SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Saturday, January 10, 2009

UMNO BN POLIS SOKONG YAHUDI ISRAEL

Sikap sebenar kerajaan Malaysia terhadap krisis kemanusiaan di Palastin telah terjawab apabila 21 orang termasuk 3 YB,iaitu Abdullah Sani,Charles Santiago dan Dr. Nasir di tahan semalam di Dataran Merdeka ketika mengadakan demonstrasi membantah Israel menyerang Palastine.Sudah terang lagi bersuluh bahawa Kerajaan Malaysia selama ini menyokong tindakan Israel menyerang dan membunuh penduduk di Gazza.Tindakkan mereka menahan orang ramai yang membantah tindakan kejam Israel jelas menunjukkan kerajaan UMNO BN tidak bersetuju dengan pandangan rakyat Malaysia yang mengutuk dan membantah serangan Israel terhadap penduduk Palastine.Kerajaan yang dikagumi beberapa kerat makcik diceruk dapur dan guru2 kemas rupa2nya tidak bersimpati dengan penderitaan rakyat palastine.Tindakkan kerajaan UMNO dan BN kononya mengutuk serangan Israel terhadap bumi Palastine hanyalah topeng semata2.Sebelum ini kerajaan Malaysia telah menolak satu perjumpaan dengan wakil Palastine kerana wakil tersebut daripada kerajaan Hamas bukan kerajaan Fatah pimpinan Mahmoud Abbas yang kalah dalam pilihanraya lepas di Palastine.Wakil Hamas adalah wakil sah dan telah dipilih oleh rakyat Palastine,maka kerajaan UMNO BN wajib menghormati pilihan rakyat palastine.Tindakkan ini tidak ubah seperti sikap Israel dan Amerika yang tidak mengiktiraf kerajaan baru Hamas.Keadaan sama juga berlaku di negara kita diantara kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan kerajaan BN.Apa lagi yang hendak kita harapkan dengan kerajaan BN sekarang untuk membantu penduduk palastine,jauh sekali mengharapkan kerajaan sekarang melaksanakan tuntutan islam dinegara ini.Sebenarnya ,apabila kita mengamati latar belakang dan rekod2 pemimpin yang sedia ada didalam kerajaan UMNO BN yang sedang mamegang tampok pemerintahan ,kita akan sedar apa yang berlaku baru2 ini tidak langsung menimbulkan kehairanan masyarakat malaysia.Kerana yang ada pada hari ini hampir kesemuanya terlibat dengan pelbagai kesalahan termasuk pembu..han.Pemimpin kerajaan pusat kebanyakkan mempunyai kesalahan penyalahgunaan kuasa,kemanusiaan dan jenayah berat.Tetapi mereka ini pandai bersandiwara,justeru sebahagian rakyat yang kurang pengetahuan politik tanah air terpegun dengan lagak lakonan mereka yang tak ubah seperti Shah Rukh Khan,(sparing partner Rosmah Mansor).Setiap hari kita menitiskan air mata apabila melihat penderitaan rakyat Palastine,tak kurang pula yang menghulurkan sumbangan.Tetapi pemimpin UMNO BN tidak melihat situasi ini seperti mana rakyat rasai,hati mereka ini sudah hitam tidak ada perasaan langsung terhadap kesengsaraan mereka.Kerajaan Malaysia mungkin menerima tekanan daripada kerajaan Amerika mengenai isu palastine.Sekiranya benar sudah tentu kerajaan telah tunduk pada kuasa besar itu.Maka hancurlah harapan rakyat Malaysia yang ingin melihat sinar kedamaian di bumi Palastine.

2 comments:

MADiSYAK said...

Assalamu'alaikum!

Jangan melenting tak tentu pasal, baca dahulu apa yang dituliskan berikut ini.

Saya rasa kita terlalu terburu-buru membuat penilaian terhadap sesuatu perkara. Bukan BN dan Polis menjadi penyokong Israel apabila telah menahan 3 tokoh parti anda dalam satu acara demonstrasi 'memarahi' Israel, tetapi perhimpunan tanpa permit adalah menyalahi undang-undang.

Saya rasa Arab Saudi yang saya kira sebangsa dengan rakyat Palestin langsung tidak pedulikan nasib mereka yang menderita tersebut. Sepanjang 46 hari saya berada di Tanah Arab, tidak ada sekalipun samada khutbah atau sembahyang hajat diadakan di Masjid Al-Haram di Mekah atau di Masjid Nabawi di Madinah untuk mengutuk perbuatan Israel. Jauh sekali hendak menganjurkan demonstrasi seperti di Malaysia.

Adakah Arab Saudi juga penyokong Israel apabila tidak mengadakan majlis-majlis mengutuk Israel seperti itu?

Tapi apabila saya pulang ke Malaysia, saya lihat banyak perkara yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dan NGO lain seperti perhimpunan mengutuk serangan Israel terhadap Palestin, mengumpulkan derma, sembahyang hajat dan brbagai-bagai lagi.

Apa lagi yang kita mahu?

Tun Jebat said...

Sdr Madisyak,
Kerajaan yg ada hari ini tidak pernah mengiktiraf Kerajaan Palestin dari parti Hamas, sama spt Amerika dan Israel. Dlm sidang Menteri Luar OIC tahun lalu, Menteri Luar Palestin yg dilantik Hamas tidak dibenarkan masuk dan hadir, tapi wakil luar dari Fatah diiktiraf. Bapa kpd Mukhriz Mahathir yg kononnya mengetuai Kempen Aman Palestin turut menggunakan dana negara bagi menggunakan pelobi yahudi beberapa tahun lalu hanya krn nak jumpa Presiden George Bush, juga kerajaan ini juga yg menembak dan menangkap rakyat malaysia yg berdemonstrasi membantah kemasukan pasukan kriket ISRAEL ke Malaysia bbrpa tahun lalu, dan byk lagi cth2 lain. Hipokrasi apa lagi yg ingin kita buktikan. Apa nak diharap dgn kerajaan Arab Saudi yg ditaja oleg Amerika??? Krn itu Al-Qaeda berkembang pesat di sana. Saya bukan menyokong Hamas atau parti Fatah, jauh sekali Al-Qaeda tapi rakyat Palestin atas dasar sdra seagama dan kemanusiaan.