SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Thursday, November 26, 2009

PERUTUSAN EID AL ADHA

Saya, mewakili keluarga dan segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Keadilan Rakyat ingin mengucapkan selamat menyambut eid al adha dan menjalankan ibadah korban kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Ibadah korban mengajar erti taat kepada perintah Allah SWT, sabar dengan ujian, mendidik untuk terus membina keyakinan diri juga kepada mereka yang berada di sekeliling kita.

Kita diseru untuk mengambil iktibar dari tawarikh para anbiya dan solihin. Ini kerana, pada mereka ada petunjuk buat kita yang mahukan melaksanakan perintah Tuhan Yang Maha Adil, ibarat bintang gemerlapan menunjuki pelayar di lautan luas. Mereka melalui rintangan dan ujian yang dahsyat, namun inshaallah kejayaan akan dikecapi akhirnya.

Marilah kita berdoa moga umat Islam yang pergi menunaikan ibadah haji kekal dalam keselamatan dan tidak ditimpa sebarang kemalangan.

ANWAR IBRAHIM

Friday, November 20, 2009

ALASAN LUCU SPR


Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) akan membuat keputusan Isnin ini berhubung permohonan penangguhan yang difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusannya pada 16 Nov yang mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar daripada Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili SPR, dan Sulaiman Abdullah, peguam bagi Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

SPR memfailkan permohonan itu pada 17 Nov selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

Pada 1 Sept, Dr Abdul Isa memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam persidangan DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan ADUN kawasan berkenaan.

Di samping permohonan penangguhan, SPR dan Abu Hassan turut memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam keputusan bersejarah itu, Alizatul Khair turut mengarahkan SPR supaya mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi berkenaan.

Dalam penghujahannya, Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa jika permohonan penangguhan itu ditolak, ia akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil yang membabitkan banyak wang dan SPR telah pun membelanjakan RM200,365 pada pilihan raya umum lepas di DUN Kota Siputeh sahaja.

"Ia merupakan pembaziran wang pembayar cukai selain akan mengakibatkan ketidakadilan yang sangat besar kepada suruhanjaya berkenaan," tegas Kamaluddin.

Beliau menggesa mahkamah supaya menggunakan kebijaksanaannya dalam membenarkan penangguhan itu atas dasar terdapat keadaan khas dalam permohonan itu di mana terdapat kemungkinan dua wakil rakyat bagi kerusi berkenaan sekiranya mahkamah membenarkan rayuan SPR selepas pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata selain SPR, agensi kerajaan lain akan turut terbabit dalam pilihan raya kecil itu dan mereka terpaksa menanggung perbelanjaan sendiri.


Ulasan GB

Di dalam soal menegakkan kebenaran dan keadilan, sepatutnya tidak boleh ditimbulkan soal SPR terpaksa menanggung perbelanjaan untuk mengadakan pilihanraya kecil atau perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk pilihanraya-pilihanraya kecil yang telah berlansung sebelumnya.

Wang itu adalah dari rakyat yang membayar cukai yang mengharap SPR menjalankan tugas dengan adil. Ia bukan wang milik UMNO, BN, SPR, Datuk Sri Najib, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Yusof, Datuk Wn Ahmad, jauh sekali milik Peguam Kamaluddin.

Jadi apa masalahnya memenuhkan kehendak rakyat yang menuntut keadilan ditegakkan apatah lagi setelah Mahkamah Tinggi sendiri sudah memutuskan kerusi Kota Siputeh itu sudah kosong?

Dan mengapa terlalu ketara SPR membuat rayuan bagi pihak UMNO BN? Di mana integriti dan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas?

GB

Monday, November 16, 2009

BALASUNGKAWA

Pada pagi tadi(17 NOV) AMK KEDAH menerima berita yang mendukacitakan apabila ibu kepada MOHD ZUHAIRI B.KHAMIS(MAT PENDANG) yang merupakan TIMBALAN KETUA AMK PENDANG meninggal dunia.Kami seluruh warga AMK KEDAH mengucapkan takhziah di atas pemergian tersebut.Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang yang beriman

ALFATIHAH

Wednesday, November 11, 2009

EXCO AMK KEDAH DAN AMK PADANG SERAI BANTU MANGSA BANJIR






Hari ini beberapa orang EXCO AMK KEDAH membantu mangsa banjir di PAANG SERAI,bencana alam tersebut berlaku di KG PERMATANG DURIAN dan KG NAGA LILIT.Kg tersebut berada di dalam kawasan DUN LUNAS merupakan kawasan yang mempunyai ADUN BEBAS di KEDAH.Kejadian banjir di fahamkan bermula sekitar jam 1.30 pagi dan berlarutan sehingga petang.Banyak harta benda rosak akibat daripada air sungai yang melimpah memasuki rumah.Salah sebuah rumah yang terlibat adalah rumah saudara BOB yang merupakan AJK AMK PADANG SERAI.Kehadiran EXCO AMK KEDAH untuk memebantu sedikit sebanyak apa yang patut di lakukan,selepas itu EXCO AMK KEDAH di bantu oleh KETUA AMK PADANG SERAI dan setiausaha AMK PADANG SERAI menyediakan makanan sekadar yang mampu untuk mangsa banjir.

Monday, November 9, 2009

KATA DUA DSAI KEPADA PIMPINAN PKR


Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada pemimpin dan anggota PKR sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan.

"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti," katanya.

Anwar yang juga ketua umum PKR menegaskan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang malam tadi.

Katanya, ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.

"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno," katanya.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata ketua cabang dan wakil rakyat PKR hendaklah sentiasa mematuhi dasar-dasar parti.

Katanya, mereka tidak boleh beranggapan bahawa mereka akan terus menjadi pemimpin dan wakil rakyat untuk selama-lamanya.

Sebaliknya, kata beliau, mereka mesti berkhidmat kepada rakyat dan mematuhi dasar dan prinsip-pembaharuan parti.

Anwar berkata, walaupun sesetengah kritikan terhadap pemimpin dan wakil rakyat parti ti boleh diterima, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mereka yang enggan mematuhidasar-dasar yang ditetapkan oleh parti.