SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Friday, August 28, 2009

PKR KUTUK TINDAKKAN KUMPULAN MENGHINA AGAMA HINDU

Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.

Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

Keadilan menegaskan bahawa tiada anggota dari Parti Keadilan Rakyat yang terlibat mahupun dibenarkan untuk menyertai protes seperti ini.
Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.

Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.

Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.

Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.

Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

Tuesday, August 25, 2009

UCAPAN TAHNIAH DSAI


Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran atas kemenangan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir hari ini.

Meskipun berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, jelas kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan UMNO-BN yang memecahbelahkan.

Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya kecil yang tetap bersabar mengharungi kepayahan dalam bulan Ramadhan ini. Kepada YB Tuan Haji Salleh Bin Man, tahniah diucapkan atas kejayaan ini. Maka bermulalah tugas untuk menunaikan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, juga hasrat mereka yang sentiasa bergelora mahukan Perubahan dan melihat masa depan Pakatan Rakyat yang lebih gemilang.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia

Monday, August 24, 2009

AMK KEDAH BERBUKA PUASA DI KG PELET





Selepas menyelesaikan aktiviti edar risalah rumah ke rumah di TAMAN PENANTI,AMK KEDAH telah mengadakan proram buka puasa di BILIK GERAKKAN PKR KEDAH di KG PELET.Terima kasih juga di ucapkan kepada AJK PILIHANRAYA PKR KEDAH kerana membantu dari segi penyedian makanan dan bilik gerakkan untuk program buka puasa tersebut.

Sunday, August 23, 2009

AMK KEDAH TURUN BERKEMPEN DI PERMATANG PASIR

PADA 23 HB OGOS 2009 AMK KEDAH telah turun berkempen di PRK PERMATANG PASIR dengan menjalankan aktiviti edar risalah dari rumah ke rumah,edaran risalah di lakukan di TAMAN PENANTI yang mempunyai pengundi sekitar 600 orang dan majoriti kaum cina berada di situ.Walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai kami di anggarkan dalam 30 orang bergerak secara berkumpulan dan berjaya menyelesaikan aktiviti tersebut dalam masa satu jam.Rata-rata penduduk yang kami temui positif dengan CALON PAS USTAZ SALLEH MAN dan mereka berpuas hati dengan pemerintahan PR di PULAU PINANG.Terima kasih kepada seluruh AMK KEDAH yang terlibat.






Friday, August 21, 2009

AMK KEDAH AKAN BERADA DI PERMATANG PASIR


AMK KEDAH akan berada di PERMATANG PASIR pada 23 HB OGOS 2009,edaran risalah dari rumah ke rumah sekitar PERMATANG PASIR akan di lakukan bermula pukul 4 petang.Dalam pada itu program berbuka puasa AMK KEDAH akan di adakan di KG PELET pada hari yang sama.Kepada semua AMK KEDAH di jemput untuk menjayakan program tersebut..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA


KAMI AMK KEDAH DARUL AMAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA,SEMOGA DENGAN KEHADIRAN BULAN YANG MULIA INI DAPATLAH KITA SEMUA MEMPERKUKUHKAN KEIMANAN DAN PRINSIP PERJUANGAN DEMI MENEGAKKAN KEADILAN DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA.

Friday, August 14, 2009

CALoN PAS PRK PERMATANG PASIR


Ustaz Salleh Man Pesuruh Jaya PAS Pulau Pinang menjadi pilihan bagi PAS untuk menjadi calon menentang Rohaizat Othman dari BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Permatang Pasir.

PRK tersebut diadakan kerana kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan tersebut.

Permatang Pasir adalah DUN yang terletak di kawasan Parlimen Permatang Pauh. Pada pilihan raya umum (PRU) 8 Mac lalu kerusi tersebut telah dimenangi oleh calon dari PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Pemilihannya sebagai calon diumumkan oleh Haji Hadi Presiden PAS di sebuah majlis di Permatang Pasir, sebentar tadi.

Sunday, August 9, 2009

KENYATAAN AMK.

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
9 Ogos 2009

Polemik 'Pengkhianat Melayu': Petanda Pilihanraya Umum Bakal Menjelang.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius akan trend media-media arus perdana yang begitu serius memainkan isu 'Pengkhianat Melayu' mutakhir ini. Pandangan dan komentar pimpinan-pimpinan Umno khususnya disebar luas melalui media-media cetak dan elektronik yang jelas bertujuan untuk memberikan impak negatif ke atas imej Ketua Umum KEADILAN, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara umumnya.

Berdasarkan kepada analisis trend, AMK yakin dan percaya bahawa strategi ini bertujuan sebagai persediaan Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat. Dan ini juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang dijadualkan akan diumum oleh SPR esok, 10 Ogos 2009.

Polemik pengkhianat Melayu ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri Najib yang jelas menggambarkan ketandusan idea kepimpinan beliau untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara gentleman dan terbuka. AMK percaya ini berlaku rentetan beberapa isu mutakhir yang gagal didepani dengan baik oleh kepimpinan Najib termasuklah pendedahan isu skandal penyelewengan PKFZ, isu kematian Teoh Beng Hock dalam siasatan SPRM dan ditambah dengan sambutan luar biasa ke atas Perhimpunan Aman GMI-MANSUH ISA yang diadakan pada 1 Ogos 2009 lepas di mana berjaya mengumpulkan seramai puluhan ribu rakyat.

Label pengkhianat berterusan dicop ke atas batang tubuh Datuk Seri Anwar bertujuan sebagai satu kaedah pembunuhan karakter ke atas imej Datuk Seri Anwar, sebagaimana yang dilakukan ke atas imej Tuan Guru Nik Abdul Aziz sempena Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai yang lepas. Tetapi kaedah serangan karakter yang begitu agresif ini pastinya memberikan modal politik yang positif kepada Pakatan Rakyat. Untuk rekod, serangan bertalu-talu terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dimainkan beberapa hari sebelum pilihanraya umum yang lalu di mana ternyata strategi UMNO/BN telah memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat !

Bukanlah sukar untuk mengenal siapa pengkhianat Melayu.

- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?

- Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

- Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?

- Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?

- Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?

- Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?

- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?

- Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?

Soalan-soalan ini jika dijawab hanya akan disimpulkan dengan satu jawapan, iaitu Umno.

AMK percaya apa yang berlaku kini bukanlah masyarakat Melayu yang berada di persimpangan, sebaliknya Umnolah yang berada di persimpangan: samada berubah ataupun rebah di tangan rakyat.

Tidak timbul soal Melayu berpecah, sebaliknya yang berlaku ialah peralihan sokongan masyarakat Melayu daripada Umno kepada Pakatan Rakyat.

AMK menyarankan agar Umno bertaubat daripada memainkan sentimen perkauman yang dahsyat ini. Hakikat menunjukkan bahawa Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu tidak mudah lupa dan tidak akan lupa dengan segala penyelewengan dan politik adu-domba tajaan Umno yang kini semakin nazak dan gusar untuk berhadapan dengan rakyat.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Thursday, August 6, 2009

MAKLUMAN

Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa semua isu yang melibatkan Pakatan Rakyat termasuk isu Selangor akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 13 Ogos 2009 (Khamis) akan datang.

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Orang Melayu bersatu menegakkan keadilan menentang kezaliman

Apabila terdesak, ada yang sanggup berbuat apa sahaja kendatipun tindakan itu merupakan fitnah melampau dan memperlihatkan kerendahan akal budi. Demikian mahu diperalatkan, maka ada yang sanggup negara ini hangus dibakar api kebencian. Keterdesakan melihat kemaraan rakyat, bersama agenda Perubahan, muslihat jahat mengapi-apikan sentimen perkauman sempit ditiupkan.

Biarlah hatta pembohongan itu menzalimi sesama manusia asalkan umno-bn kekal berkuasa. Momokan disebarkan kononnya orang Melayu diperalatkan oleh Pakatan Rakyat demi kelansungan perjuangan. Alasan yang diberikan kerana orang Melayu turun beramai-ramai menyertai perhimpunan aman untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Saya dengan rasa rendah hati dan bukan kepalang gembira serta bangga mengakui hakikat sememangnya orang Melayu berduyun-duyun menyertai perhimpunan aman bersama Pakatan Rakyat menzahirkan kebencian mereka kepada kezaliman dan ketidakadilan. Memang benar puluhan ribu orang Melayu bersatu mahukan ISA dimansuhkan. Memang benar laungan Takbir berselang seli dengan Hidup Rakyat dan Reformasi.

Pada hari yang bersejarah itu orang Melayu bersama-sama rakan-rakan mereka, kaum Cina, India, Iban dan Kadazan serta seluruh rakyat Malaysia melafazkan talkin untuk kezaliman, penindasan serta kebencian. Upaya untuk mengelirukan rakyat dengan taktik pecah dan perintah adalah usaha lapok yang sudah mamah dimakan zaman.

ANWAR IBRAHIM

Wednesday, August 5, 2009

MELIHAT KEMBALI

Sebuah negara atau satu negara bangsa pada hakikatnya hanya wujud didalam fikrah warganya. Ianya hanya wujud didalam imijinasi. Negara dan bangsa wujud apabila ada imijinasi kolektif yang di kongsi bersama oleh warganya.

Imijinasi kolektif ini juga wajib di bantu dengan cita-cita, mimpi dan harapan bersama. Tanpa perkongsian imijinasi – tanpa mimpi dan harapan bersama - tidak mungkin negara bangsa boleh wujud dengan kompak.

Di negara kita ini pada hakikatnya masih belum wujud lagi satu negara bangsa yang boleh dipanggil Bangsa Malaysia. Ini bermakna identiti negara bangsa kita belum mengenap dan membatu.

Kita boleh memahami kenapa ini berlaku. Pertama - Malaysia ini adalah satu konsep yang baru. Malaysia wujud sebagai satu projek kolonial. Kedua - selama 50 tahun lebih ini upaya untuk membina negara bangsa telah gagal. Kegagalan ini adalah hasil dari falsafah dan pandangan dunia parti politik yang memerintah. Ketiga – patahnya pandangan dunia yang cuba melintasi konsep negara bangsa melalui takrifan agama dan kaum.

Sebagai sebuah projek kolonial – British telah memastikan kumpulan/parti politik yang menggantikan kuasa mereka tidak akan melihat penjajah sebagai musuh. Tidak dapat tidak badan politik yang dipilih oleh British untuk mengambila alih pentabiran Tanah Melayu dari British adalah badan politik yang akan terus bersetia dibawah payung British.

MCA, MIC dan United Malays National Organisation dipilih oleh British pada tahun 1956 bukan kerana mereka mendapat sokongan menyeluruh atau organisasi mereka kuat tersusun. Badan-badan politk ini diangkat, disokong dan didukung kerana kesetiaan mereka kepada British.

Kumpulan yang memanggil diri mereka Perikatan ini menggunakan kaum sebagai asas gerakan dan sokongan mereka. Sekali imbas memang dilihat amatlah lojik badan politik ini berpandukan kepentingan kaum masing-masing. Lojik ini bergerak untuk jangka masa pendek dalam usaha menyediakan ruang selamat ketika British berundur dari diserang oleh rakyat yang menuntut merdeka.

Untuk jangka panjangnya kita sedang melihat dan merasa musibah garis politik yang silap. Garis politik yang berasaskan perkauman ini mula dimunculkan dan dipupuk oleh British pada tahun 1946 dahulu. Garis politik inilah yang mengcengkam kita hingga ke hari ini.

Harus disedari bahawa tiga badan politik ini bukan protoganis awal yang bangun menentang British dan menuntut kemerdekaan. Mereka ini dalam istilah teater hanyalah pelakon tambahan dipermulaan pejuangan melawan British.

Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Muslimin – adalah diantara protoganis awal. Protoganis-protoganis ini telah mengambil dasar melawan British dan telah mengajukan garis politik yang progresif.

Pandangan dunia yang progresif dari kumpulan ini telah cuba memandu warga Tanah Melayu pada ketika itu untuk lari dari asas kaum kepada asas kebangsaan. Ini terbukti dengan draf Perlembagaan Rakyat PUTERA/AMCAJA 1947 yang mentakrifkan sesiapa sahaja yang ingin bermastautin di Tanah Melayu pada ketika itu akan dipanggil Melayu.

Projek politik ini cukup radikal. Ianya bertujuan untuk memastikan kelahiran satu negara bangsa. Tanah Melayu yang berbagai-bagai bangsa tetapi satu warga negara bangsa. Projek ini telah digagalkan oleh British. British melihat projek meMelayukan semua bangsa ini amat merbahaya dan bertentangan dengan kepentingan ekonomi kuasa imperial Anglo pada ketika itu. Jika semua ditakrif sebagai Melayu maka strateji – pecah dan perintah – kantoi.

Apa yang berlaku pada 8 March tahun lalu adalah tanda jelas bahawa warga negara kita ini mahu menghidupkan kembali semangat yang terangkum dalam projek Perlembagaan Rakyat 1947. Selama lebih dari 50 tahun projek untuk mendirikan negara bangsa ini telah tergelincir dari landasan.

Lima puluh tahun dalam sejarah tamadun manusia hanyalah sedetik. Dalam pembinaan negara bangsa 50 tahun juga telalu singkat Tetapi dalam kehidupan seorang insan - 50 tahun mungkin lebih dari setengah hayatnya telah berlalu. Justeru kejayaan mengembalikan projek negara bangsa ini wajib dijaga dikawal rapi agar ianya tidak tergelincir sekali lagi.

Konsep yang diajukan oleh PUTERA/AMCJA pada tahun 1947 dahulu kalau diamati nyata asasnya masih kukuh dan boleh digunapakai walau pun Tanah Melayu telah menjadi Malaysia. Kalau dahulu cadangannya adalah untuk melahirkan Bangsa Melayu - hari ini kita berniat untuk melahirkan Bangsa Malaysia.

Jangan silap faham – Bangsa Melayu atau Bangsa Malaysia ini – hanyalah imijinasi yang dikonstruk. Ianya hanyalah konsep. Negara bangsa ini juga konsep yang boleh dikonstruk. Konsep ini wajib disepadukan dengan konsep Ketuanan Rakyat.

Ketuanan Rakyat adalah serampang dua mata. Pertama ianya bertujuan untuk membunuh konsep Ketuanan Melayu yang diwarwarkan oleh United Malays National Organisation. Kedua Ketuanan Rakyat sebagai satu sosial konstruk imijinasi dalam usaha kita bersama untuk melahirkan Bangsa Malaysia.

Sayugia diingati – membina negara bangsa bukan satu yang mudah. Manusia bukan batu bata yang boleh disusun dengan senang. Tetapi bukan satu yang mustahil jika pemimpin badan-badan politik dalam Pakatan Rakyat memiliki pandangan progresif berjangka panjang.

Kesilapan dan musibah durjana api perkauman yang kita hadapi selama 50 tahun ini wajib kita jadikan pedoman. Badan politik – malah badan atau kumpulan apa sahaja – yang berasaskan satu kaum telah dibuktikan sebagai jalan salah untuk melahirkan negara bangsa.

Malaysia sebagai sebuah negara majmuk – pelbagai suku bangsa, kaum , bahasa, agama – wajib menampilkan pemimpin politik dan pembuat pandangan yang memiliki pandangan dunia yang luas yang dapat melintasi batas-batas sempit.

Selama lebih dari 50 tahun yang lepas kita telah berada dalam kereta api yang gerabaknya bukan sahaja berkelas- kelas dan dipisah-pisah malah landasannya pun salah. Menuju entah ke mana.

Sesudah 8 March dahulu semua warga telah masuk kembali ke dalam gerabak kereta api Pakatan Rakyat. Sesiapa yang sedang berada di dalam gerabak kereta api ini tidak banyak memiliki pilihan melainkan belajar untuk kembali mengenali satu sama lain sekali lagi.

Kali ini kita tahu Pakatan Rakyat ini sedang bergerak untuk melahirkan projek negara bangsa yang telah disabotaj oleh British pada tahun 1947 dahulu. Di luar landasan kereta api pasti ada anjing yang akan terus menyalak tetapi kereta api ini akan terus meluncur mara.(TT

Sunday, August 2, 2009

DEMONTRASI GMI










Pilihanraya atau pilihjalanraya.

Kedua-dua diatas adalah mempunyai matlamat yang sama iaitu berubah secara lembut atau terpaksa diubah dengan apa cara sekalipun.
Setelah kita semua baru sahaja hilang keletihan menentang penguasa lahanat di Kuala Lumpur pada 1 Ogos,namun dendam kesumat terhadap BN tidak pernah luntur bahkan makin menjulang apinya.Semua demonstran dapat menyaksikan kekejaman polis terhadap demonstran, jelas siapa sahaja yang memerintah kerajaan pusat asalkan dari BN,kekejaman adalah tongkat sakti bagi mereka.

Saya sangat gembira melihat perkembangan demonstran baru baru ini,apa tidaknya hampir 90% para demonstran adalah dari kalangan anak nak muda tidak kira lelaki atau perempuan,keberanian anak anak muda menentang dan mencabar pihak penguasa adalah sesuatu yang akan menghancurkan usaha kerajaan BN untuk menarik golongan ini supaya menyokong fahaman BN. Najib akan terkilan sekiranya melihat ulang tayang tunjuk perasaan ini. Anak anak anak muda yang menjadi taruhan untuk mendokong kerajaan BN pada masa akan datang telah menunjukan sikap sebaliknyan terhadap BN.
Apabila kita menyorot kembali sejarah perubahan dimana mana negara sekalipun termasuk Indonesia atau pun Thailand, anak muda adalah mesin pengisar golongan kejam ini.Anak muda darahnya mengalir laju,kemahuanya tidak boleh disekat, risiko bukan persoalan tetapi kemahuan anak anak muda mampu mengatasi segala galanya. Perkembangan peristiwa tunjuk perasaan baru baru ini yang menentang ISA akan memberi kesan yang mendalam kepada kerajaan lahanat BN.
Kebangkitan anak anak muda ini jangan di pandang enteng,apinya sudah menyala asapnya sudah kelihatan,hanya perlu dikipas dan disemarakkan apinya maka terbakarlah segala kebejatan dan keegoan kerajaan BN.

Kehadiran mahasiswa pada kali ini melebihi lain lain tunjuk perasaan sebelum ini sejak 1998 kehadiran mereka begitu dirasai ini amat ditakuti oleh UMNO BN,nada anak muda kembali bergema,apabila suara ini akan merentasi seluruh bumi Malaysia,maka anak anak muda diuniversiti2 dikampung2 dipadang2 bola dijalan2 raya dimasjid2 akan memenuhi setiap ruang jalanraya untuk menyatakan suara mereka yang menolak Najib dan seluruh kepimpinanya yang pasti akan dilahanat oleh Allah.
Sebenaynya jalanraya bukanlah pilihan terbaik tetapi ia akan menjadi pilihan terakhir apabila pilihanraya sudah menjadi bukan yang terbaik.Jalanraya bukan budaya,sekiranya ia diperlukan maka kita akan membudaykanya. Bom asap, air kimia dan kepedihan sudah mula serasi dengan darah anak anak muda, keberanian mereka makin meningkat pada setiap tunjuk perasaan dan ia akan terus meningkat sehingga tiada lagi ruang lokap mampu mengurung mereka. Anak muda kami buka anak muda UMNO yang lemah,manja dan dikelilingi dengan rasuah dan ampu,anak muda UMNO BN hanya pentingkan diri mereka sendiri daripada tuntutan rakyat terbanyak. Anak muda kami berani,tidak mementingkan diri sendiri berpandangan jauh dan mahukan perubahan total dan segera bukan janji kosong.

Saya yakin dan pasti sudah tiada jalan keluar untuk UMNO BN dalam hal ini.UMNO BN akan ditewaskan dalam Pilihanraya akan datang atau anak muda akan membuat keputusan cara anak anak muda.Kami anak muda mampu menguasai jalanraya pada setiap malam Ahad dan bukan pelik bagi anak muda untuk menguasainya pada waktu siang.

COKOLAT ANGIN