SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Tuesday, February 10, 2009

Petunjuk UMNO panik.

Suara Keadilan dirampas mulai kes Najib tidak tunai janji
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mula merampas akhbar Suara Keadilan (SK) sejak akhbar itu menyiarkan surat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melaksanakan janjinya untuk membantu masjid di Permatang Pauh.Demikian kata Ketua Pengarangnya, Zulkifli Anwar kepada Siasah sekejap tadi.Menurut Zulkifli, KDN telah mula merampas SK sejak keluaran itu hingga kini.Yang menariknya, kata beliau, hanya dua atau tiga naskah sahaja dirampas bagi setiap kedai dan dibuat di seluruh negara. Di setiap rampasan itu pula diberikan surat kenapa akhbar itu dirampas."Saya syak, langkah ini bertujuan menakut-nakutkan penjual akhbar agar jangan menjual SK di kedai mereka," kata Zulkifli.

No comments: