SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Wednesday, April 15, 2009

Elizabeth Wong

KUALA LUMPUR, 15 April (SK) KEMASKINI : Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan Elizabeth Wong dijangka akan mengumumkan keputusan beliau samasa untuk terus kekal sebagai Adun dan Exco Kerajaan Negeri atau meneruskan keputusan melepaskan jawatan seperti yang di umumkan dahulu.

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim berkata Wong diminta memberikan keputusannya itu hari ini setelah Exco Kerajaan Negeri membincangkan isu berkenaan pada mesyuarat mingguannya pagi tadi.

Khalid berkata pendirian Jemaah Exco Selangor adalah wajar dan adil setelah mengambil kira pandangan semua pihak dan hakikat bahawa siasatan polis berhubung kes berkenaan belum mencapai hasil muktamad.

Elizabeth sebelum ini menawar untuk meletakkan jawatan Exco Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan ADUN Bukit Lanjan setelah beberapa gambarnya yang kurang sopan diambil tanpa kebenaran beliau dan disebarkan menerusi Internet oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Walau bagimanapun, Exco Kerajaan Negeri sebulat suara bersetuju isu berkenaan membabitkan, antara lain, persoalan moral dan pencerobohan hak individu.

“Jika ada bukti-bukti kukuh, kita tidak akan beragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya, namun demikian, pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseorang.” kata Khalid lagi.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa sebarang keputusan bersabit Wong harus bersandarkan prinsip seseorang tidak boleh dihukum selagi kesalahannya tidak dibuktikan

1 comment:

Generasi Muda Tikam Batu said...

Mcm tu la pemimpin PKR yg majoritinya rendah moral.hahahahahahaha (rakyat msh syok lg dgn PKR)