SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Sunday, December 28, 2008

Konvensyen AMK Kedah.

Tanggal 27hb Disember 2008,terpahat dalam sejarah, Amk Kedah berjaya menganjurkan program yang belum pernah diadakan sebelum ini iaitu konvensyen Amk Kedah,Turut terlibat Amk daripada Perlis.
Saya amat terharu dengan jumlah kehadiran perwakilan yang menakjubkan mencecah 150 orang.Kehadiran perwakilan2 baru menceriakan lagi konvensyen tersebut.
Konvensyen ini yang berlangsung dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00petang dan bertempat di dewan Sri Mentaloon(Kediaman Menteri Besar Kedah)"Jazakallah khiaran"Pentadbiran kerajaan negeri Kedah kerana membenar premis di bawah naungan kerajaan negeri membenarkan Amk Kedah melangsungkan konvensyen.
Tidak ketinggalan saya ucapkan terima kasih kepada tetamu jemputan darai kalangan ketua2 bahagian,pimpinan peringkat negeri dan pusat yang turut menjayakan program ini.
Amk Alor Setar adalah tulang belakang konvensyen ini diatas sumbangan tenaga mereka yang bersungguh beberapa hari sebelum program berlangsung.
Perbahasan berlaku dalam suasana panas dan pembahas berjaya membawa isi perbahasan dengan baik sekali walaupun terdapat beberapa pembahas yang masih gugup berdiri di khalayak ramai.Namun ini tidak langsung mencalarkan program yang sedang berlangsung malahan ia dapat mencungkil pemimpin2 baru yang bakal mengepalai parti pada suatu hari nanti.Isi2 perbahasan seperti yang telah dijangka iaitu, antaranya ketidak puasan hati Amk kepada kerajaan negeri ,Yb.2 yang tidak turun padang selepas menang,pembahagian MKK yang nyata langsung tidak adil.selain itu Beberapa kelemahan Amk peringkat Negeri dan pusat turut dibahaskan oleh wakil Kulim Bandar Bharu,iaitu meminta Pimpinan Amk pusat mengambil kira pandangan pemuda bahagian terlebih dahulu sebelum memilih pengganti ketua amk negeri.
Tanpa sumbangan yang mencukupi tidak mungkin program ini dapat diadakan.Terima kasih diatas sumbangan anda semua walaupun ada sumbangan datang bukan daripada individu yang mempunyai sebarang kepentingan dalam parti.Namun begitu terdapat dua individu yang mewakili rakyat ditempat masing2 gagal berbuat demikian walaupun janji telah diberikan,untuk memberi sumbangan kepada Amk Kedah.
Tahniah Ketua Amk Kedah diatas kewibawaan anda mengurus dan membawa amk Kedah daripada keadaan yang hampir lumpuh suatu masa lalu,kepada keadaan yang begitu hebat sekarang ini.
Secara total konvensyen ini begitu bermakna serta berjaya dan akan diterus kan dari tahun ketahun.Viva! Viva! Viva! Amk Kedah.

No comments: