Kira - kira 100 orang anak muda dari perbagai latar belakang telah berhimpun di depan Ibupejabat SPRM putrajaya 11 pagi tadi atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia. Ketika cheGuBard sampai, sudah penuh di depan pondok jaga Kompleks wartawan dan anak - anak muda serta pegawai kerajaan yang yang turun hendak menyaksikan peristiwa tersebut.Ramai juga anggota polis, penguatkuasa PBT dan jelas kelihatan beberapa pegawai beruniform Jabatan Alam Sekitar (JAS).Menghampiri pondok jaga dimaklumkan bahawa hanya beberapa orang yang dibenar masuk.
Lantas membuat keputusan terus membuat sidang media. Setelah menerangkan maksud himpunan dan membacakan kenyataan media cheGuBard bersama teman hendak membakar dokumen yang dibawa.Datang beberapa pegawai JAS, katanya kehadiran mereka kerana mendapat laporan akan berlaku pembakaran terbuka. Setlah ditanya jika terus membakar apa kan jadi, mereka menerangkan boleh disaman dan didakwa dimahkamah. Hukumanya denda atau penjara atau kedua - duanya sekali.
Secara baik-baik cheGuBard memberitahu akan terus membakar kerana tindakan itu tidak jauh bezanya dengan pembakaran bendera Israel, Amereka atau membakar patung Bush dan pemimpin zionis di depan keduataan atau di luar masjid.
Harap JAS tidak mengganggu dan selepas ini kalau nak saman teruskan.Sebaik sahaja mula membakar terus berlari, seorang 'jaga' menyiram air dari bekas airnya. Tindakan spontan dari seorang dari kami ialah mencurah lagi minyak. Kemudian ketika mula membakar logo dan gambar Najib serta Ketua Pesuruhjaya SPRM seorang 'jaga' berlari membawa air sebaldi dan mencurahkan.Ramai yang berhimpun kelihatan marah. Namun ditenangkan. Kemudian datang pula dua orang jaga membawa 'alat pemadam api', malangnya pemadam api itu gagal berfungsi, semua yang hadir termasuk wartawan tertawa melihat gelagat mereka.
Selepas selesai, teman - teman cheGuBard terus membersihkan tempat tersebut dari kotoran dan saki baki yang dibakar dikutip dan dimasukkan kedalam kereta. Ketika itu cheGuBard bersama tiga lagi teman melangkah masuk ke dalam Kompleks menuju pejabat SPRM. Menurut seorang yang memperkenalkan diri sebagai Ketua Keselamatan hanya yang profesional yang layak masuk. Sambil berseloroh cheGuBard bertanya profesional tu apa...lawyer, doktor, majisteret atau ahli muzik....semua yang berada di situ tertawa...Terkejut rupanya lebih ramai Polis termasuk FRU di kawasan depan pintu pejabat SPRM. Kelihatan semua muka 'tegang'....sambil berseloroh cheGuBard minta semua tenang sebab ini bukan demo tapi upacara hantar sijil permit menguburkan.Dua orang pegawai mengunggu dan memberhentikan kami di depan pintu pejabat SPRM, sambil meminta kami menunggu. cheGuBard tidak hendak menunggu lama langsung memberikan sijil Permit Kebenaran
Menguburkan 'SPRM' kepada pegawai tersebut.Selepas keluar dari Kompleks satu sidang media ringkas dibuat. Selepas itu Pegawai SPRM terus mendekati kami dan meminta kad pengenalan cheGuBard dan Musliadi untuk dicatat butiran. Katanya dia tidak bawak surat saman, nanti akan dipanggil semula untuk disaman.www.chegubardblogspot.com
Illegal Logging In Sabah! (By The State Government)
19 hours ago