SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Saturday, January 31, 2009

Dua Exco Pkr Perak menghilang diri.

Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.
Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10hb Februari 2009.
Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh UMNO dan BN sebagai satu ugutan politik.
Kami percaya ada usaha dari Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua Exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Dato’ Seri Najib termasuk menggugurkan kes rasuah mereka.
Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan muslihat UMNO-BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu.
HAJI OSMAN ABDUL RAHMANPengerusi Perhubungan PKR Negeri Perak

Friday, January 30, 2009

Orang UMNO pergi dengar ceramah Datuk Nasa

11 cawangan Umno telah dibubarkan malam ini - Cawangan Umno tersebut ialah di Lambor Kiri, Bota, Parit, Kubang Candung, Kg. Selat Bota Kanan dan beberapa cawangan lain. Suasana di tapak ceramah - padang mini melaut dengan rakyat. Dianggarkan hampir 15 ribu orang membanjiri Pekan Bota Kanan malam ini. Gerai makanan jadi tumpuan, tokey bihun sup gearbox dah mula senyum ! Periuk sup dah hampir kering ! Jajaan dah nak habis !Dato' Nasa menjelaskan bahawa tiada duit dan pangkat yg ditawarkan kepada beliau untuk melompat parti, ia datang dengan keihklasan hati demi rakyat. Wow ! ramai juga orang-orang Umno yg datang ceramah malam ini ! Syhhh...., sumpah cakap lu, ini ler ceramah sulung PR yg kaum gerombolan datang dengor secara live! Ramai yg terkejut, Dato' Nasa lagi ler terkejut tengok punya la ramai orang, katanya tak pernah dia berceramah depan orang yg macam ini punya ramai ! Selalunya dalam ceramah umno, kerusi yg ramai dari orang..wakakaka !!Anwar tengah layan syiookkk..! Kaw..kaw..punya cerita beb! Anwar bilang, berpuluh2 Adun dan Ahli Parlimen BN calling-calling dia, jumpa secara sulit-sulit, tapi nak lompat masih takutt..takutt!, nak buat macamana nanti miss soru...! MB Perak tak dapat datang malam ni, ada hal katanya..mungkin dok tengah bincang hal 4 mata dgn 2 orang Adun BN yang nak loncat hari cuti ni kot! Woi..jangan la main sorok2...boring laaa !!.......................tkasih Al- Banjari.

S.Kugan lebih hero daripada Pemuda UMNO.

Kematian S.Kugan yang berpunca daripada kezaliman pihak polis ketika menyiasat kes kecurian kereta mewah telah memalitkan satu lagi episod hitam PDRM.Peristiwa ini langsung tidak menyentuh nurani dan perasaan kerajaan dan pemuda2 UMNO.Ketika polis bergelut dengan masalah intergriti yang berselirat di kementerian dalam negeri muncul satu lagi episod zalim polis kepada rakyat yang menyayat hati.Tidak pula muncul pemuda UMNO untuk membetulkan keadaan ini sebaliknya mereka sibuk membuat demontrasi menentang SPRM.Tindakan kita membela S.Kugan bukan bermaksud kita membela penjenayah,sebaliknya kita menilai nasib S.Kugan disudut kezaliman dan ketidakadilan polis kepada rakyat,apatah lagi mangsa berbangsa India.Kita tidak bersetuju segala bentuk kezaliman dilakukan keatas manusia tanpa mengira agama,fahaman atau warna kulit.Saya berharap UMNO dan kepimpinanya lebih perihatin nasib2 mereka yang menjadi mangsa kezaliman pihak tertentu walaupun mereka tidak sebangsa atau seagama sekalipun.
Telah wujud dalam minda penyokong UMNO dan BN,iaitu hanya bangsa tersebut patut membantu atau meratapi kesedihan yang menimpa sesuatu bangsa itu,kerana bangsa lain dianggap terhina sekiranya membantu mangsa yang berlainan agama dan bangsa.apatah lagi sekiranya mangsa tersebut berbangsa India ,maka orang2 UMNO akan terasa terhina sekiranya membela nasib dari bangsa lain.Sedarlah orang2 Melayu,sekiranya Allah tidak mentakdirkan pedagang Arab sampai dan mendakwah Sultan Melaka ketika itu pada abad ke 15,mungkin kita hari ini masih beragama Hindu,bersyukurlah diatas nikmat Islam yang Allah berikan kepada kita,sebaliknya janganlah kita bongkak dengan nikmat yang Allah berikan ini.
Cuba kita lihat bagaimana orang2 Eropah,Amerika dan dari benua lain yang agama mereka bukan beragama islam, mampu bangun dan menentang kezaliman yang dilakukan tentera Israel kepada penduduk Gaza walaupun penduduk Gaza berlainan agama dan juga bangsa daripada mereka.Ini satu contoh bahawa menentang kezaliman dan ketidakadilan merentasi agama dan bangsa.Pakatan menentang UMNO bukan menentang segelintir kepimpinan mereka yang zalim dan perasuah semata2 tetapi menentang corak pemikiran sempit dan radikal.
Saya sedih apa yang telah menimpa S.Kugan.apatah lagi ketika melihat jenazah beliau sedang diusung dengan Merc berwarna kuning keemasan,sambil diikuti oleh dua ribu simpatisan dan ahli keluarga.Mereka berarak beberapa kilometer tanda menentang kezaliman dan menunjukan tanda simpati kepada si mati.Beberapa pemimpin daripada pakatan rakyat turut kelihatan pada hari tersebut.
Kematian beliau dilihat sebagai mangsa kezaliman bukan seorang penjenayah.Pihak polis menyalahkan orang ramai diatas situasi ini sedangkan polis langsung tidak menyesali diatas kejadian tersebut,jauh sekali untuk memohon maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat India
Apa yang sedang berlaku hari ini akan diingati oleh masyarakat India sebagai suatu bentuk kezaliman yang dilakukan keatas masyarakat India.Belum lagi selesai isi Hindraf timbul lagi kezaliman baru.Saya yakin tidak ada ruang lagi umtuk kerajaan mengubati hati lara masyarakat India di Malaysia.

DAFTAR PEMILIH ONLINE

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewujudkan kaedah pendaftaran pemilih secara online dalam usaha menggalakkan warganegara yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kaedah itu akan memudahkan orang ramai terutamanya golongan muda mendaftar daripada komputer masing-masing dan ia akan dijalankan secepat mungkin iaitu sebaik sahaja kajian mengenainya selesai.
“Kini terdapat empat juta warganegara yang layak mengundi tetapi masih belum berdaftar dengan SPR dan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda berumur 20an,” katanya selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu, di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik.
“Kami juga berharap pihak NGO seperti Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) dan parti-parti politik akan membantu menarik minat orang ramai mendaftar sebagai pengundi,” katanya.
Dalam perjumpaan hampir 50 minit itu, Abdul Aziz berkata beliau menerangkan kepada Tuanku Mizan mengenai perjalanan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari lepas.
Beliau berkata proses penganjuran pilihan raya itu merupakan yang terbaik setakat ini dan akan menjadi tanda aras atau contoh untuk pilihan raya akan datang.
“Tuanku gembira dan bertitah agar kami menjalankan tugas dengan saksama, adil, tidak berat sebelah dan profesional,” katanya.
Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi SPR pada 31 Disember, manakala Datuk Ngah Senik sebagai Setiausaha pada 16 November tahun lepas.-BERNAMA

Wednesday, January 28, 2009

Berkongsi pendapat.

Ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian anda melayari blog ini dan membaca segala program juga ulasan tentang isu2 terkini.
Saya berharap anda turut memberikan pandangan serta ulasan bernas mengenai isu yang timbul,isu tidak sahaja berkaitan politik sahaja,isu juga merangkumi semua perkara seperti ekonomi dan pendidikan.Sekiranya saya mendapati tulisan anda bernas,walaupun berbentuk kritikan saya akan cuba pamerkan.Saya amat bersetuju ruang seperti ini dimanfaatkan kita bersama demi kearah membina generasi yang berpandangan jauh dalam semua hal.
Blog Amk diwujudkan bukan untuk memecahbelahkan masyarakat,tetapi diatas dasar keterbukaan dan memenuhi inspirasi masyarakat yang mahukan kualiti dan informasi.

Tuesday, January 27, 2009

Polis Raja Di Malaysia.

Apabila anggota polis merasakan diri mereka kebal daripada tindakan undang2,menyebabkan anggota polis tanpa rasa bersalah melakukan pelbagai kesalahan hatta membunuh sekalipun.Terbaru kematian S.Kugan mati ketika berada dibawah tahanan polis baru2 ini,ramai pihak telah membahas isu ini,jadi saya akan mengupas mengapa hal ini berterusan.
Isu kematian tahanan ketika dalam lokap bukan isu baru ,sehingga kehari ini lebih 400 tahanan berketurunan India mati ketika dalam tahanan dan ketika disiasat polis.Nyawa masyarakat India sangat murah dimata polis.
Mengapa semua ini boleh terjadi?Pertama apabila pemimpin masyarakat India tidak mempedulikan nasib kaum mereka sendiri.Sikap pemimpim MIC yang telah mendominasi perjuangan masyarakat India suatau masa dahulu di negara ini,lalai dalam menjalankan tanggungjawab membela masyarakat India,kerana pemimpin MIC telah lena oleh kekayaan dan bimbang segala kemewahan yang mereka miliki hilang sekiranya bangun menentang ketidakadilan sebilangan anggota polis yang berada dibawah naungan Umno dan Bn.
Kedua, sikap Kerajaan yang memandang sepi aduan dan isu2 seperti ini atas alasan perkauman.Kelemahan kerajaan menangani isi rasuah menyebabkan penjenayah besar berjaya menyogok anggoto polis untuk menghapuskan bukti dan saksi.
Ketiga,Pihak media yang dikuasai kerajaan melenyapkan isu2 seperti ini supaya rakyat tidak bangun dan menentang polis yang zalim dan tidak adil.
Saya menyeru kepada semua supaya bangu menentang kezaliman tanpa membezakan agama dan bangsa.

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA ANJURAN KEADILAN

MAJLIS Perayaan Tahun Baru Cina yang dianjurkan KeADILan semalam meriah dengan kehadiran pemimpin-pemimpin utama KeADILan yang berbangsa cina serta kehadiran Ketua Pembangkang Dewan Rakyat yang juga Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim.
Perayaan berkenaan yang diadakan di Dewan Persatuan Hokkien Klang semalam turut dihadiri oleh Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali yang turut memberikan sumbangan kepada fakir miskin.
Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden Pas Husam Musa turut berkesempatan untuk menghadiri majlis meriah ini.
Ketua Penerangan KeADILan Selangor , Tan Yee Kew selaku pengarah program turut memberikan ucapan aluan dalam majlis perayaan Tahun Baru Cina yang pertama kalinya dianjurkan sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor itu.
Selain ucapan daripada pemimpin utama parti, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan. Makanan juga akan dihidangkan...............SUARAKEADILAN

Sunday, January 25, 2009

Najib nak jumpa Datuk Nasaruddin.

Dah agak dah,Si Najib ni akan berbuat sedemikian.Najib nak berbincang dengan Datuk Nassaruddin.Semua pihak mesti menghormati keputusan beliau untuk menyertai PKR.Najib mesti akur dengan keputusan ini dan menghormati demokrasi dinegara ini.Apa yang dilakukan Datuk Nasaruddin bukan suatu kesalahan tetapi ialah beliau sedang melakukan transformasi ideologi dan dasar yang lebih berprinsip,kearah membina Malaysia gagah pada masa akan datang.Tidak timbul soal beliau kecewa,beliau sebenarnya mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang yang akan pasti dijejaki oleh pemimpin BN yang lain.
Najib sebaliknya perlu menginsafi dan bermuhasabah diri beliau dan UMNO ,mengapa semakin waktu berdetik semakin jauh rakyat dan kepimpinanya meninggalkan UMNO BN.Kumpulan pemerintah sekarang berada dalam situasi melawan arus deras.Arus perubahan rakyat tidak akan dapat dibendung dan disekat lagi.Ciptalah seribu akta,nescaya kerajaan BN tidak akan mampu menyekat daripada perpindahan besar2an rakyat kepada Pakatan Rakyat.Sebaliknya kerajaan BN akan tumbang dan hanyut tidak lama lagi Sejarah telah menceritakan semua perkara seperti ini,rakyat sudah bosan berada dibawah suatu sistem pentadbiran yang penuh dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,rakyat tidak boleh ditipu pada setiap masa.Lihat apa yang telah terjadi pada kerajaan Peru,Russia,Jerman Timur,Thailand,dan Indonesia.Akibat pemerintahan kerajaan yang tidak mempedulikan kehendak rakyat,akhirnya kerajaan lama dinegara ini ditumbangkan oleh kebangkitan rakyat.
Rakyat dinegara ini akan dapat menyaksikan kejatuhan BN tidak lama lagi.kenyataan saya bukan bersandarkan emosi dan angan2 mat jenin,sebaliknya kenyataan ini beralas dan mempunyai bukti2 kukuh yang menggambarkan kejatuhan rejim BN.BN pasti jatuh,tiada lagi jalan keluar untuk BN.
Sebab itu terdapat pemimpin daripada BN menyertai PKR.Suatu ketika media menghebohkan ada kemungkinan MP pakatan keluar pakatan dan sebagainya ,tetapi akhirnya ini semua tidak berlaku dan jelas ia suatu pembohongan sebaliknya pemimpin BN yang menyartai pakatan walaupun tidak mendapat liputan luas.

SELAMAT DATANG DATUK NASARUDDIN HASHIM KEDALAM KELUARGA PKR.

Sama-sama.

Berikutan kenyataan YB.Abd.Wahid Endut untuk mengadakan roadshow seluruh negara bagi menyampai mesej ucapan terima kasih diatas usaha semua anggota Pakatan Rakyat memenangkan beliau adalah langkah baik.Kami Amk Kedah memandang serius perkara ini dan berusaha menjemput Wahid Endut meluangkan sedikit waktu bagi menghadiri program yang akan kami atur kelak.
Kemenangan baru2 ini bukan sekadar kemenangan P036 ,tetapi kemenangan skeluruh warga kerja Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.

Saturday, January 24, 2009

Selamat menyambut tahun baru Cina.

Sebagaimana biasa, tiap-tiap tahun masyarakat Tiong Hua di negara ini, bersama masyarakat Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan meriah. Tambahan lagi, tahun ini ialah tahun lembu; melambangkan kemakmuran yang dihasilkan dari usaha yang bersungguh-sungguh berserta keazaman yang tinggi.
Walaupun berdepan dengan jangkaan banyak pihak bahawa keadaan ekonomi tahun ini tidak memberansangkan, saya percaya berbekalkan keazaman yang teguh dan usaha yang bersungguh-sungguh, kita semua pasti mampu mengharungi segala krisis mahupun cabaran yang mendatang. Yakinlah hanya rakyat sahaja mampu memastikan ini semua terjadi; satu perubahan mendasar ke arah Malaysia yang lebih makmur dan kaya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai buat seluruh rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua di Malaysia.
ANWAR IBRAHIM

Thursday, January 22, 2009

Harga petroleum dunia terus turun .

Ketika harga minyak dunia melambung,kita sebagai negara pengeluaranya yang melebihi permintaan tempatan turut tidak terkecuali dari pada terkana tempias ini.Harga setong pernah mencapai usd 145 setong,kita telah mengalami kenaikan sehingga RM2.70 seliter.Pelbagai alasan2 diberikan ketika itu yang natijahnya rakyat juga yang diperbodohkan.
Hari ini harga minyak telah turun sehingga USD 32.00 setong mengapa harga minyak pasaran tempatan terbantut setakatRM 1.80 seliter.suatu masa dahulu kita menikmati harga minyak dipasaran tempatan hanya sekitar RM 1.30 seliter ketika harga minyak dunia berharga sekitar USD 40.00 setong.
Mengapa kerajaan diam membisu tanpa berbuat apa2 selepas harga minyak telah jatuh serendah ini.Harga yang kita gunakan hari ini jauh lebih tinggi daripada harga sebenar.Namun begitu masih ada rakyat terpukau dengan magic mundo BN.Lepas ini harga gula dan tepung dinaikkan,lihatlah nanti bermacam alasan basi akan diberikan.Kemudian diadakan pelbagai kempen kesihatan kononya gula telah membunuh ramai rakyat Malaysia.Macamnilah kita selagi BN jadi kerajaan pusat.

Tuesday, January 20, 2009

Gaza dan Melayu

Bila saya menulis ini Kuala Terengganu telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ketika saya menulis ini warga Palestine di Gaza masih lagi di hentam. Ketika saya menulis ini masih ramai lagi warga di negara kita ini kurang faham tentang apakah itu Zionisma.

Zionisma ini adalah satu pandangan politik. Zionisma bukan Orang Yahudi tetapi pengasas Zionisma memang orang Yahudi. Hari ini Zionisma bukan lagi milik eklusif orang Yahudi. Zionisma yang wujud dan sedang mengodam rakyat Palestine ini, majoritinya didukong hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.Agama orang Yahudi ialah Judaism. Kitab suci agama ini adalah Torah. Rumah sembahyang penganut agama ini dipanggil synagogue. Kepala agama mereka di panggil rabbai. Ini mungkin semua telah diketahui umum.

Wajib juga di ketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionisma. Di Israel sendiri ada kumpulan penganut agama Judaisma yang menentang keras fahaman Zionisma. Mereka menolak masuknya fahaman Zionisma ini ke Palestine. Untuk kumpulan ini mereka percaya bahawa fahaman atau idealogi Zionisma ini telah membawa porak peranda dan kesengsaraan terhadap orang-orang Yahudi di seluruh dunia dan juga kesengsaraan yang tidak terhingga kepada warga Palestine.Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada tahun 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad Presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel. Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestine. Mereka juga menentang Zionisma bermatian-matian.Ini adalah satu bukti bahawa Zionisma bukan ajaran agama Judaism.

Zionisma adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaism.Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisma. Noam Chomsky adalah salah seorang darinya. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel. Albert Einstein ahli sains yang menemui teori e=mc2 adalah seorang Yahudi yang anti-Zionis. Di Israel sendiri ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman Zionis. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionis. Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nukler Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan culik dari London untuk di bawa pulang ke Israel.Kerana membocorkan rashia ‘bom nukelar’ Israel dan memberi amaran kepada dunia tentang bahayanya Zionisma - Vanunu telah dipenjara selama 20 tahun semenjak tahun 1986. Selama 18 tahun Vanunu telah kurung bersendirian. Bila dibebaskan, Vanunu terus ditahan lagi. Hingga ke hari ini Vanunu tidak boleh keluar meninggalkan Israel.Pada ketika saya menulis ini berpuluh-puluh anak muda Israel yang sedang di penjara kerana tidak mahu mengangkat senjata membunuh warga Arab Palestine. Juga terdapat beratus-ratus anak muda dan warga Israel telah lari meninggalkan Israel kerana menentang perang dan keganasan daulah Israel. Semua ini adalah bukti bahawa bukan semua Yahudi Zionis.

Bukan semua Yahudi menyokong Israel.Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga di Malaysia ini menganggap konflik Palestine/Israel ialah konflik agama. Terutama dikalangan orang Melayu. Ini satu pandangan yang salah. Konflik di Palestine bukan konflik agama. Konflik di Palestine ialah konflik hak milik bumi tanah Palestine. Konflik ini lahir kerana bumi tanah Palestine telah di rampas oleh penganut fahaman Zionis untuk mendirikan apa yang di panggil Israel.Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – konflik Arab/Israel – bukan konflik diantara penganut agama Islam dengan penganut agama Yahudi.Wajib di ketahui ada hampir 10% warga Palestine beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada tahun 1980'an dahulu sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestine/Israel ialah seorang Kristian. Arwah Edward Said intelektual pemikir bertaraf dunia itu adalah seorang Kristian. Arwah George Habaash pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine beragama Kristian. Kristian di Palestine adalah Kristian yang berasal usul dari susur galur pengikut Nabi Isa. Ini kerana Nabi Isa dilahirkan di Nazareth – di Palestine.

Betul agama dilihat memainkan peranan penting tetapi yang di perjuangkan ialah menuntut kembali bumi Palestine yang telah dirompak dan di rampas oleh penganut fahaman Zionisma. Tanah air Palestine yang telah di rampas ini telah melahirkan nasionalisma Palestine. Semangat nasionalisma Palestine inilah yang membolehkan rakyat Palestine terus berjuang bermati-matian menentang bala tentera yang terbesar di Timur Tengah.Kita wajib memahami dengan lebih dalam tentang apa itu Zionisma. Fahaman ini percaya kepada satu bangsa – bangsa Yahudi. Hanya bangsa Yahudi sahaja yang terpilih. Yahudi sahaja yang ada hak keistemewaan di Israel. Bangsa-bangsa lain diangggap bangsa kelas kedua. Agama orang lain salah. Kitab suci agama mereka sahaja yang betul. Kitab suci agama lain di anggap menyeleweng. Hanya agama mereka sahaja yang dipilih oleh Yang Maha Esa.

Justeru di sini jelas bahawa Zionisma ialah satu fahaman rasis.Apa yang kita lihat di Gaza dan Tebing Barat hari ini adalah manifestasi dari fahaman ini. Keganasan yang wujud di bumi Palestine adalah hasil dari falsafah rasis Zionisma. Merompak tanah-tanah warga Palestine, menghalau orang Palestine keluar dari tanah air mereka adalah juga manifestasi dari fahaman rasis Zionisma.Kita dikatakan hanya dapat memberikan bantuan ubatan-ubatan, wang ringgit, makanan atau menerima warga Palestine datang ke negara kita untuk belajar atau menetap. Semua ini betul. Semua ini amat-amat dihargai. Semua ini adalah kerja baik yang wajib di teruskan.

Tetapi saya menolak pandangan yang mengatakan bahawa kita tidak dapat membuat apa-apa lagi untuk menyokong perjuangan rakyat Palestine. Pasti ada lebih dari ini yang dapat kita sama-sama lakukan.Pada hari ini bukan susah untuk kita memahami bahawa pendukung unggul fahaman Zionisma dan Israel ialah Amerika Syarikat. Ini bukan kerana adanya Yahudi di New York atau di California. Zionisma wujud kukuh di Amerika kerana kepentingan ekonomi Amerika pada ketika ini berjalan selari dengan kepentingan fahaman Zionisma dan Israel.Bukan sahaja Zionis Israel mendapat sokongan kuat dari Amerika malah – Kesatuan Eropah – Peranchis, German, Itali – semuanya menyokong Israel. Ini bukan kerana mereka cintakan Yahudi atau benci kepada Palestine – TIDAK. Mereka menyokong Israel kerana kepentingan ekonomi mereka.
Ekonomilah yang menjadi asas kepada fahaman Zionisma ini. Pemodal–pemodal global melihat bahawa Zionisma dapat membantu mereka meneruskan dan mengembangkan modal mereka. Kaum pemodal antarabangsa melihat fahaman Zionisma ini sedang memberikan keuntungan melimpah ruah.Industri persenjataan dunia bergantung kepada perang. Dengan wujudnya perang atau konflik yang berkemungkinan membawa perang adalah cuaca dan suasana yang amat baik untuk pembuat dan peniaga senjata antarabangsa. Israel yang sedang memporak perandakan Timur Tengah adalah pemangkin perang.Lihat bagaimana Amerika menjual dan membekal senjata kepada Isreal. Ini menakut-nakutkan negara-negara Arab. Suasana takut ini memberi peluang kepada Amerika untuk menjual senjata kepada Mesir, Jordan dan Saudi Arabia. Negara-negara ini tidak ada bezanya dengan Zionis Israel. Mereka tidak berani secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel – takut kepada rakyat mereka sendiri. Tetapi perangai dan tingkah laku terhadap warga mereka tidak jauh berbeza dari apa yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestine.Bila telah memahami semua ini saya rasa kita akan dapat melakuan lebih dari apa yang sedang kita lakukan hari ini. Ada satu pekara yang dapat kita lakukan bersama yang pasti akan memberikan tamparan maut kepada fahaman Zionisma. Pekara ini ialah menentang sifat dan fahaman Zionisma di mana sahaja ianya berada.Zionisma pada ketika ini bukan lagi bergerak di Israel atau di Palestine sahaja. Zionisma telah menjadi fahaman yang meluas dan telah melintasi sempadan Israel. Jika sesiapa memiliki ciri-ciri fahaman rasis yang telah saya nyatakan tadi bermakna mereka juga adalah pendukung fahaman Zionis. Zionisma ialah kezaliman.Disini ingin saya nyatakan bahawa kita tidak perlu ke Palestine untuk menentang kezaliman. Apa yang perlu kita lakukan ialah menentang kezaliman dan kejahatan dimana sahaja ianya berada termasuk dalam negara kita sendiri. Zionisma tidak memiliki sempadan.Tetapi, saya agak kecewa apabila melihat orang Melayu berlumba-lumba bangun menentang Isreal yang zalim. Mereka bertempik marah apabila rumah di runtuhkan di Hebron. Tetapi mereka tidak bersuara apabila rumah di runtuhkan di Kampong Berembang atau di Plentong atau di Chu Badak. Orang Melayu marah apabila Masjid di roboh di Jenin tetapi orang Melayu tidak hirau apabila bantuan sekolah agama ditarik .Orang Melayu keluar berdemo kerana tanah rakyat Palestine di rampas tetapi mereka tidak pula bersuara apabila tanah-tanah Orang Penan di rampas atau tanah adat di Serawak satu demi satu dirampas oleh pemodal antarabangsa.Hairan. Dimana silapnya fikrah Melayu ini ? Kenapa bangsa Melayu memiliki nilai yang setengah jalan. Dimana akal fikrah mereka terputus. Kalau di Palestine mereka yakin rakyat Palestine sedang di zalami. Kenapa apabila orang Penan dizalimi hati mereka tidak tergerak untuk membantu. Apakah mereka tidak memahami bahawa zalim dan kejahatan itu tidak berbangsa dan tidak beragama.Apakah orang Melayu hanya ikut trend.?

Orang Melayu tidak dapat menerima Ketuanan Yahudi tetapi bagaimana orang Melayu yang sama dapat pula menerima Ketuanan Melayu. Dimana songsangnya fikrah Melayu ini. Apakah mereka telah terputus nilai kemanusiaannya?Justeru sesudah membaca tulisan ini marilah kita bersama-sama meneliti dan menilai kembali nilai Melayu kita. Apakah kita benar-benar faham tentang kezaliman dan keadilan. Atau kita hanya menjadi Pak Turut – berGaza ke hulu berGaza kehilir. Orang bercakap hal Gaza kita bercakap hal Gaza tanpa kita melihat ke dalam hati nurani kita sendiri.

Monday, January 19, 2009

Sejarah Kuala Terengganu.

Setelah selesai PRK Kuala Terengganu,banyak cakap2 belakang berbunyi terutama pihak kepimpinan Kerajaan BN.Mereka semua tidak mengaku kesalahan dan kelemahan yang telah menyebabkan kekalahan kerajaan BN.Saling tuduh menuduh berlaku sehingga Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan membela Najib bahawa Najib tidak boleh dipersalahkan dalam kes ini.Apa pun yang selamat ialah Khairi Jamaluddin,beliau mengambil langkah tidak mahu campurtangan dalam kempen di Kuala Terengganu.Ini terjadi kerana Khairi tidak dicalonkan bahagian Kuala Terenggan sebagai ketua pemuda UMNO sebaliknya Kuala terengganu memilih Mukhriz.

Sejarah telah terlakar di Kuala terenganu apabila DAP buat pertama kali membantu calon pas secara langsung.Lim kit Siang awal2 lagi telah turun di Kuala Terengganu membantu calon PAS Wahid Endut.ini adalah kemajuan dalam pakatan yang menyerlahkan lagi kematangan politik Pakatan rakyat.
Tidak seperti MCA, GERAKAN,yang gagal membantu calon BN secara bersungguh2.Kehadiran pemimpin pakatan rakyat dari pelbagai kaum melambangkan kebijaksanaan politik yang menguntungkan pakatan.
Sejarah juga tercatat apabila pemimpin DAP dan semua pemimpin bukan Islam dalam pakatan bersetuju dengan dasar perjuangan PAS melaksanakan Hudud kepada umat Islam sekiranya Pas memimpin negara ini.
Kehadiran anggota Polis yang terlalu ramai juga antara sejarah yang boleh dicatit pada PRK kali ini.Ada pihak menyebut sejumlah 6000 anggota dan ada menyebut 9000,ada juga 12000,apa pun, jumlah kehadiran mereka sungguh mengejutkan dan merimaskan pengundi2.

Walaupun kita meneng PRK ini,tetapi ia tidak terlepas daripada penyelewengan yang dilakukan oleh BN dan SPR.banyak contoh yang boleh diberikan,tetapi saya mengambil keputusan untuk mengkaji terlebih dahulu penyelewengan tersebut sebelum saya dedahkan nanti.

Setiap kali kita menang ,BN akan menyelar pakatan bahawa apabila kita menang,segala isu pengundi hantu dan penyelewengan BN lesap,sekiranya kalah segala keburukkan BN akan terus didedahkan.Ingin saya jelaskan bahawa,sekiranya kita mendedahkan dan membawa kes2 ini ketengah BN akan mengambil kesempatan mencabar kita membawa kes2 itu kemahkamah.Sekiranya benar wujud sebagaimana yang didakwa kita ,ada kemungkinan pilihanraya tersebut dibatalkan dan diadakan semula.Ini merugikan kita yang telah menang.lebih baik kita bertenang dan teruskan agenda rakyat.

CERAMAH SOLIDARITI PALESTINE




Ceramah solidariti ummah bersama PALESTINE di adakan di SUNGAI PETANI KEDAH.Program tersebut bertempat di perkarangan MASJID AR-RAHMAN(MASJID PEKAN) SUNGAI PETANI pada 16 hb JAN 2009 jam 9 malam.Di dalam pada masa yang sama kutipan derma untuk membantu saudara kita di PALESTINE juga di adakan, RM6464.50 berjaya di kumpulkan dan di serahkan kepada wakil PALESTIN iaitu saudara ISMAIL.Program ini hasil inisiatif oleh AMK KEDAH,DEWAN PEMUDA PAS KEDAH dan TERAS

Sunday, January 18, 2009

Syabas rakyat Kuala Terengganu.

Syukur kepada Allah diatas kejayaan Pakatan rakyat merampas kerusi parlimen P036 Kuala Terenggnu daripada BN.Kejayaan ini adalah milik semua rakyat malaysia yang mahukan perubahan.Tajuk2 kecil yang wujud ketika waktu berkempen bukanlah menjadi faktor sebenar kemenangan.Subjeknya ialah majoriti rakyat mahu perubahan dalam pelbagai cabang masalah,bermula dengan rasuah,penyalahgunaan kuasa,penyelewengan wang rakyat,jenayah pihak eksekutif dan pelbagai lagi telah menyedarkan rakyat bahawa perubahan menyeluruh harus diberikan demi membawa Malaysia kearah yang lebih bersih dan berdayamaju.
Majoriti 2361 adalah jumlah diluar pimikiran kita semua,manakan tidak jentera BN bergerak setiap penjuru dan menghentam pakatan segenap ruang.Semua kemudahan media digunakan semahu2nya.Setiap hari TV memberi gambaran bahawa kita akan kalah kerana BN telah memberi yang terbaik kepada rakyat.Segala hak kita dinafikan di TV dan akhbar arus perdana.Calon BN diibaratkan maksum,tiada dosa hanya terbaik sahaja yang dilakukan kepada rakyat.Kemudian posing2 istimewa telah didagangkan diseluruh tepi jalan di Kuala terengganu.Bukan pos calon sahaja,pos2 Paklah,Najib Altantuya dan Mad Said turut dipamerkan kepada pengundi.
Pakatan Rakyat sebenarnya lebih memahami kehendak rakyat yang sebenarnya, iaitu perubahan yang hakiki bukan perubahan kosmetik yang dijaja oleh pemimpin BN. Kemenangan ini menceritakan perkara sebenar kepada kita bahawa pakatan kita diterima seluruh rakyat merentasi agama dan kaum.Amalan politik perkauman yang diusung BN ibarat mengusung keranda sendiri.Teknik berbohong seperti kemasukan ahli daripada Pas kedalam UMNO secara beramai2,soldadu Ezam Mat Nor.Memfitnah Pakatan kononya pro Cina dan pelbagai lagi telah memakan diri sendiri.
Secara keseluruhan corak pilihanraya kecil dan umum telah berubah,Cara bagaimana pengundi membuat penilaian kepada parti bertanding turut berubah sebagai contoh BN memberi gambaran Malaysia lebih baik dari negara2Afrika,tiada kebuluran,tiada peperangan dan kita mempunyai pendapatan lebih dari rakyat Vietnam.Tetapi rakyat merasap kita jauh ketinggalan daripada Singapura.Kita sekarang sudah lebih miskin daripada tahun 1995.Harga barang keperluan melambung .Harga minyak petrol masih jauh lebih tinggi daripada harga sebenar.Jenayah meningkat,banyak kes2 menteri di mahkahmah senyap begitu sahaja.Itulah cara pengundi menilai keadaan negara,walaupun masih ramai yang meyokong BN tetapi pola pemikiran rakyat majoritinya semakin berubah.
Realiti politik negara akan mengalami perubahan tidak beberapa lama lagi.Apabila generasi internet mula memasuki politik secara menyeluruh maka seluruh paten politik negara turut mengalami perubahan.Malangnya BN masih tidak berubah dengan menggunakan isu2 perkauman dan berbohong.Sebagai contoh menurunkan garis lulus peperiksaan supaya ramai pelajar nampak pandai walaupun sebenarnya ramai tidak pandai,demi menggambarkan kejayaan tindakan lemah kerajaan menggunakan bahasa Inggris dalam mate dan sains .Contoh kedua berbohong kepada rakyat bahawa UMNO pejuang bangsa Melayu, walhal merekalah yang membunuh bangsa sendiri,seperti membenarkan pembelian tanah2 rizab tanah Melayu kepada bukan Melayu.
Hakikat ,rakyat sudah mengetahui segala kepincangan ini.Maka kertas undilah menjadi tempat rakyat meluahkan apa yang terbuku didalam hati.
Kemenangan di Kuala Terengganu memudahkan lagi langkah DSAI mengambil alih Putrajaya.Kemenangan ini juga menambahkan lagi kuasa rakyat diparlimen dan melemahkan benteng pertahanan BN.Dalam pada itu kita harus berwaspada dengan kejayaan ini,kita jangan leka dibuai mimpi.Pihak BN tidak akan berdiam diri melihat keadaan ini merebak ketempat lain.Saya menjangkakan akan ada lagi sekurang2nya satu lagi PRK tidak termasuk Pensiangan di Sabah.

Friday, January 16, 2009

Tiada petunjuk positif.

Hingga jam 2.00 pagi ,Hanya tinggal lapan jam lagi pintu bilik pengundian akan dibuka kepada pengundi2.Keadaan sesak di bandar Kuala Terengganu masih sibuk dengan kibaran bendera2 penyokong parti bertanding.Kehadiran penyokong dari luar menambahkan kesesakan jalan2 di sekitar bandar Kuala Terengganu.Hampir kesemua warung dan restoran dipenuhi pelanggan.
Namun keadaan sebenar hanya Tuhan sahaja yang tahu.Pakatan rakyat dan BN tidak masih tidak boleh mendabik dada sebagai pemenang selagi pengiraan undi belum selesai.

Seluruh penyokong hanya mampu berdoa supaya Allah memberi taufik dan hidayah kepada pengundi2 berbangsa Melayu untuk memangkah calon PAS. Pakatan Rakyat masih mempunyai peluang untuk menang esok.Hanya calon bebas hampir mengetahui nasibnya,walaupun pembuangan undi belum dilakukan.

Sehingga saat saya menulis ruangan ini keadaan masih 50-50.Sekiranya pengundian dijalankan secara adil dan bebas pakatan rakyat mampu meraih majoriti tak kurang 1500.

YaAllah bantulah kami yang berjuang untuk kebenaran dan keadilan, AMIN.

Thursday, January 15, 2009

Kediaman rasmi VVIP BN masih bernyawa.

Kediaman rasmi VVIP BN masih beroperasi,sehingga kini masih terdapat kenderaan mewah yang memakir ditempat letak kereta di sekitar hotel rasmi mereka.sebentar tadi saya melihat beberapa pemuda berada disekitar kenderaan mewah tersebut.Mereka masih belum puas dengan apa yang telah mereka lakukan selama i ni bagi menghalang Pas dan Pakatan Rakyat merampas kuala Terengganu.

Terkini laporan tidak rasmi menyebelahi Pakatan Rakyat sebanyak 5%,

Senjata ampuh akan digunakan BN pada saat ini.Senjatanya ialah wang.Sebagai bukti harga betik yang tak seberapa telah dibayar pada harga RM200 sebiji hari ini di pasar.Betik tersebut dibeli dari seorang nyonya.

Berita baik untuk Pakatan Rakyat.

Setelah lapan hari kita berkempen,saya telah menerima berita baik yang boleh dijadikan kayu ukur tahap kemampuan BN untuk terus mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu.Pertama penarikan diri pengawai pengurus PRK Kuala Terengganu iaitu datuk Mat Razali Kassim.Perkara ini berlaku berikutan dakwaan Pakatan Rakyat mendakwa beliau menghasut dan mengugut kakitangan MBKT supaya mengundi BN atau meletakkan jawatan,
Tempat Beliau diganti oleh Wan Mustafa Wan Hassan juga Setiausaha MBKT.

Jelas apa yang berlaku adalah gambaran sebenar kecelaruan pengurusan dan pentadbiran pengurusan PRK Kuala terengganu akibat campurtangan pihak BN.
Antara dakwaan kita terhadap perkara ini ialah bagaimana pejabat pendaftaran Kuala Terengganu boleh beroperasi sehinga jam sepuluh malam,sudah tentu ada sesuatu yang tak betul berlaku di pejabat pendaftaran.

Kedua tiada lagi bunyi siren polis yang mengiringi kenderaan VIP BN mulai jam 8.00 malam ini..Apakah makna semua ini?Tiada lagi kawalan ketat terhadap ceramah2 kita?Tak mungkin mereka sudah berpuas hati dengan sokongan yang telah mereka perolehi ataupun tiada apa yang boleh mereka lakukan untuk menang. Ataupun ini tipu helah mereka untuk memperdaya jentera Pakatan Rakyat.

Saya akan memberikan laporan terkini pada jam 3.00 pagi ini bertarikh 16 Januari 09.Ada beberapa indikator yang boleh saya berikan tentang potensi kejayaan kita.Tunggu berita terkini dari Kuala Terengganu.

Wednesday, January 14, 2009

Tiada sekatan jalanraya.

Apakah makna semua ini?Mengapa secara tiba 2 semua sekatan jalanraya di P 036 di alihkan atau diberhentikan.
Dari analisis AMK,keadaan ini berlaku kerana 1.Sekatan2 ini tidak menyenangkan penduduk Kuala Terengganu dan para pengundi. 2. Semua pengundi hantu telah selamat sampai ke parlimen Kuala Terengganu 3. Mendapati keadaan di Kuala Terengganu telah selamat dari sebarang kekacauan dan tiada pihak mampu mencetuskan provokasi. 4.BN yakin mereka telah memenangi PRK ini. Jadi, analisis mesti menjurus perkara positif kepada BN.

Apapun tindakan ini sudah tentu ia membawa kebaikan kepada BN.Masakan mereka membuat keputusan yang tidak menguntungkan mereka.

Kami telah meneliti bahan2 kempen BN.Apa yang paling mengkesankan pengundi ialah strategi mereka memburukkan kerajaan negeri Pas pada 1999>2004.Mereka telah menjilidkan sebuah buku kecil dengan bertajuk "pado doh"bermaksud, menyesali apa yang telah dilakukan kerajaan Pas Terengganu dahulu.Mereka menyenaraikan beberapa perkara dan peristiwa semasa pemerintahan kerajaan Pas dahulu.Walaupun terdapat fakta yang terkandung dalam buku tersebut boleh dipertikaikan,namun ia memerlukan ruang yang besar dan mengambil masa yang lama untuk menerangkan kepada pengundi atas pagar.Terdapat bahan kempen lain yang dilempar kepada orang ramai ,tetapi semuanya sukar menembusi jiwa nurani pengundi,kecuali buku kecil ini.Disaat waktu kempen hampir sampai kepenghujung kelihatan jentera kita masih terkial-kial mencari rentak.Lagu2 lama dengan rentak kuno harus ditinggalkan dan diganti dengan suatu sistem kempen yang bersifat memahami perasaan pengundi dan menerangankan dasar pakatan rakyat yang lebih jelas kepada pengundi.

Kita bernasib baik kerana BN gagal meletakkan calon yang sesuai mewakili rakyat Kuala Terengganu.Perpecahan didalam kem UMNO juga mencerahkan peluang kita menggilap Kuala Terengganu menjadi Kota Pakatan rakyat.Kesempatan ini harus kita gunakan sebaik mugkin.

Perbezaan kaum dan agama boleh menjadi punca kekalahan sekiranya ia tidak diatasi secara santun,apatah lagi kekalahan semasa PRU lalu kerana gagal memikat pengundi berketurunan Cina.

Imej Taliban juga kadang2 menggerunkan pengundi kaum bukan Melayu.

Apa yang dicatatkan diatas adalah analisa Ketua Penerangan AMK Kedah bukan pandangan AMK secara keseluruhan.

WARNA-WARNA PRK P 036 KUALA TERENGGANU
















Poster Calon

Setelah saya meredah kesesakan kota Kuala terengganu,saya dapati poster2 daripada calon pakatan rakyat iaitu Wahid Endut masih kekurangan berbanding poster dan gambar2 calon BN walaupun tidak setampan calon Pakatan Rakyat.Kira tinggal dua hari lagi akan berakhir kempen pilihnaraya kecil ini.Perkara ini penting supaya semua pengundi bukan sahaja kenal tetapi menghafal wajah calon kita yang segak, jauh meninggalkan alon parti lawan.
Seperti biasa saya berhenti untuk minum di sebuah kedai betul2 ditengah bandar,saya mengambil tempat duduk betul2 disebelah petugas BN.Kami berbual sambil menjamah makanan.petugas2 BN disebelah kami juga berbual,tetapi nada suara mereka agak tinggi dengan disusuli gelak tawa.Antara isi perbualan mereka ialah,mereka tampak yakin untuk memenangi pilihanraya kali ini.
Pihak AMK berharap jentera yang terlibat soal penerangan memberi tindakan khusus supaya perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
Berkenaan meletakkan bendera dan poster pada kenderaan,saya menyarankan agar para penyokong terus memasang tampa mengendahkan amaran ini,ini kerana notis ini tidak menyeluruh dan tidak semua penyokong memahami perkara ini.Undang2 ini hanya untuk meneggelamkan suasana pilihanraya yang akan menyebelahi kita.

Tuesday, January 13, 2009

SPR dan Polis

Kehangatan berkempen makin dirasai di p036 Parlimen Kuala Terengganu.Ini telah ditambahkan lagi dengan kehadiran beramai AMK dari kedah dan beberapa negeri lain.Kempen secara aktif oleh AMK telah dijalankan dan akan diteruskan hingga akhir.
Walaubagaimanapun keadaan sedikit ganjil daripada pilihanraya sebelum ini,umum atau kecil.Apa tidaknya SPR telah mengeluarkan arahan semua kenderaan tidak dibenarkan membawa bendera parti mahupun stiker hatta gambar calon di kenderaan.Ini adalah satu langkah pelik yang belum pernah dikuatkuasakan di mana2 pilihanraya sebelum ini.
Apakah langkah ini boleh membantu kemenangan BN? jika ia,maka bertepatanlah keputusan ini dilaksanakan.Apa yang penting ialah ketelusan bukan peraturan2 pelik.
Suasana pilihanraya kali ini nampak suram dari segi penglibatan anak2 muda tempatan,mahupun di pihak Pakatan Rakyat dan BN,rata2 penduduk tempatan mengambil sikap berkecuali dalam aktiviti berkempen.
Kenderaan POLIS pula dilihat menguasai segenap sudut jalan raya disekitar Kuala Terengganu.Road Block tidak kurang sepuluh,24 jam sehari,di setiap jalan masuk parlimen Kuala Terengganu.Sementara itu kelihatan beberapa kumpulan anggota polis mengambil kesempatan membeli belah di sekitar Kuala Terengganu.Jalan ke Rusila berselirat dengan kem2 sementara polis yang bertugas,kenderaan mereka tersusun kemas disepanjang jalan tak ubah keadaanya seperti ketika pencerobohan tentera Amerika menceroboh Iraq 8 tahun yang lalu.Yang membezakanya ialah dari segi fizikal anggota dan warna uniform sahaja.
Kehadiran polis kini telah bertambah dan telah mencapai 9000 orang,jumlah teramai dalam sejarah pilihanraya Malaysia.Apakah ini boleh membantu kemenangan BN,jawapanya sudah tentu ia.Sekiranya sebaliknya ia tidak akan dilukukan.Kita faham faktor keselamatan,tetapi mengapa begitu ramai,ia bukan sahaja membazir wang rakyat tetapi telah memberi gambaran negetif kepada pelancong dan dunia luar bahawa pilihanraya di Malaysia tidak selamat dan tidak sesuai para pelancong berada di Malaysia ketika pilihanraya berlangsung.
Terdapat pihak menyarankan saya lebih berfikiran positif terhadap jumlah kehadiran anggota polis yang ramai.Ingin saya tegaskan bahawa banyak bukti yang boleh saya utarakan, antaranya lihat apa yang telah berlaku ketika perhimpunan Bersih di Batu Buruk,dua orang penyokong PAS telah ditembak dengan peluru hidup oleh anggota polis.Bagaimana polis membelasah DSAI ketika dalam tahanan pada 1998.Lihat pula perilaku polis ketika menyuraikan perhimpunan Bersih di Masjid Jamek Kuala Lumpur pada Nov 2007.Serangan polis keatas penduduk Memali 1985 dan banyak lagi.
Inginkan Malaysia yang lebih aman dan polis lebih berintigriti,campakkan BN pilihlah Pakatan Rakyat, insyaAllah.

Monday, January 12, 2009

Suasana menjelang PRK K Terengganu.

Hari ini sudah masuk hari keenam kempen PRK Kuala Terengganu.Kelihatan pihak PAS masih menyimpan senjata2 hebat yang mungkin akan digunakan apabila hampir dengan tarikh pembuangan undi. Hujan lebat dan kadang2 renyai membasahi malam keenam hari kempen.Di beberapa batang jalan di sekitar bandaraya , kem2 BN dihuni dengan beberapa orang jentera mereka.Di tempat letak kereta jelas terpampang nombor pendaftaran bukan kenderaan dari pantai timur,jelas mereka jentera luar yang datang membantu kempen BN.Kenderaan polis sibuk" meng eskot"pak2 menteri,yang pasti Najib Tun Razak turut berada dalam SUV mewah yang lalu di situ.
Ramai penyokong Pakatan Rakyat mungkin tercari ceramah2 hebat yang disampaikan pemimpin yang paling digeruni lawan. Walau apapun keadaan pada malam ini,esok akan menjanjikan gerakan kempen yang lebih kuat ledakannya.
Bagi saya gerakan menaikkan panji2 bendera mesti diperhebatkan lagi.Poster2 calon dan para pemimpin utama Pakatan Rakyat mesti dipamerkan kepada khalayak sebanyak mungkin.
Walaupun ini hanya kosmetik kempen,tetapi ia melambangkan kemantapan jentera pilihanraya.

Sunday, January 11, 2009

CERAMAH PERDANA SOLIDARITI UMMAH BERSAMA PALESTIN


Satu program ceramah akan di adakan di SUNGAI PETANI.

TEMPAT:MASJID AR-RAHMAN(MASJID PEKAN)SUNGAI PETANI

TARIKH :16-01-2009(JUMAAT)

WAKTU :9.00 MALAM

PENCERAMAH:CIKGU AZMI ABD HAMID(TERAS)
:SAIFUL IZHAM RAMLI(KETUA AMK KEDAH)
:USTAZ MD ZAHIR GHAZALI(KETUA PEMUDA PAS MERBOK)

ANJURAN :ANGKATAN MUDA KEADILAN KEDAH
:DEWAN PEMUDA PAS MERBOK
:TERAS

Saturday, January 10, 2009

UMNO BN POLIS SOKONG YAHUDI ISRAEL

Sikap sebenar kerajaan Malaysia terhadap krisis kemanusiaan di Palastin telah terjawab apabila 21 orang termasuk 3 YB,iaitu Abdullah Sani,Charles Santiago dan Dr. Nasir di tahan semalam di Dataran Merdeka ketika mengadakan demonstrasi membantah Israel menyerang Palastine.Sudah terang lagi bersuluh bahawa Kerajaan Malaysia selama ini menyokong tindakan Israel menyerang dan membunuh penduduk di Gazza.Tindakkan mereka menahan orang ramai yang membantah tindakan kejam Israel jelas menunjukkan kerajaan UMNO BN tidak bersetuju dengan pandangan rakyat Malaysia yang mengutuk dan membantah serangan Israel terhadap penduduk Palastine.Kerajaan yang dikagumi beberapa kerat makcik diceruk dapur dan guru2 kemas rupa2nya tidak bersimpati dengan penderitaan rakyat palastine.Tindakkan kerajaan UMNO dan BN kononya mengutuk serangan Israel terhadap bumi Palastine hanyalah topeng semata2.Sebelum ini kerajaan Malaysia telah menolak satu perjumpaan dengan wakil Palastine kerana wakil tersebut daripada kerajaan Hamas bukan kerajaan Fatah pimpinan Mahmoud Abbas yang kalah dalam pilihanraya lepas di Palastine.Wakil Hamas adalah wakil sah dan telah dipilih oleh rakyat Palastine,maka kerajaan UMNO BN wajib menghormati pilihan rakyat palastine.Tindakkan ini tidak ubah seperti sikap Israel dan Amerika yang tidak mengiktiraf kerajaan baru Hamas.Keadaan sama juga berlaku di negara kita diantara kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan kerajaan BN.Apa lagi yang hendak kita harapkan dengan kerajaan BN sekarang untuk membantu penduduk palastine,jauh sekali mengharapkan kerajaan sekarang melaksanakan tuntutan islam dinegara ini.Sebenarnya ,apabila kita mengamati latar belakang dan rekod2 pemimpin yang sedia ada didalam kerajaan UMNO BN yang sedang mamegang tampok pemerintahan ,kita akan sedar apa yang berlaku baru2 ini tidak langsung menimbulkan kehairanan masyarakat malaysia.Kerana yang ada pada hari ini hampir kesemuanya terlibat dengan pelbagai kesalahan termasuk pembu..han.Pemimpin kerajaan pusat kebanyakkan mempunyai kesalahan penyalahgunaan kuasa,kemanusiaan dan jenayah berat.Tetapi mereka ini pandai bersandiwara,justeru sebahagian rakyat yang kurang pengetahuan politik tanah air terpegun dengan lagak lakonan mereka yang tak ubah seperti Shah Rukh Khan,(sparing partner Rosmah Mansor).Setiap hari kita menitiskan air mata apabila melihat penderitaan rakyat Palastine,tak kurang pula yang menghulurkan sumbangan.Tetapi pemimpin UMNO BN tidak melihat situasi ini seperti mana rakyat rasai,hati mereka ini sudah hitam tidak ada perasaan langsung terhadap kesengsaraan mereka.Kerajaan Malaysia mungkin menerima tekanan daripada kerajaan Amerika mengenai isu palastine.Sekiranya benar sudah tentu kerajaan telah tunduk pada kuasa besar itu.Maka hancurlah harapan rakyat Malaysia yang ingin melihat sinar kedamaian di bumi Palastine.

Friday, January 9, 2009

Najib Pebas Pak lah

Kuala Terengganu medan Najib ‘lenyapkan’ Abdullah?
” Jumlah poster gambar Najib di Kuala Terengganu mengatasi gambar Presiden Umno Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.”
Ini bukan pilihan raya pertama Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak menjadi pengarahnya. Beliau telah mengetuai banyak pilihan raya, termasuk pilihan raya umum dan kecil. Ada yang berjaya dimenangi BN dan ada juga yang parti itu kecundang.
Jika kejayaan pilihan raya diterajuinya mahu dijadikan ukuran prestasi Najib, maka ia bukanlah rekod seratus peratus buatnya. Banyak pihak membuat telahan awal bahawa rekod itu akan tambah tercalar apabila BN sekali lagi gagal mempertahankan kemenangannya di Kuala Terengganu, 17 Januari nanti.
Suatu perkara agak ketara ialah kemunculan begitu banyak poster gambar Najib di Kuala Terengganu. Jumlahnya dikatakan jauh mengatasi gambar Presiden Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Tinjauan ke beberapa lokaliti seluruh kawasan pilihan raya mengesahkan perkara itu.
“Belum apa-apa lagi (belum pun mengambil alih jawatan Presiden Umno), Najib dah tunjuk kuasanya. Muka Pak Lah (gambar Abdullah) tenggelam terus!” kata seorang penduduk Kampung Panji Alam yang ditemui.
Apakah keadaan itu akan berterusan sepanjang kempen pilihan raya ini? Jika begitu, bolehkah dikatakan bahawa Kuala Terengganu bakal dijadikan medan untuk Najib ‘melenyapkan’ terus saki-baki pengaruh dan imej Abdullah?

Thursday, January 8, 2009

Politik wang di PRK K Terengganu

Begitu pelik skiranya BN tidak mengakui bahawa mereka tidak akan menggunakan wang secara langsung kepada pengundi bagi pengundi Kuala Terengganu.BN telah terkenal dengan peggunaan wang bagi membeli kuasa samaada semasa pemilihan parti itu sendiri atau pilihanraya.Perkara ini tidak dapat disangkal lagi kerana pemimpin UMNO sendiri mengakui hakikat ini,seperti kenyataan Tengku Adnan Mansor,Tun Mahathir Mohammad dan beberapa pemimpin lain.
Sekiranya ada penerima yang ingin menimbul dan memberi bukti penyalahgunaan wang semasa pilihanraya atau semasa kempen pemilihan parti mereka sendiri.Sudah tentu pengadu tersebut akan diugut atau aduan tersebut hanya dilayan seperti melepaskan batuk ditangga.
Perkara ini akan berterusan selagi UMNO dan BN menguasai negara ini.
Jauhilah rasuah,jauhilahi BN!

Tuesday, January 6, 2009

Pengundi Hantu!!

Dah letih bercakap pengundi hantu semasa pru @ prk.Keadaan sama sahaja.tiada jalan penyelesaian yang konkrit sebaliknya SPR hanya menganggap ini adalah khayalan pembangkang sahaja yang sediakan alasan sebelum tewas.Amk nak jelaskan walau kami menang sekalipun wahai SPR pengundi hantun tetap ada,mungkin tidak mampu menandingi kebangkitan rakyat.

Yang jelas pengundi hantu telah tiba di K.t ganu.Mereka berpakaian serba kemas semasa bertugas,kasut berkilat seluar bergosok kemas bagai pengantin Mouri.Lagak hebat didepan penyokong Pakatan Rakyat tetapi sampai hari mengundi,semua salin baju masuk sekolah terus pangkah parti yang dah nak pupus BN.
Mereka ini lah yang kononya menjaga keselamatan prk tetapi mereka juga pengundi Umno dan BN.Perkara ini telah berlaku di Ptg Pauh,tetapi jumlahnya kecil.Mereka datang beramai2 atas tiket menjaga keselamatan, kemudian merekalah juga ibarat penjenayah,datang ke mari bukan semata utk berkhidmat tetapi ada udang disebalik batu.Jumlah mereka bukan sedikit iaitu tak kurang 6000 orang.Sekiranya 3000 keluar mengundi,dan seorang mengundi dua kali maka alamatlah Pakatan Rakyat Kali ini.Seperti kata menteri Besar T ganu yang baru,beliaubercakap sebentar tadi, yakin majoriti 3500 milik BN.
Maka buat petugas dan para pejuang anggaplah BN ini zionis malaysia yang akan melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa dan selepas itu merompak harta rakyat.
Sampai bila BN nak terus berkuasa macam ini?

Berita2 terkini

AMK kedah akan sentiasa meng update blog ini bagi memastikan berita2 terkini tentang PRK P 036 Kuala Terengganu,Berita akan lebih meliputi berita panas dari lokasi dan program2 AMK Kedah.Walau bagaimanapun pihak AMK tidak boleh memberitahu program2 yang belum berjalan tetapi akan mengulas perkara dan hasil gerak kerja dan respons pengundi yang telah diterima.

Monday, January 5, 2009

Apa dah jadi negaraku tercinta?

BERITA DARI UNITED ARAB EMIRATES

Akhbar 7 Days UAE telah melaporkan bahawa Malaysia langsung tidak tersenarai lagi dalam dunia pelaboran antarabangsa bermula pada tahun 2009.

Sunday, January 4, 2009

Gendang Kuala Terengganu.

Apabila berbicara soal PRK Kuala Terengganu,terus teringatkan PRK Permatang Pauh.Seawal pagi seluruh pemuda dan penyokong PKR telah berkumpul di padang,jalan penuh sesak beberapa kilometer.Jejantas penuh dengan kenderaan yang menyaksikan himpunan manusia yang membawa bendera PKR dan terdapat penyokong membawa bendera parti PAS dan DAP.Semua bangsa bersatu atas satu prinsip iaitu kemenangan untuk Permatang Pauh.Dengan ragam pakaian yang dikenakan oleh para penyokong memeriahkan lagi suasana ketika itu.Barisan peniaga juga tidak ketinggalan mencari rezeki diawal pagi hingga tengahari.Kehebatan sokongan yang diberikan sudah mengambarkan bahawa kerusi Permatang Pauh bukan sahaja kekal di tangan kita bahkan nak disentuh oleh kaum Umno BN pun jauh sekali. Setiba sahaja calon PKR iaitu DSAI pada ketika itu, menyebabkan keadaan terus manjadi lebih hangat,sorakan penyokong BN pada ketika itu bagai menggeletek ketiak sahaja.Apabila DSAI bersalaman dengan calon BN Dato' Arif Syah,Adun Sbg.Jaya.Sah dari segi fizikalnya pun, kita telah menjaringkan beberapa gol.
Perarakan pulang penyokong selepas penamaan calon juga telah menggerunkan jentera kerajaan BN.Keadaan hampir seperti ini berterusan hingga hari pengundian.
Ketika waktu berkempen,sudah tentu BN tanpa segan silu yang didorong sifat2 buruk yang bertopeng membantu rakyat telah menggunakan segala taktik kotor,dengan bermula kes liwat DSAI,penangkapan beberapa exco PKR di perak,fitnah dan dsb.
Apabila tiba waktu petang selepas waktu pembuangan undi selesai,sudah tidak kelihatan lagi penyokong BN apatah lagi pimpinan mereka,semuanya lari dan menyepikan diri apabila secara purata kemenangan pasti milik pemimpin keseyangan kita DSAI.Pesta meraikan kemenangan telah bersambung lagi dari petang tersebut hingga selesai pengumuman keputusan.
Penyokong sekali lagi berkumpul di padang Maktab Bainun,Penanti.Sorakan gembira,kibaran bendera,nyanyian lagu2 patriotik dan kata2 seloroh telah mengamat suasana malam tersebut.
Apabila majoriti kemenangan telah diumum ramai yang menitis air mata tanda kesyukuran dan juga gembira.Angka 15 000 lebih,majoriti kemenangan DSAI.
Apakah Kuala terengganu bersedia mengahadapi PRK ini.Kehadiran penyokong pada sesi penamaan calon boleh menjadi indikator kemenangan atau sebaliknya.Kemudian kekemasan jentera,teknik menangkis serangan dan membuat serangan balas.Shywar,risalah,banner,pakar internet dan maklumat,keselamatan dan pelbagai lagi yang tak nak saya tulis disini akan membantu kemenangan.Kepulangan wargakota yang pulang mengundi dan membawa berita tentang kerajaan dan pelbagai berita dari kota juga boleh mengubah halatuju PRK. mereka ini pulang beberapi hari sebelum hari pengundian.
Pengundi hantu telah dikesan dibeberapa lokasi mengundang rasa resah dikalangan kita.Lakukan apa sahaja supaya rancangan jahat pihak lawan tidak menjadi,campakkan rasa takut jauh-jauh kelaut .Sematkan keberanian dan keazaman bahawa kita tidak ada pilihan lain kecuali kemenangan .Takbirrr!

Thursday, January 1, 2009

BANTUAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH













Program bantuan persekolahan kepada pelajar bertempat di TAMAN ANGSANA dalam PARLIMEN PDG SERAI dan juga DUN LUNAS,hasil inisiatif AMK KEDAH bersama AMK PDG SERAI di bantu oleh YAYASAN AMAN, AMK dapat membantu meringankan beban keluarga2 yang kurang bernasib baik serta ibu tunggal di dalam menguruskan kemasukan tahun baru persekolahan.Bantuan yang tidak seberapa seperti beg sekolah serta alat tulis dan juga sedikit wang saku sekurang2nya dapat meringankan beban.Seramai 10 individu di pilih sekitar TAMAN ANGSANA untuk menerima sumbangan. Dalam pada itu penghargaan juga di berikan kepada tuan rumah iaitu KETUA CAWANGAN PKR TAMAN ANGSANA PAK DERIS kerana membenarkan kami menggunakan perkarangan rumah beliau untuk menjalankan program sumbangn tersebut.Sumbangan di sampaikan oleh AHLI MAJLIS MPKK DR HAIRUDIN dan juga SAUDARA AZAMAN NASRUDIN merangkap SETIAUSAHA AMK KEDAH,terima kasih juga kepada KETUA AMK PDG SERAI serta AJK AMK PDG SERAI kerana hadir memeriahkan program tersebut.TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN PROGRAM TERSEBUT.


Azam baru,perubahan seluruh negara.

Pemuda harapan negara.Di bahu pemuda terletak segunung harapan untuk menongkah perubahan.Menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati dan demokrasi.Menjadikan negara Malaysia tercinta sebagai kawah rezeki dan permaidani indah untuk seluruh rakyat tanpa membezakan keturunan dan wajah. Dengan harapan besar inilah yang di galas pemuda membawa selangkah menuju tahun baru 2009 yang menjanjikan lebih ca baran untuk kita.Tidak syak lagi,kita akan diuji awal2 lagi dengan PRK Kuala Terengganu.Semoga berkat keazaman semua kita akan merampas kerusi Kuala Terengganu sebagai azimat untuk tahun baru.