SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Monday, February 16, 2009

Gambar bogel jadi modal politik.

Amat jijik dan memalukan apabila mendengar cerita sebegini.Tak ada cerita lainkah yang relevan untuk dijadikan modal politik?Tindakan terdesak pihak parti lawan untuk merobohkan negeri Pakatan Rakyat sedang dilakukan dengan aktif walaupun secara haram dan tidak bermaruah.Tindakkan seperti budak sekolah ini boleh dianggap bacul dan tidak bertamadun.Gambar separuh bogel beliau yang diperolehi secara senyap dari kediaman beliau dan telah diedarkan kepada wartawan dan orang ramai untuk mencuba menjatuhkan maruah seorang wanita, iaitu Elizebeth Wong,apatah lagi beliau seorang Adun Bkt. Lanjan,dan seorang exco kerajaan negeri Selangor.
Hak peribadi beliau telah diceroboh dengan bermotifkan politik.Tindakkan ini juga telah menjatuhkan maruah wanita dinegara ini.
Saya menyeru kepada semua ahli politik pakatan lebih berwaspada kepada perkara 2 yang boleh dijadikan modal politik pihak lawan untuk menjatuhkan Pakatan.Kami Amk Kedah berdiri teguh dibelakang Elizebeth Wong demi mengharungi dugaan ini.
Kami percaya akan ada lagi perkara2 berunsur fitnah dan provokasi yang akan dilakukan pihak lawan kepada Kerajaan Negeri Pakatan.

No comments: