR ARANG,LUNAS dan KULIM.Program jelajah AMK KEDAH bermula di DUN BUKIT KAYU HITAM dan berakhir di DUN LUNAS.

Aktiviti EDAR RISALAH,GOTONG ROYONG,SUMBANGAN dan CERAMAH mengisi program jelajah tersebut.....

Semoga program jelajah AMK KEDAH berjalan lancar....

Tuesday, November 13, 2012

HAPPY DEEPAVALI


AMK KEDAH mengucapkan HAPPY DEEPAVALI kepada seluruh masyarakat INDIA yang beragama HINDU di KEDAH dan MALAYSIA...

Thursday, November 8, 2012

MUSLIHAT NAZRI AZIZ

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa larangan menggunakan ruang sidang akhbar di Parlimen oleh bukan anggota parlimen yang berkuatkuasa serta merta sengaja dibuat untuk menghadkan pergerakannya.

“Saya memang sudah menjangka tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz adalah dengan menggunakan kuasanya untuk menghalang saya dari membuat sidang media di Parlimen.

“Beliau seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah institusi tertinggi milik rakyat di negara ini.

Ia wajar disemarakkan dengan isu rakyat baik di dalam atau luar dewan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tegas beliau, “tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan pengurusan Parlimen menghadkan akses rakyat biasa untuk ke Parlimen dan bersuara melalui sidang media hanya akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen.

“Pada fikiran saya, Nazri sekali lagi mengambil tindakan yang berunsurkan “conflict of interest” kerana sidang-sidang media yang akan datang mungkin akan berkisar mengenai beliau.

“Sebelum ini beliau tidak pernah mempunyai apa-apa halangan dengan sidang media yang dibuat di Parlimen,” jelas Rafizi.

Malah katanya, ketika isu NFC dibongkarkan dan bekas rakan kabinet beliau Dato’ Seri Shahrizat Jalil menjadi topik hangat sidang media, beliau langsung tidak membantah terhadap sidang-sidang media di Parlimen.

“Beliau juga dipetik berkali-kali melalui sidang media di Parlimen turut sama mendesak Shahrizat meletakkan jawatan.

“Hanya apabila beliau yang menjadi bahan sasaran sidang-sidang media kebelakangan ini ekoran persoalan mengenai hubungan beliau dengan Michael Chia, barulah timbul soal hak menggunakan Parlimen untuk sidang media.

“Sebab itu saya terus mengulangi saranan saya supaya Nazri mengambil sikap yang lebih terbuka dan tenang seperti Shahrizat dalam menghadapi persoalan mengenai integriti dan perhubungan beliau dengan ahli perniagaan yang disiasat.

“Keputusan terbaru Parlimen ini sedikit pun tidak merencatkan rancangan PKR untuk menumpukan perhatian kepada kes Nazri. Sidang media akan diteruskan dari semasa ke semasa dan pihak media akan dimaklumkan lebih awal,” ujar Rafizi.

Bernama melaporkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengisytiharkan ruang sidang akhbar di bangunan Parlimen, adalah khas dan eksklusif untuk anggota Parlimen sahaja berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata orang luar yang masuk ke Parlimen dilarang menggunakan fasiliti itu untuk membuat apa sahaja kenyataan atau sidang akhbar walaupun ditemani oleh anggota Parlimen Bebas, Barisan Nasional mahupun pembangkang. -FMT

Wednesday, November 7, 2012

FORUM 'MURTAD ATAU KEPELBAGAIAN AGAMA'

Akademi Pak Sako akan menganjurkan sebuah forum bertajuk “Murtad atau Kepelbagaian Agama” pada 8 November 2012 bermula jam 8.30 malam bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).




Ia adalah susulan isu perbahasan kebebasan beragama dan murtad yang diwar-warkan dalam media massa kebelakangan ini.



Panel terdiri daripada penulis lirik, Hasmi Hashim; Juara Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Ridzuan; pendakwah, Wan Ji Wan Hussin dan bekas Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Eekmal Ahmad.



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari turut tampil sebagai moderator.



Kehadiran saudara/saudari adalah dialu-alukan.

Memang kerja BN eksploitasi kenyataan pembangkang – Bippa

KUALA LUMPUR 7 November: Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim berkata, media kawalan Umno lebih gemar mengeksploitasi kenyataan pemimpin pembangkang berbanding mempertahankan Islam supaya tidak terus dihina pimpinan BN.




Beliau mengulas serangan media Umno BN terhadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkaitan isu kebebasan agama.



Katanya, mereka sengaja salah tafsir untuk membuat provokasi kepada pimpinan Pakatan Rakyat terutama melibatkan isu agama dan bangsa.



“Kenyataan Nurul Izzah disalah tafsir golongan yang sering ambil kesempatan untuk buat provokasi terhadap Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi kalau libatkan isu agama.



“Tapi selepas Nurul Izzah beri penjelasan mengenai apa yang dimaksudkan beliau dalam forum itu, bermakna mereka (media Umno) sengaja pintal fitnah berkaitan agama,” katanya ketika dihubungi.



Ahli Parlimen Kuala Kedah itu turut mempersoal pemimpin BN yang secara terang menghina Islam namun tidak pernah dibangkitkan dan tiada tindakan diambil.



“Mengapa ucapan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang jelas menghina Islam langsung tidak disiarkan, sedangkan pada masa sama, ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.



“Kenapa kita boleh berdiam sedangkan ucapannya terang-terang hina Islam. Apa pemimpin Umno buat, kenapa media mereka tak berani siar?,” soal Ahmad.



Soi Lek dilaporkan menyerang hukum hudud dengan mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hukum Islam itu dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.



Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara Islam, namun menggunakan dakwaan dangkal itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.



Beliau turut mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja jika PAS melaksanakan hudud di Malaysia.


Sunday, November 4, 2012

JELAJAH DSAI DI SABAK BERNAM DAN TANJUNG MALIM

6 November 2012 (Selasa)
1) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – (P-Tanjong Malim)
2) Lokasi : Dewan Tokong Khai Kee Theng, Slim River, Perak
3) Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty
iii. YB Nizar Jamaluddin
iv. YB Nga Kor Meng
v. YB Sivanesan
vi. YBhg Brigadier General (B) Dato’ Abdul Hadi Khatab
vii. YBhg Chua Yee Ling
4) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Merdeka Rakyat – (P- Sabak Bernam)
5) Lokasi : Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor
6) Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Prof Dr Aziz Bari
iii. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin
iv. YBhg Ustaz Sallehan Mukhyi
v. YBhg Cik Gu Bard

UPKO AKAN KELUAR BN???

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menafikan dakwaan bekas Timbalan Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa parti itu hampir-hampir meninggalkan Barisan Nasional (BN). Beliau mengesahkan bahawa majlis tertinggi Upko telahpun membincangkan perkara itu tetapi parti memutuskan untuk terus kekal dalam BN.
“Ada pihak yang mahu bercakap tentang perkara ini, jadi kami membangkitkannya kepada Majlis Tertinggi, dan Majlis Tertinggi kemudian berbincang. “Majoriti menyuarakan supaya kami terus bersama BN disebabkan apa yang dilaksanakan oleh BN berhubung RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah) dan sebagainya. Jadi saya boleh mengesahkan bahawa perkara itu ada dibincangkan tetapi parti memutuskan untuk tidak bersetuju,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen Upko bahagian Penampang di sini, Ahad.

Dompok (gambar), yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, diminta mengulas mengenai kenyataan Bumburing semalam, menegaskan dakwaan sebelum ini oleh bekas Naib Presiden parti Datuk Maijol Mahap bahawa pemimpin Upko memutuskan untuk keluar daripada BN dan menyertai pakatan sebelum mereka (bekas pemimpin) keluar daripada parti dan mengikrarkan sokongan kepada pakatan pembangkang.
Maijol baru-baru ini dipetik sebagai berkata soal untuk keluar itu tidak berlaku kerana Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk mengumumkan penubuhan RCI mengenai isu pendatang tanpa izin dan peningkatan luar biasa dalam jumlah penduduk Sabah.
Ketika menolak dakwaan itu, Dompok berkata: “Mereka berbohong atau mereka tidak memberi kenyataan yang tepat kepada media”.
“Perkara ini tidak mungkin benar kerana parti mengadakan mesyuarat, kami membangkitkannya dan tiada apa untuk kami sembunyikan. Saya rasa semua orang tahu kami ada bermesyuarat,” katanya.

Sunday, August 5, 2012

JELAJAH AMK KEDAH SEMPENA BULAN RAMADHAN

Pada 4 hb OGOS 2012 AMK KEDAH telah mengadakn jelajah ke PARLIMEN SIK,PDG SERAI dan BALING sempena bulan RAMADHAN,ia bertujuan menyampaikn sumbangan kepda fakir miskin sempena bulan puasa.Jelajah bermula di PARLIMEN SIK dan berakhir di kawasan PARLIMEN BALING.Kedua2 kawasan PARLIMEN ini kebetuln bersebelahan menyebabkan progrm tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Setelah selesai menyampaikn sumbangan kepada fakir miskin,AMK KEDAH terus bergerak ke PARLIMEN PADANG SERAI bagi menjayakan program EDARAN BUBUR LAMBOK di dalam kawasan DUN LUNAS.Di akhir program AMK KEDAH berbuka puasa di MASJID TAMAN SELASIH yang terletak di dalam PARLIMEN PADANG SERAI.

Jutaan terima kasih kepada EXCO2 AMK KEDAH yang hadir di dalam program tersebut....

Friday, July 13, 2012

CERAMAH KELOMPOK AMK SG PETANI SEMPENA JELAJAH AMK KEDAH

Ceramah kelompok di Taman Seraya Sg Petani sempena jelajah AMK KEDAH seluruh negeri kedah

Tuesday, June 12, 2012

AMK KEDAH BERADA DI PARLIMEN BALING

SESI CERAMH KELOMPOK DI PARLIMEN BALING DUN KUPANG

ROAD TOUR AMK KEDAH

CERAMAH DI TAMAN WIRA ALOR STAR

Thursday, April 19, 2012

Friday, March 2, 2012

DSAI BERADA DI KEDAH HARI INI...

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Kedah
DEMI RAKYAT

3 Mac 2012 (Sabtu)

1) 4.00 ptg – Hi-Tea – P> Jerai

Lokasi : Dewan Orang Ramai Kampong Baru, Gurun

2) 5.30 ptg – Pesta Ponggal – P> Sungai Petani / Merbok

Lokasi: Taman Seri Wang, Sungai Petani

3) 8.00 mlm – Majlis Makan Malam – P> Merbok

Lokasi : Dewan Lip Khor Seang, Sungai Petani

4) 9.00 – 12.00 mlm – Pentas Pakatan Rakyat Merbok – P> Merbok

Lokasi: Madrasah Zubaidiyah, Pekan Merbok

5) 9.00 – 12.00 mlm – Rapat Rakyat Pakatan Rakyat – P> Sungai Petani

Lokasi : Taman Keladi, Sungai Petani


6) Penceramah:

i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dr Tan Seng Giaw

iii. YB Dato’ Saifuddin Nasution

iv. YB Dato’ Ir Phahrolrazi Nawawi

v. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

vi. YB Dato’ Johari Abdul

vii. YB Dato’ Hamdan Mohamad Khalib

viii. YB S Manikumar

ix. YBhg Dato’ Wan Salleh Wan Isa

x. YBhg Bob Lokman

xi. YBhg S Surendran

Thursday, March 1, 2012

K’jaan jangan hipokrit tuduh pihak lain pro-Israel – Mapim

KUALA LUMPUR 1 Mac: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan menghentikan sikap hipokrit dengan menuduh pihak lain sebagai pro-Israel, tetapi dalam masa sama terus menjalin hubungan dengan rejim itu, kata Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Menurutnya, pemimpin kerajaan bersikap hipokrit apabila bertindak demikian sedangkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sendiri menggunakan khidmat firma Israel, Apco Worldwide.

“Sekarang perdana menteri tidak boleh lagi berselindung bahawa memang benar beliau telah mengupah Apco sebuah syarikat konsultan komunikasi Israel untuk membantu memperbaiki imej pemimpin BN.

“Mapim menegaskan bahawa polisi yang tidak konsisten ini akan meletakkan imej Malaysia sebagai negara yang tidak berintegriti dalam hubungannya dengan Israel,” kata Azmi dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengulas surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kepada tiga Perdana Menteri Israel – Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak , yang membayangkan hasrat kerajaan pada masa itu menjalinkan hubungan dengan Israel.

“Apakah pemimpin kerajaan dapat menafikan hakikat bahawa sejak zaman Tun Mahathir sendiri lagi isyarat untuk mengadakan hubungan dengan Israel sudah mula dirintis?,” soalnya, yang turut dilaporkan Malaysiakini.

Beliau menegaskan, rakyat selama ini dikaburi “sandiwara” kononnya Malaysia sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan Israel, namun fakta yang didedahkan setakat ini menunjukkan sebaliknya.


“Dunia akan melihat dasar hipokrit yang akan menelanjangkan Malaysia di kaca mata seluruh masyarakat antarabangsa,” katanya yang juga Presiden NGO Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

Dari satu sisi, katanya, kerajaan Malaysia dilihat sangat lantang mengutuk Israel, namun dari sisi lain, kerjasama ekonomi sangat subur antara dua negara itu.

“Dengan tidak mengiktiraf Israel tetapi aktif berdagang dengan Israel sudah cukup bagi Israel untuk menjadikan Malaysia sebagai negara rakannya yang strategik untuk menjaga kepentingannya dengan cara yang paling efektif,” katanya lagi.

Semalam, Harakahdaily melaporkan kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan dagang dengan Israel sejak 2001, atau lebih awal dari itu.

Pada 2001 sahaja, Malaysia dikatakan mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel dan mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara itu dan nilai dagangan antara kedua-dua negara meningkat dari tahun ke tahun.

MP BN BUAT TUNTUTAN PALSU.....

SHAH ALAM 1 Mac: Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap anggota parlimen Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri.

Wakil rakyat BN itu didapati bersalah atas lapan tuduhan berhubung kesalahan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM50,000 untuk setiap kesalahan.

Abdul Rahman didapati bersalah melakukan perbuatan itu ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar, empat tahun lalu, lapor Bernama.

Beliau juga dihukum penjara setahun sekiranya gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Hakim mengarahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Abdul Rahman, 47, diperintah membela diri Jun tahun lepas atas tuduhan menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.

Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008.

Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu di mahkamah sama, pembantu Abdul Rahman, Rosli Busro, 44, dikenakan hukuman sama iaitu penjara enam tahun dan denda RM400,000 kerana bersubahat dengannya untuk melakukan kesemua kesalahan itu.

Saturday, February 25, 2012

Friday, February 3, 2012

BERSAMA KETUA AMK KEDAH GEMPUR KUBU UMNO DI DUN LUNAS



AMK PADANG SERAI bersama KETUA AMK KEDAH AZMAN NASRUDIN turun ke kawasan 'hitam'TAMAN SAGA di dalam kawasan KG KELADI .Kawasan ini di kartegorikan sebagai kawasan 'HITAM' oleh PARTI KEADILAN RAKYAT,ia berikutan peti undi tersebut gagal di menangi PKR bermula pru 10 sehingga pru 12.Komposisi penduduk majoriti MELAYU dan kebanyakkannya SALURAN 1 dan 2.Kali ini UMNO KG KELADI pastinya tidak tidur lena dengan perkembangan serta program 'GEMPUR TAMAN SAGA' yang diadakan hari ini.

Jutaan terima kasih kepada AMK PADANG SERAI dan rakan2 yang turut membantu di dalam menjayakan program tersebut.

Saturday, January 21, 2012

Friday, January 20, 2012

AKHIRNYA RAYUAN DI BUAT OLEH PEGUAM NEGARA

KUALA LUMPUR 20 Jan: Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata, tindakan peguam negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan kes fitnah II, membuktikan penganiayaan politik terhadap ketua pembangkang itu.

Beliau mengulas keputusan Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat, 9 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan segera lewat petang tadi, Sankara berkata beliau belum secara rasmi dimaklumkan perkara itu oleh pihak pendakwa.

“Bagaimanapun jika benar, maka itu adalah paling disesali dan kejam kerana hakim perbicaraan telah menyatakan dengan ringkas, dalam keputusannya yang bukti penting (perbicaraan) sudah “diusik “.

“Maka asas kes pendakwaan sudah termusnah, menyebabkan sebarang rayuan, tidak kira berapa kali, adalah satu tindakan terakhir dan sia-sia.

“Nampaknya ia adalah satu kes penganiayaan politik terhadap Anwar dan bukan tujuan pendakwaan,” tegas beliau.

Tarik balik notis rayuan

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran mendesak Tan Sri Abdul Ghani Patail menarik balik notis rayuan tersebut.

Ini kerana katanya, tindakan itu jelas berniat jahat dan dibuat atas arahan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

“Jika mereka enggan menarik balik, mereka (Umno-BN) bakal berdepan mala petaka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana rakyat sudah muak dengan kezaliman Umno dan Najib terhadap Anwar,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau juga berkata rayuan itu menunjukkan konspirasi berterusan Najib terhadap Anwar menjelang PRU akan datang.

“Sudah pasti kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ghani ini,” katanya lagi.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

Keputusan itu disambut baik badan-badan perundangan di Malaysia dan luar negara, serta dialukan oleh pemimpin dan masyarakat antarabangsa.