SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Saturday, July 12, 2008

Assalamualaikum,salam sejahtera.
Saya Adam Khairul Nizam adalah pengendali blog AMK KEDAH selaku ketua penerangan AMK KEDAH,sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua ke blog kami.Sebagai permulaan saya akan memuatkan isi kandungan blog ini dengan kupasan tentang keadaan semasa politik tanah air yang rata2 berkisar kepada peralihan kuasa daripada kerajaan otordok kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih telus dan memenuhi aspirasi rakyat jelata.
Tuduhan liwat masih lagi digunakan oleh sekerat dua juak najib dan beliau sendiri bagi menghalang kemaraan kerajaan Pakatan Rakyat atau sekurang2nya melengahkan peralihan kuasa ini.
Tuduhan yang tidak disangka ini dilakukan oleh mereka yang bermotif jahat yang langsung tak nak lihat DSAI menjadi PM.Bahkan tuduhan ini dilakukan untuk memastikan DSAI tidak melakukan sesuatu yang boleh menghumban Musa Hasan dan gani Patail daripada posisi mereka,kerana mereka ini adalah benteng terakhir yang akan menyelamat Najib dan Rosmah daripada dikenakan sebarang hukuman diatas kesalahan mereka membunuh Altantuya atau Aminah Sharibu secara langsung atau tidak.Sekiranya kedua manusia ini tercampak daripada kuasa mereka nescaya tiada lagi individu yang sanggup mampertahankan Najib di mahkamah nanti.dan pasti hasrat Najib untuk menduduki puncak politik beliu akan terpadam dan silap haribulan Najib dan Rosmah terperosok kedalam penjara(Bayangkan Najib dan Rosmah berada dalam sel dan sel yang sama).
Jadi tindakan memfitnah DSAI yang dilakukan beliau dan budak gila Ezam bukan sekadar menghalang DSAI menjadi PM malahan memastikan Rosmah kekal dapat membeli belah di serata dunia.
Selain itu tuduhan tersebut dilakukan untuk menggertak dan menakutkan ahli2 Parlimen yang berhasrat untuk melompat supaya membatalkan hasrat tersebut atau menagguhkannya.
Najib ini bukan seorang ahli politik yang bijak ,kerana kalau kita amati tangga kejayaan politik beliau lebih daripada kesinambungan politik bapa beliau iaitu Tun Razak.Beliau dipanggil utk menjadi menteri besar Pahang ketika beliau masih menuntut dan pada umur 27 tahun.Beliau menjadi menteri besar bukan kerana kehebatan beliau didalam permainan politik tetapi lebih kepada warisan dan jasa bapa beliau,itu sahaja.
Saya yakin rancangan jahat beliau memfitnah DSAI adalah rancangan yang tergesa2 setelah kehadiran mamat Ezam,Ezam berjanji dan bersumpah akan memastikan DSAI tak akan menjadi PM.(Ezam kaki sumah)Antara taktik mereka ialah mereka berusaha supaya DSAI tidak dapat bertanding dalam pilihanraya kecil seterusnya menghalang DSAI jadi PM.
Najib dan mamat Ezam akan terus memburukan DSAI dan Memfitnah DSAI sampai bila2 walaupun DSAI telah menjadi PM.
Sebenarnya peralihan kuasa telah boleh dilakukan dua minggu lepas lagi,tetapi terdapat beberapa halangan kecil,jadi DSAI mengambil keputusan biarlah peralihan berlaku dalam keadaan paling baik dan rakyat dapat terima dengan hati terbuka.Kalau kita amati mereka yang nak lompat ini bukan asing daripada sejarah pembangkangan.Mereka terdiri mereka yang pernah sertai S46,PBS dan banyak lagi.Sekarang ini pun negara kita diperintah sebahagian mereka yang pernah menentang kerajaan BN,maka tak hairanlah sekiranya mereka ini lompat.Terdapat juga mereka yang baru setahun jagung yang turut bersama,mereka ini tiada semangat UMNO yang kuat kecuali Join UMNO kerana hal tertentu sahaja bukan sayangkan sangat pun kat UMNO.Bersambung...........

No comments: