SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Sunday, December 28, 2008
























































Kekejaman Israel terus berlaku

Amk Kedah mengutuk sekeras2 nya diatas tindakkan kejam pentadbiran Ehud Olmeht keatas rakyat Palastine.Kekejaman tersebut berlaku selepas 3 hari tamat gencatan senjata selama 6 bulan diantara kerajaan Hamas dan Israel.Sebelum ini israel terus menutup sempadan Gazza selama beberapa minggu menyebabkan rakyat di Tebing Gazza terputus bekalan asas,termasuk keperluan perubatan.Penderitaan rakyat Palastine terus memuncak apabila serangan jam 6 pagi ini(waktu tempatan)membunuh seramai 277 penduduk dan polis kerajaan Hamas dan mencederakan lebih 300 rakyat tidak berdosa.
Kerajaan Hamas berjanji akan membalas dendam keatas kekejaman ini dan berkata mereka langsung tidak akan tergugat atau tunduk disebalik kekejaman ini.

Konvensyen AMK Kedah.

Tanggal 27hb Disember 2008,terpahat dalam sejarah, Amk Kedah berjaya menganjurkan program yang belum pernah diadakan sebelum ini iaitu konvensyen Amk Kedah,Turut terlibat Amk daripada Perlis.
Saya amat terharu dengan jumlah kehadiran perwakilan yang menakjubkan mencecah 150 orang.Kehadiran perwakilan2 baru menceriakan lagi konvensyen tersebut.
Konvensyen ini yang berlangsung dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00petang dan bertempat di dewan Sri Mentaloon(Kediaman Menteri Besar Kedah)"Jazakallah khiaran"Pentadbiran kerajaan negeri Kedah kerana membenar premis di bawah naungan kerajaan negeri membenarkan Amk Kedah melangsungkan konvensyen.
Tidak ketinggalan saya ucapkan terima kasih kepada tetamu jemputan darai kalangan ketua2 bahagian,pimpinan peringkat negeri dan pusat yang turut menjayakan program ini.
Amk Alor Setar adalah tulang belakang konvensyen ini diatas sumbangan tenaga mereka yang bersungguh beberapa hari sebelum program berlangsung.
Perbahasan berlaku dalam suasana panas dan pembahas berjaya membawa isi perbahasan dengan baik sekali walaupun terdapat beberapa pembahas yang masih gugup berdiri di khalayak ramai.Namun ini tidak langsung mencalarkan program yang sedang berlangsung malahan ia dapat mencungkil pemimpin2 baru yang bakal mengepalai parti pada suatu hari nanti.Isi2 perbahasan seperti yang telah dijangka iaitu, antaranya ketidak puasan hati Amk kepada kerajaan negeri ,Yb.2 yang tidak turun padang selepas menang,pembahagian MKK yang nyata langsung tidak adil.selain itu Beberapa kelemahan Amk peringkat Negeri dan pusat turut dibahaskan oleh wakil Kulim Bandar Bharu,iaitu meminta Pimpinan Amk pusat mengambil kira pandangan pemuda bahagian terlebih dahulu sebelum memilih pengganti ketua amk negeri.
Tanpa sumbangan yang mencukupi tidak mungkin program ini dapat diadakan.Terima kasih diatas sumbangan anda semua walaupun ada sumbangan datang bukan daripada individu yang mempunyai sebarang kepentingan dalam parti.Namun begitu terdapat dua individu yang mewakili rakyat ditempat masing2 gagal berbuat demikian walaupun janji telah diberikan,untuk memberi sumbangan kepada Amk Kedah.
Tahniah Ketua Amk Kedah diatas kewibawaan anda mengurus dan membawa amk Kedah daripada keadaan yang hampir lumpuh suatu masa lalu,kepada keadaan yang begitu hebat sekarang ini.
Secara total konvensyen ini begitu bermakna serta berjaya dan akan diterus kan dari tahun ketahun.Viva! Viva! Viva! Amk Kedah.

Sunday, December 21, 2008

TAHNIAH AMK LANGKAWI
























































Pada 19 dan 20 hb DISEMBER 2008 AMK LANGKAWI telah mengadakan satu kursus pemuda bagi AMK LANGKAWI,kursus pemuda tersebut di adakan di PULAU TUBA terletak di dalam PARLIMEN LANGKAWI.Perasmian program kursus pemuda di lakukan oleh KETUA AMK MALAYSIA saudara SYAMSUL ISKANDAR dan juga KETUA BAHAGIAN LANGKAWI iaitu HJ WAN SALLEH B WAN ELIAS.KETUA AMK KEDAH SAIFUL IZHAM RAMLI turut tidak ketinggalan menyertai program tersebut,selain itu EXCO AMK KEDAH terdiri daripada SETIAUSAHA AMK AZMAN NASRUDIN,SETIAUSAHA KERJA NASIR,KETUA PENERANGAN ADAM,EXCO2 yang lain seperti WAN,BOB dan juga ZAIDI.Jutaan terima kasih dan tahniah di ucapkan kepada KETUA AMK LANGKAWI NOOR SATMI,ALI,SALLEH serta ajk yg menjayakan program tersebut.

Thursday, December 11, 2008

PROGRAM RAMAH MESRA







AMK KEDAH telah melibatkan diri di dalam majlis ramah mesra bersama pimpinan PKR negeri KEDAH di kampung BOHOR di dalam PARLIMN POKOK SENA,AMK KEDAH di wakili oleh AZMAN NASRUDIN(SETIAUSAHA AMK KEDAH)ADAM(KETUA PENERANGAN)AZIZ SUKRI(TIMB SETIAUSAHA AMK KEDAH)RIDHWAN(EXCO AMK KEDAH).Wakil perhubungan negeri juga di wakili oleh ENCIK ONN(KETUA PENERANGAN NEGERI KEDAH)dalam pada itu juga di dalam majlis tersebut AHLI MAJLIS MBAS(MAJLIS BANDARAYA ALOR STAR)turut hadir iaitu KAK ROHANI BAKAR dan juga ENCIK DANIAL.Di samping itu juga PA MP POKOK SENA USTAZ ZULKIFLI turut tidak ketinggalan hadir di dalam majlis ramah mesra tersebut.Dalam pada itu sesi dialog turut di adakan diantara penduduk kampung BOHOR dan AHLI MAJLIS di adakan.

Tuesday, December 9, 2008

Kekesalan apa yang telah terjadi.

Kami sebagai anak2 muda terkejut dengan peristiwa malang yang telah menimpa penghuni lot2 banglow Bukit Antarabangsa tempoh hari.
Inilah ciri2 kesan pentadbiran yang lemah atau korup.Lereng bukit yang merbahaya diluluskan dan dijadikan kawasan kediaman.Walaupun kelulusan telah dikeluarkan untuk mendiami kawasan tersebut tetapi adakah kelulusan tersebut benar2 berdasarkan fakta atau sebaliknya.Oleh itu langkah wajar mesti dilakukan di seluruh kawasan kediaman yang berbukit dan berpontensi runtuh atau seerti denganya disiasat kembali struktur kesemua tanah2 berbukit tersebut.
Kami berharap mangsa2 kejadian bersabar dengan dugaan ini dan menyeru seluruh warga Malaysia membantu mangsa2 terbabit dari segi fizikal dan mental.
Semoga Allah mencucuri rahmat bagi mangsa yang terkorban yang Muslim dan takziah buat mangsa2 lain.