SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Sunday, June 28, 2009

ZIARAH MANGSA KEBAKARAN



Pada 27 hb jun 2009, KETUA AMK KEDAH SAIFUL IZHAM telah membuat lawatan mengejut ke atas saudara HISYAM yang di timpa musibah pada awal bulan jun 2009.Rumah hisyam hangus dalam terbakar dan juga melibatkan 2 buah rumah yang lain .Kejadian tersebut menyebabkan beliau sekeluarga hilang tempat berteduh,buat masa sekarang saudara hisyam terpaksa menumpang di rumah ibu bapa beliau.Dalam pada itu juga saudara hisyam adalah AJK AMK PADANG SERAI dan di antara petugas PARTI PKR ketika PRU 12.

MEMORANDUM PEMUDA PAKATAN RAKYAT SUPAYA MENGUGURKAN PERTUDUHAN LIWAT TERHADAP DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

MEMORANDUM PEMUDA PAKATAN RAKYAT
26 Jun 2009
Y.Bhg. Dato' Mohd. Yusof Bin Hj. Zainal Abiden
Peguamcara Negara II
Jabatan Peguam Negara
MALAYSIA.
Y.Bhg. Dato'
MEMORANDUM SUPAYA PERTUDUHAN JENAYAH LIWAT KEDUA TERHADAP YB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM DIGUGURKAN.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan kes yang telah ditetapkan untuk dibicarakan pada 8hb Julai 2009 adalah berkaitan.

1. Untuk makluman Y.Bhg. Dato', pihak Pemuda Pakatan Rakyat memandang serius terhadap pertuduhan liwat yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim untuk kali yang kedua berikutan dengan pendedahan mengenai laporan perubatan oleh seorang doktor dari PUSRAWI dan 3 orang Pakar Hospital Besar Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan fizikal yang dilakukan terhadap si pengadu iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah didapati TIADA BUKTI YANG MENUNJUKKAN BERLAKU TUSUKAN (PENETRATION) SECARA KLINIKAL DAN KONKLUSIF PADA DUBUR SI PENGADU yang boleh mensabitkan atau membuktikan bahawa kejadian liwat seperti yang didakwa telah berlaku.

2. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa segala pertuduhan yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim ini merupakan satu perancangan konspirasi politik oleh pihak tertentu yang menyedari bahawa kekuasaan mereka selama ini telah tergugat sebaik sahaja keputusan Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu diumumkan. Perancangan konspirasi liwat ini adalah merupakan satu alternatif bagi pihak tersebut untuk memastikan kemaraan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di arus perdana politik dapat dihancurkan dan dengan pertuduhan ini ia akan dapat memburukkan kredibiliti YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di mata rakyat Malaysia dan dunia.

3. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato' telah di arahkan oleh Peguam Negara Malaysia untuk mengetuai barisan kumpulan Pendakwaan yang akan mengendalikan kes ini kelak dengan tujuan untuk menyabitkan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dalam apa keadaan sekali pun (at all cost). Pihak Pemuda Pakatan Rakyat juga percaya bahawa Y.Bhg. Dato' telah diberikan arahan dan harapan yang tinggi oleh pihak tertentu untuk memastikan agar YB Dato’ SeriAnwar Bin Ibrahim akan disabitkan di dalam kes liwat ini selepas KEGAGALAN pihak Pendakwaan yang dikepalai oleh Peguam Negara Malaysia pada tahun 1998.

4. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat ingin memohon supaya Y.Bhg. Dato' untuk MENGGUGURKAN pertuduhan ini berdasarkan kepada laporan perubatan yang dinyatakan di atas dan memohon supaya Y.Bhg. Dato' tidak sesekali tunduk kepada mana-mana arahan atau tekanan supaya kes ini diteruskan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Peguam Negara Malaysia selama ini. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato’ sebagai seorang Timbalan Pendakwaraya Kanan yang sangat berpengalaman dan dihormati oleh pendukung keadilan untuk memastikan Jabatan Peguam Negara tidak terus diperkudakan oleh pihak tertentu bagi maksud memenuhi tuntutan nafsu mereka yang ingin terus berkuasa walaupun semakin ramai rakyat negara ini kian kuat menolak mereka.

5. Adalah besar harapan rakyat Malaysia supaya Y.Bhg. Dato' untuk mengembalikan semula imej cemerlang Jabatan Peguam Negara sebelum Tan Sri Abdul Gani Patail dilantik menjadi Peguam Negara Malaysia hasil habuan dari kerajaan selepas usaha beliau dengan dibantu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bagi memastikan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dipenjarakan dalam kes sebelum ini.

6. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat yakin bahawa sekiranya Y.Bhg. Dato' memilih untuk tidak meneruskan pertuduhan ini dan seterusnya tidak dipergunakan oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara Malaysia, maka tindakan Y.Bhg. Dato tersebut akan disokong oleh semua rakyat Malaysia yang telah marah dan berasa jijik dengan sikap yang diamalkan oleh Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan yang membiarkan institusi di bawah jagaan mereka dilacurkan demi kepentingan pangkat yang di sandang oleh mereka.

7. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat berharap agar gesaan dan desakan kami dipandang serius, demi memartabatkan akauntabiliti dan integriti negara Malaysia yang tercinta ke arah menzahirkan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan buat semua rakyat Malaysia.”PULIHKAN KREDIBILITI INSTITUSI KEHAKIMAN: GUGURKAN DAKWAAN TERHADAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM”
Yang Benar,
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia
NASRUDIN HASSAN TANTAWI
KetuaDewan Pemuda PAS Pusat
YB LOKE SIEW FOOK
KetuaPemuda Sosialis DAP

Thursday, June 25, 2009

PAKATAN RAKYAT KINI LEBIH MANTAP

Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media UMNO dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak.

UMNO kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai. Pimpinan PAS ternyata lebih pintar; dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan - istiqamah (menurut YB Tuan Guru Nik Aziz) dan memperkukuh institusi kenegaraan (”membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil,” tegas YB Tuan Guru Abdul Hadi).

Seharusnya kita hargai peranan YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng dari DAP serta Dr. Syed Husin Ali, YB Azmin Ali dan YB Saifuddin Nasution dari KeADILan.

Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat!

ANWAR IBRAHIM

Monday, June 22, 2009

BERITA BURUK UNTUK UMNO PERLIS

PKR Perlis berjaya menubuhkan 21 cawangan baru menjadikan jumlah kesemuanya 26 setakat ini, kata pengerusi perhubungannya Johari Shafie.

Beliau berkata, bahagian-bahagian Kangar dan Padang Besar masing-masing 10 cawangan baru, sementara satu cawangan dibuka di Arau.

“Kami juga ingin mengumumkan kemasukan 52 ahli baru termasuk bekas pengarah jabatan Pelajaran Perlis, Zakaria Jap dan Dr Suraya Sudin, bekas AJK Wanita Umno bahagian Kangar.

Kedua-dua mereka turut menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PKR kepada ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam satu majlis di Kangar, Sabtu lalu, kata Johari ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, PKR juga akan cuba menggerakkan semula enam cawangan parti yang ketika ini tidak aktif.

Menurut Johari, PKR Perlus telah melakukan rombakan terhadap kepimpinan parti peringkat negeri tetapi tidak boleh mengumumkannya kerana belum mendapat kelulusan pucuk pimpinan PKR. -Malaysiakini.com

JAMUAN DAP JADI KAWASAN PERANG???



Polis tutup kawasan majlis jamuan DAP
Andrew Ong Jun 21, 09 9:15pm

Polis hari ini campurtangan dalam majlis makan malam dan ceramah DAP - kali ini di Klang - dengan menarik balik permit bagi mengadakan majlis itu pada saat-saat akhir.Selepas beberapa rundingan dengan pihak polis, majlis itu dibenar diteruskan pada kira-kira jam 8.15 malam, tetapi ceramah tidak dapat diadakan kerana pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara.


Sebelum itu, pihak polis telah meluluskan permit untuk majlis tersebut, tetapi tidak membenarkan ceramah diadakan.Sejak awal petang tadi, tujuh trak meriam air ditempatkan di kawasan Bayu Tinggi, tempat majlis jamuan itu dijadual diadakankan.Jamuan tersebut dianjurkan oleh ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago, yang menulis dalam blognya bahawa pihak polis telah menutup kawasan tempat jamuan itu hendak diadakan pada jam 4.45 petang.


Santiago berkata, beliau tidak dapat menghubungi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar untuk mendapatkan penjelasannya.Ketika dihubungi, seorang pembantu Santiago memberitahu Malaysiakini bahawa polis mahu majlis makan malam itu diadakan di kawasan tertutup.Kemah-kemah telah didirikan di luar pejabat tersebut.Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dalam twitter, yang menyifatkan kawasan sebagai "zon perang"."Bayu Tinggi Klang jadi zon perang, trak FRU dan meriam air. Polis bersenjata M16. Kawasan ditutup."Serang pengganas? Tidak.


Kerana majlis makan malam DAP," tulisnya.Kejadian hari ini mempunyai persamaan dengan tindakan polis terhadap majlis makan malam DAP di Sitiawan pada 16 Mei lalu di mana polis melarang tayangan DAP mengenai kekecohan yang berlaku sewaktu sidang DUN Perak yang lalu.

PROGRAM SUMBANGAN KERUSI RODA

Hari ini, sepagian saya dan beberapa teman sukarelawan Yayasan Aman telah pergi ke empat buah rumah penduduk di sekitar Bukit Selambau untuk menyampaikan amanah sumbangan kerusi roda kepada 4 penerima sumbangan yang memerlukan bantuan.

Mereka adalah antara puluhan pemohon dan penduduk yang kurang berkeupayaan, yang telah memohon melalui Yayasan Aman untuk mendapatkan bantuan kerusi roda selama ini. Sebelum ini, mereka telah memohon untuk bantuan kerusi roda melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi mungkin kerana karenah birokrasi yang keterlaluan, permohonan mereka tidak diketahui statusnya. Ada yang memohon sejak tahun 2005, tetapi fail permohonan mereka hilang entah ke mana.

Atas inisiatif saya dan beberapa teman, kami berjaya mengumpulkan sumbangan bagi membeli beberapa kerusi roda utk kegunaan mereka. Saya memperkenalkan konsep "pinjam dan pulang", iaitu, Yayasan Aman sebagai sebagai pertubuhan kebajikan bukan kerajaan meminjamkan kerusi roda itu untuk kegunaan pemohon sehingga mereka tidak memerlukannya lagi atau sehingga mereka meninggal dunia. Kerusi itu kemudiannya akan dikembalikan kepada Yayasan oleh waris mereka untuk dipinjamkan pula kepada pemohon yang lain.


Saya sedang cuba mengumpulkan dana untuk membeli kira-kira 50 lagi kerusi roda untuk tujuan seperti di atas. sehingga hari ini, Yayasan sudah meminjamkan kira-kira 11 kerusi roda dan 3 daripadanya sudah dipulangkan kepada Yayasan selepas pemohonnya meninggal dunia. Saya sedaya upaya mengurangkan karenah birokrasi bagi memastikan pemohon tidak menunggu terlalu lama bagi mendapatkan kerusi roda untuk kegunaan harian mereka. InsyaAllah, saya yakin dengan bantuan dan sumbangan serta komitmen semua, projek bantuan kerusi roda ini akan berjaya dan dapat membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.

Kemudiannya, bersama sdr Asri, penyelaras Yayasan Aman Kedah, saya turun menyampaikan sumbangan bantuan awal membina semula kediaman sepasang suami isteri warga emas yang sudah uzur. Kediaman sedia ada sudah terlalu uzur dan lantai-lantainya sudah terlalu reput sehinggakan saya tak berani nak menaiki rumah tersebut. Malahan alang lantai rumah tersebut yang juga sudah reput hanya disokong oleh beberapa batang kayu penyangga dari pokok getah. Yayasan Aman bercadang merobohkan rumah tersebut dan membantu mendirikan semula rumah yang lebih kukuh dan selamat untuk pasangan warga emas tersebut. InsyaAllah, saya berjaya mendapatkan komitmen YB Dr Hamdan, ADUN Tanjung Dawai untuk turut membantu, serta beberapa teman ahli perniagaan tempatan untuk menyumbang bata, kayu dan simen bagi membina semula rumah untuk pasangan tersebut.


www.saifulmerbok.blogspot.com

PAKATAN RAKYAT TOLAK IDEA KERAJAAN PERPADUAN

KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

22 Jun 2009- Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
YB Lim Kit Siang

Saturday, June 20, 2009

PERISTIWA 1998 BAKAL BERULANG?

Maka bermulalah edisi kedua konspirasi politik, penyembunyian bahan bukti dan keterangan saksi serta pencabulan undang-undang yang direstui di peringkat tertinggi.
Barisan pelakon utama dalam siri ini adalah sama – antara lain Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Mereka mensasarkan orang yang sama– Anwar Ibrahim.
Perbicaraan liwat yang dilemparkan terhadap Anwar untuk kali kedua mirip bibit-bibit awal kes rasuah dan liwat Anwar selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Kini, Anwar sekali lagi berdepan dengan pendakwaan yang enggan menyerahkan bahan bukti walaupun permohonan dibuat oleh peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu sejak September tahun lalu.

Anwar terpaksa memohon mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan pejabat Gani Patail supaya menyerahkan segala bukti yang dikumpul oleh polis bagi membolehkannya menyediakan pembelaan yang tuntas.
Walapun perbicaraan kes itu akan bermula kurang dua minggu, Pendakwa Raya berkeras enggan membekalkan peguam Anwar dengan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008.

Begitu juga dengan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis.
Dalam keadaan begini, tidak siapa boleh menyalahkan peguam-peguam Anwar sendiri atas rasa gusar tidak dapat menyediakan pembelaan lengkap untuk anak guam mereka.
Bagi peguam seperti Sankara Nair, semua yang sedang berlaku sekarang adalah siaran ulangan perbicaraan yang ditempuhi oleh Anwar sebelum ini.

Beliau berkata setakat ini pihak pendakwaraya mempamerkan sikap tidak profesional dan beretika dalam segala peri laku mereka bersabit kes itu.
Amat penting untuk Anwar mendapatkan contoh DNA yang digunakan oleh pendakwaraya selain rakaman CCTV.

Kedua-duanya perlu bagi membolehkan Anwar mendapatkan pakar sendiri untuk menyaring serta menguji kesahihan bukti yang akan dibawa ke mahkamah oleh kerajaan.
Permohonan Anwar untuk mendapatkan bahan kes itu akan didengar pada 22 Jun ini. Perbicaraan itu akan menawarkan intipan awal ke atas tata laku badan kehakiman terhadap Anwar kali ini.

Memang tidak dinafikan, ada segelintir hakim yang masih mendokong prinsip keadilan dan menolak sebarang campurtangan dalam tugas mereka. Hanya segelintir.
Hakikatnya ialah beberapa keputusan mahkamah, contohnya yang bersabit krisis Perak menyerlahkan kebimbangan umum terhadap kebebasan institusi kehakiman.
Dalam kes liwat Anwar sendiri, keputusan bingkas Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak keputusan Mahkamah Sesyen mengenai haknya membicarakan kes itu menzahirkan rasa bimbang terhadap peluang Anwar untuk mendapatkan pengadilan sewajarnya.

Perjuangan Anwar selama ini menjadikan beliau musuh politik utama kepada Mahathir. Kini Najib Razak pula berdepan dengan Anwar dan gandingan mantap Pakatan Rakyat yang semakin menggugat ketahanan Barisan Nasional.

Sayugia diingatkan Najib dan Rosmah secara langsung terbabit dalam kes ini.
Persoalan sama ada pasangan No 1 negara itu akan tampil memberi keterangan di mahkamah akan mencorakkan kredibiliti kerajaan, pendakwaraya dan polis dalam menghadapkan Anwar ke mahkamah atas tuduhan yang begitu mengaibkan.
Pendedahan terbaru bahawa pejabat Peguam Negara masih menahan begitu banyak bukti daripada peguam Anwar_satu pencabulan yang jelas di bawah Seksyen 51 dan 51(A) _ hanya meyemarakkan anggapan bahawa sejarah detik hitam perbicaraan Anwar akan berulang…

TIADA BUKTI ANWAR LIWAT SAIFUL

Dari Malaysia kini

Oleh S Pathmawathy

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya.

Saturday, June 13, 2009

SELAMAT DATANG DATUK ZAID IBRAHIM


Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Katanya, Zaid secara rasminya akan mengisi jawatan tersebut selepas disahkan presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setelah “dirasmikan dalam mesyuarat” secepat mungkin.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR. Turut sama naib presiden, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.

"Ini berita yang cukup menggembirakan. Ia berkuatkuasa hari ini. Satu penghormatan dan lonjakan kepada perjuangan kita,” katanya.

Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.

"Sikap ketegasan dan keberanian beliau (dapat dilihat), terutama dalam isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman,” katanya.

Reaksi Zaid


Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.
"Saya percaya perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. (Presiden PAS, Datuk Seri) Hadi tidak ada sekarang. Mesyuarat akan diadakan Isnin depan (bila Hadi dapat hadir).

Sementara itu Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana yakin dengan parti pelbagai kaum itu yang mahu membela nasib rakyat.

“Saya percaya, kalau diberi peluang, saya akan berusaha membantu Anwar dan pemimpin lain. Saya berminat dan berhasrat mengukuhkan Pakatan rakyat," katanya.

Menurut Zaid lagi, beliau bersedia membantu Pakatan menjadi alternatif yang benar-benar rakyat boleh harapkan untuk menubuhkan kerajaan yang baik.

Bagaimanapun, dengan merendah diri Zaid berkata: "Saya belum pakar lagi. Saya harap dapat memainkan peranan. Saya bukan pakar.”

Ditanya kenapa beliau mengumumkan penyertaannya hari ini, Zaid berkata:

“Saya selalu ingin sertai PKR. Saya beritahu Anwar. Tetapi saya rasa hendak berehat sekejap. Jadi, saya rasa hari ini hari yang sesuai.

“Ini hari yang bersejarah apabila kita akan meminda perlembagaan,” katanya.

Sunday, June 7, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU


Hari ini di KUALA LUMPUR berlangsung majlis pernikahan SETIAUSAHA AMK KEDAH merangkap KETUA AMK SIK iaitu RIDHAN SHAUKANI B HJ AZIZAN.Seluruh WARGA AMK KEDAH mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL HINGGA KE ANAK CUCU.Pada 13 HB MEI 2009 kenduri di pihak lelaki akan di adakah.Seluruh AMK KEDAH di JEMPUT HADIR KE MAJLIS TERSEBUT.

Friday, June 5, 2009

MUSIBAH


Adalah dimaklumkan salah sorang dari sahabat kita yang sama-sama berjuang untuk memenangkan Pakatan Rakyat iaitu Saudara Hisham Bin Hussin (Tel : 016-426 8889) telah ditimpa musibah.

Kediaman beliau beralamat di No. 126 Kampung Haji Arshad, Simpang Tiga Keladi, 09000 kulim, Kedah telah hangus sama sekali dijilat api pada jam lebih kurang 12:45 tengahari (5/6/2009). Semasa kejadian beliau tiada dirumah.

Isteri beliau dan anak-anaknya seramai 4 orang telah berjaya menyelamatkan diri dan terhindar dari sebarang kecederaan.

Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Bahagian Padang Serai. Pendapatan utama beliau ialah melalui hasil perniagaan di pasar-pasar malam sekitar Kulim, Kedah.

Dengan ini AJK AMK Padang Serai telah sepakat dan melancarkan “Tabung” untuk membantu meringankan beban beliau.

Sumbangan material (pakaian, makanan, peralatan sekolah dan sebagainya) juga adalah digalakkan.

Derma boleh disalurkan melalui Tabung AMK Padang Serai di :-

Nama Pemegang akaun : Nik Hafiz Najmudean Bin Nik Mohd Nor (Pemegang Amanah)

Akaun Maybank : 157139652731 (Wadiah)

No Tel : 012-494 8397.

Atau boleh dihubungi juga :-

Sdr. Hazim Bin Selimin (019-549 8873)
Ketua AMK Bahagian Padang Serai.

Monday, June 1, 2009

MAJORITI BESAR


Berakhir sudah PRK PENANTI mencatatkan keputusan yang sudah di duga,tetapi peratus keluar mengundi telah mencatat rekod baru malaysia.Sebanyak 46 peratus dari 15 ibu jumlah pengundi seluruh DUN PENANTI.Bermakna hanya 7100 orang yang keluar mengundi pada 31 MEI 2009.

Perkara sebegini berlaku ekoran UMNO yang telah menyeru kepada ahlinya supaya tidak keluar mengundi,tetapi PEMIMPIN UMNO masi menafikan bahawa mereka menghasut sedangkan ada bukti merea mengatakan demikian.Makoriti yang di perolehi DR MANSOR adalah 5558 undi,kejayaan ini berjaya mengekalkan momentum PKR di PERMATANG PAUH dan di seluruh MALAYSIA.