SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Tuesday, March 3, 2009

DI SAMAN RM2000 KERANA PEMBAKARAN TERBUKA


Semenangnya cheGuBard sudah dihubungi oleh Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan untuk hadir ke Pajabat mereka untuk diambil keterangan dan tindakan lanjut kerana melakukan pembakaran terbuka. Ini merujuk kepada pembakaran dokumen rasuah di hadapan Pejabat SPRM minggu lepas.


Namun tidak pasti adakah benar akan dikenakan saman serta tidak pasti mengenai jumlahnya.Jika dirujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan sila klik sini menyatakan saman berjumlah RM2000 dikeluarkan kerana pembakaran terbuka. Dibawah undang - undang terbabit jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua duanya sekali dibawah akta kualiti alam sekitar 1974, seksyen 29A.


Haaaaa.....haaaa... dengar jumlah wang denda itu cheGuBard gelak besar... tidak menentang undang - undang alam sekitar tetapi jika membakar dokumen yang pembakaranya cuma tak sampai 3 minit kerana dipadamkan oleh jaga Kompleks Kerajaan Putrajaya dan polis berpakaian biasa boleh dikenakan denda maka tentu kerajaan Malaysia akan kaya kerana cheGuBard nak serah bukti banyak lagi pembakaran terbuka.

No comments: