SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Wednesday, July 22, 2009

KETUA AMK KEDAH DI ASTRO AWANI MALAM INI..


PROGRAM DEBAT SUDUT PANDANG PADA PUKUL 9.20 MALAM INI,PROGRAM BERTAJUK "MENANGANI PENGGANAS DAN KEGANASAN MELALUI KEMPIMPINAN POLITIK"TETAMU JEMPUTAN SAUDARA SAIFUL IZHAM RAMLI(MPP PUSAT PKR,KETUA AMK KEDAH).SEMENTARA ITU WAKIL DARIPADA UMNO AKAN TURUT SERTA DI DALAM PROGRAM TERSEBUT.

SURUHANJAYA MESTI SIASAT PUNCA KEMATIAN TEOH

Akhirnya Dato’ Sri Najib Razak tunduk kepada desakan rakyat Malaysia yang mahukan Keadilan buat mendiang Teoh Beng Hock. Hari ini kabinet memutuskan serta akur kepada pandangan agar sebuah Suruhanjaya Diraja diwujudkan.

Cumanya, jika kita meneliti pengumuman berkaitan, berdasarkan terma-terma khusus yang digariskan kabinet, Suruhanjaya tersebut hanyalah untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunapakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan bukannya untuk menyiasat punca sebenar kematian Sdr Teoh Beng Hock. Terma tersebut pastinya membatasi penyiasatan serta penelitian Suruhanjaya Diraja sekaligus tidak berjaya menghalang terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi keadilan dan keselamatan negara ini serta tidak menjawab teka-teki yang menyelubungi kematian Mendiang Teoh.

Umum menyedari kaedah penyiasatan yang digunakan SPRM dikritik hebat antaranya oleh Majlis Peguam Malaysia. Sayugia diberi perhatian, Peraturan 20, Peraturan Lokap 1953, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 28A(4) Kanun Acara Jenayah serta Konvensyen Menentang Hukuman yang Menyiksa, Zalim danTidak Berperikemanusiaan telah melakarkan secara jelas kaedah-kaedah yang harus digunapakai sewaktu penyiasatan. Kerajaan sewajarnya memastikan SPRM bertindak mengikut lunas undang-undang yang sudahpun tersedia. Saya berpandangan Suruhanjaya Diraja yang bakal diwujudkan ini sepatutnya lebih menumpu untuk menjawab punca sebenar kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Berhadapan dengan kemarahan rakyat yang kian memuncak, tidak wajarlah penyiasatan untuk menentukan punca kematian diserahkan kepada seorang majistret dan siasatan pula dikendalikan pihak Kementerian Dalam Negeri serta Polis. Kerajaan seharusnya sedar desakan mahukan sebuah Suruhanjaya Diraja didasari ketidakyakinan rakyat terhadap integriti serta kebebasan institusi seumpama Polis dan Kementerian Dalam Negeri.

Saya yakin rakyat Malaysia tidak mahu Suruhanjaya Diraja ini berakhir seperti penyiasatan video VK Lingam dan kes serangan bekas ketua polis negara terhadap saya. Sehingga kini tiada tindakan susulan yang bermakna diambil. Segala saranan serta hasil siasatan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja hanya menemui jalan buntu demi menjaga kepentingan sesegelitir. Jika inilah jalan yang mahu ditempuh pastinya kerajaan umno-bn membawa negara kita menuju kehancuran.

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, July 21, 2009

MUTU PERMAINAN MENINGKAT WALAUPUN TEWAS

Selepas mengharungi perlawanan ULANGAN menentang MANCHESTER UNITED skuad MALAYSIA tewas dengan DUA KOSONG,apa pun keputusan syabas dan tahniah kepada skuad MALAYSIA kerana berjaya mempamerkan mutu permainan yang meningkat dan memberi sinar untuk melihat bola sepak negara kembali di tahap terbaik.

Sunday, July 19, 2009

PULUN MALAYSIA PULUN

AMK KEDAH ingin mengucapkan semoga berjaya kepada seluruh pasukan bola sepak MALAYSIA yang bakal menentang pasukan bertaraf bintang MANCHESTER UNITED.Biarpun tewas pada perlawanan pertama tempoh hari tetapi SKUAD MALAYSIA mempamerkan persembahan yang di luar dugann dan berjaya menjaringkan 2 gol.Mungkin ini satu permulaan yang baik agar kita dapat melihat mutu bolasepak negara kembali di tahap yang terbaik.Lama rasanya kita tidak melihat SKUAD MALAYSIA beraksi sebegitu baik,semoga malam esok SKUAD NEGARA mampu bersaing dengan pasukan MANCHESTER UNITED.PULUN MALAYSIA PULUN..

KEADILAN UNTUK SEMUA....

Saya pernah dipukul dan diaibkan. Dibiarkan terbujur kaku kesejukan di dalam pusat tahanan Bukit Aman. Tiada rawatan segera, hanya menanti takdir Tuhan, tidak pasti selamat ataupun tidak. Sudah pasti ramai yang tidak menyangka, malah saya sendiri sukar membayangkan, ada di antara pimpinan intitusi keselamatan dan keadilan negara ini, yang diharapkan melindungi rakyat, mampu bertindak melampaui batas. Lebih dari 10 tahun telah berlalu, rakyat Malaysia mahukan yang lebih baik untuk semua. Akan tetapi penguasa semakin lalai dari amanah yang diberikan.

Belum lagi negara kita pulih dari kesedihan dan kemarahan kerana dikejutkan dengan kematian sdr Teoh Beng Hock. Sudah ada mereka yang sanggup merendahkan akal budi serta harga diri dengan terjun menjerumus ke dalam jurang yang paling dalam; jurang kebencian dan perkauman. Kerana ingin mengampu, ada di antara media kongkongan umno-bn sedang mula mencatur serta menuai bibit-bibit perkauman sempit, demi melepaskan beban tanggungjawab beberapa institusi seperti SPRM, Kehakiman dan Polis.

Terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi Kehakiman, Polis serta SPRM adalah akibat perbuatan sendiri. Rakyat tidak sesekali boleh diperbodohkan. Mereka menuntut penjelasan berhubung skandal pita video V.K Lingam, skandal PKFZ, skandal pembelian Eurocopter komisen kapal selam beratus juta dan tuduhan pembabitan pegawai atasan polis dengan kumpulan kongsi gelap.

Berhadapan dengan kemarahan serta ketidakyakinan rakyat terhadap sistem yang mereput, maka tidak menghairankan lah propaganda murahan dianyam oleh sang picisan, walaupun ianya ternyata gila. Hasrat dan keinginan rakyat diketepikan, yang penting penguasa tidak dituding bersalah dan terpaksa memikul beban. Para pengampu tidak pernah peduli sekiranya apa yang ditulis dan disiarkan meloyakan. Makanya kegilaan dan meloyakan, bukanlah sesuatu yang asing melainkan ianya senantiasa bertaut demi mengolah persetujuan mereka yang diperintah.

Kegilaan dan alasan meloyakan seperti ini mengingatkan saya kepada bait-bait kisah yang terkandung di dalam Illiad dendangan penyair buta Homer. Apabila ditanya kepada Agamemnon, mengapa bertindak merampas kekasih Achilles. Sang penguasa menjawab, bukan salahnya sendiri melainkan ianya kerana mahkluk Erinys merasuki dengan ate(keinginan), lalu menyebabkan dia merampas kekasih kesatria Greek tersebut. Agamemnon, takut dan gusar amarah Achilles serta tentera Greek sekaliannya, sanggup menyajikan alasan seperti itu, biarlah ianya meloyakan dan tidak masuk akal. Persamaan di antara Agamemnon, penguasa rakus Greek dan para pengampu yang wujud sekarang amatlah jelas sungguhpun hidup di zaman berbeza.

Namun saya yakin Rakyat Malaysia sedar isu pokoknya ialah Keadilan. Samada ianya membabitkan mendiang Teoh, Kugan dan Allahyarham Rumie Azzan Mahlie, apa yang dituntut ialah Keadilan. Kezaliman tidak pernah mengenali warna kulit, asal ras dan kepercayaan. Mereka yang menzalimi dan dizalimi, bukannya hak eksklusif mana-mana kaum dan agama. Merenung pesan Al- Quran jelas sekali gesaan agar ditegakkan Keadilan dan menentang kezaliman.

“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan…” (surah al hadiid: 25)

Kebobrokan dan kezaliman berterusan tidak boleh lagi dibiarkan. Oleh kerana itu PAS, DAP dan PKR bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat. Kami bertekad menegakkan Keadilan dan membawa perubahan kepada sistem yang sepatutnya berkhidmat kepada rakyat melewati batas ras kebudayaan serta kepercayaan. Tragedi yang menimpa Allahyarham Rumie Azzan Mahlie, Kugan dan Teoh sewajarnya mengingatkan kita, Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban untuk bersatu segera melakukan Perubahan.

ANWAR IBRAHIM

Thursday, July 16, 2009

KEGHAIRAHAN SPRM MEMBAWA PADAH

Semalam di perkarangan Mahkamah Tinggi, saya menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku alat pimpinan UMNO.

Kenyataan tersebut dikeluarkan satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan!

Dan hari ini, akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock.

Apakah SPRM akan menjelaskan keadaan sabenar, dan siapa yang mengarah tindakan rakus terhadap Pakatan Rakyat? Dan apa peranan pimpinan kerajaan UMNO-BN dalam percaturan SPRM kini?

Keputusan Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan agar pihak pendakwaan membekalkan bukti serta dokumen kepada barisan peguam kecuali bukti yang saya kira amat penting; sampel asal DNA penuduh.

Ramai yang melihat keputusan tersebut merupakan petanda positif, namun pengalaman difitnah lebih 10 tahun lalu seraya mengingatkan saya agar sentiasa berwaspada. Jika benar keadilan mahu ditegakkan, gugurkan pertuduhan fitnah jahat kali kedua ini dan tak perlu berdolak-dalih lagi.

Pimpinan UMNO-BN Gagal Tangani Kemelut Ekonomi

Sayugia diingatkan, kenyataan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) hari ini mengesahkan kebimbangan saya berhubung kedudukan ekonomi negara. Sungguhpun beberapa langkah pemulihan ekonomi yang disaran olih Pakatan Rakyat diterima pakai kerajaan, kedudukan ekonomi rupanya tidak akan pulih dalam masa terdekat ini.

MIER menyatakan ekonomi negara memerlukan sekurang-kurangnya tambahan RM 8 bilion bagi meransang kembali ekonomi akibat penguncupan yang mencecah 4.2%. Perkembangan ini memperlihatkan kelemahan pimpinan negara dalam menangani isu mendesak dan berkepentingan umum.

Sikap tunggu dan lihat pastinya tidak membantu membawa negara ini keluar dari kelembapan. Retorik dan omong kosong perubahan pastinya menjadi jenaka andai tidak disusuli dengan tindakan bermakna.

ANWAR IBRAHIM

KAMI DI AMK KEDAH MERAKAMKAN UCAPAN TAKHZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA MENDIANG TEO BENG HOCK,KEMATIAN MENDIANG AMAT MENGEJUTKAN BANYAK PIHAK.

Wednesday, July 15, 2009

AMK KEDAH menyeru Chor Chee Heung


AMK Kedah menyeru Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan dan MP di Alor Setar supaya mempertimbangkan sebagai satu “National Duty” untuk tampil ke hadapan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan membantu PAC untuk menuntut balik berjuta-juta want pembayar cukai dalam penyiasatan mereka ke dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).


Adalah dilaporkan dalam suratkhabar “Star” hari ini bahawa Dr Ling Liong Sik dan Ong Tee Keat telah dipanggil untuk hadir ke PAC untuk memberi keterangan dalam penyiasatan berkaitan dengan skandal PKFZ.

Suratkhabar tersebut juga melaporkan bahawa ia telah dimaklumkan oleh Chor Chee Heung bahawa dia tidak menerima sebarang notis untuk menampil diri di PAC.

Adalah juga dilaporkan bahawa Chor Chee Heung telah menafikan wujudnya sebarang percanggahan kepentingan semasa beliau menerima tugas sebagai pengerusi PKA pada 2007dan dia telah menerima tugasnya sebagai satu “National Duty”.

Pemuda PKR Kedah telah pada 31.5.2009 menyeru kepada Chor Chee Heung untuk memikul ketidaksalahan beliau secara umum apabila beliau menganggap dirinya sebagai tidak melakukan sebarang kesalahan dalam Skandal PKFZ dan bukan secara di belakang pintu tertutup kepada bos-bos politik beliau, Najib dan Ong Tee Keat.

Sekarang munculnya satu lagi peluang untuk Chor Chee Heung secara sukarela untuk memikul “National Duty” dengan menampilkan diri di hadapan PAC dalam siasatan mereka supaya membantu Jawatankuasa tersebut untuk menyelamatkan berjuta-juta wang pembayar cukai.

Chor Chee Heung bukanlah orang asing kepada PKA ataupun projek PKFZ. Beliau merupakan Setiausaha Parlimen dalam Kementerian Pengangkutan pada 1995, Pengerusi PKA dari April 2007 hingga Mac 2008 apabila kerajaan pusat memberi pinjaman kontroversi RM4.6 Bilion kepada PKA, dan juga sebagai Naib Pengerusi Wijaya Baru Global Bhd dari April 2004 hingga Julai 2007, syarikat yang dikaitkan dengan Kuala Dimensi, iaitu kontraktor utama projek PKFZ.

Chor Chee Heung, selain daripada menyakinkan ketidaksalahan beliau dalam skandal PKFZ di hadapan PAC, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa ini bukanlah forum yang paling ideal, tetapi sekurang-kurangnya prosidingnya akan direkodkan secara awam untuk generasi yang akan datang - Beliau seharusnya mengambil kesempatan ini secara sukarela untuk memberi maklumat yang dia arif tentang PKFZ bagi membantu PAC dalam siasatan mereka supaya wang berjuta-juta pembayar cukai dapat diselamatkan.

Gooi Hsiao Leung
Kedah PKR State Committee Member
Kedah PKR Youth Deputy Chief

Tuesday, July 14, 2009

TAHNIAH PARTI PAS

Saya mengucapkan syabas kepada seluruh pengundi Manek Urai kerana memastikan kemenangan manis buat Pas dan Pakatan Rakyat. Tidak disangkal lagi, sungguhpun dihambur dengan segala macam ugutan oleh pimpinan tertinggi negara dan tidak kurang yang menabur janji pembangunan, rakyat tetap menolak kepimpinan Dato’ Sri Najib. Manek Urai yang majoriti pengundinya terdiri dari orang Melayu menjadi saksi penolakan umno yang sering mendabik dada sebagai pelindung umat Melayu.

Rakyat disogok dalam masa beberapa ketika ini oleh media umno-bn akan kejayaan kepimpinan baru. Masih terikat dengan gelagat lama, digembar gemburkan, kononnya kejayaan kepada seluruh pelusuk demi menarik hati rakyat. Umno-bn masih tidak sedar bahawa usaha memperbodohkan rakyat tidak akan berhasil. Rakyat sedar bahawa pilihan mereka penting buat menentukan hala tuju negara dan oleh itu hari ini mereka memilih untuk bersama dengan Pakatan Rakyat demi melaksanakan Perubahan.

Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah kepada YB Fauzi, seluruh jentera pilihanraya dan kepimpinan Kelantan, terutamanya YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

ANWAR IBRAHIM

Sunday, July 12, 2009

UNIT EHSAN KEDAH













PADA 10 HB JULY 2009 UNIT EHSAN TERTUBUH DI KEDAH,PROGRAM YANG MELIBATKAN UNIT EHSAN PULAU PINANG,PERAK DAN NEGERI SEMBILAN di adakan di BATU FERINGGI PULAU PINANG.Program JAMBORI JATI DIRI bertujuan untuk merapatkan silaturahim di antar unit ehsan-unit ehsan MALAYSIA.Dalam pada itu program JAMBORI tersebut di rasmikan oleh SPEAKER DUN PULAU PINANG YB HALIM,selain itu kehadiran EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG YB ABD MALEK KASSIM dan ADUN BUKIT TENGAH.Tidak ketinggalan hadir pada program tersebut MPT PKR CHEGU BARD dan rombongan.

Penubuhan UNIT EHSAN KEDAH bertujuan untuk membantu program kemasyarakatan dan menyelaras bantuan kepada pihak yang memerlukan.UNIT EHSAN bukan sebuah pertubuhan politik tetapi ia sebuah BADAN NGO,untuk menyertai UNIT EHSAN tiada syarat had umur yang di tetapkan dan terbuka kepada individu yang berminat.

Saturday, July 11, 2009

TAKHZIAH

Bekas PENGERUSI PERHUBUNGAN PKR KEDAH HJ MOKHTAR MANSUR telah kembali rahmatullah semalam.AMK KEDAH mengucapkan takziah kepada seluruh keluaga beliau semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....AL-FATIHAH

Thursday, July 9, 2009

KEMELUT SELESAI

Perbincangan dan kematangan adalah ramuan penting dalam demokrasi, dan semangat ini ditunjukkan dengan jelas dalam pertemuan antara Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kedah, Azizan Abu Bakar.

Permasalahan penting yang terbit dari pertelagahan pendapat dan salah-faham antara DAP Kedah dan Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya diselesaikan dengan baik dalam pertemuan yang berlangsung selama 6 jam di Kuala Lumpur.

Bercakap kepada media selepas pertemuan itu, Pengerusi DAP Kedah-Perlis Thomas Su berkata, semua pihak yang terbabit dalam mesyuarat ini bersetuju untuk duduk bersama dan mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku.

"Saya rasa ini adalah tindakan yang positif, apa yang kita dibincangkan dan persetujui untuk selesaikan masalah," kata Thomas Su di Kedah Business Centre petang tadi.

"Kita akan pertimbangkan dan bawa kepada Jawatankuasa. Memandangkan apa yang kita capai hari ini terdapat kemungkinan kita mampu kehadapan, ia amat penting," tambah beliau.

Selain dari Azizan dan Thomas Su, pertemuan itu turut melibatkan Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darul Aman Lim Guan Aik.

Bermula seawal jam 10 pagi, mesyuarat itu membincangkan memorandum DAP Kedah yang mengandungi empat perkara utama iaitu: isu kuota 50 peratus untuk bumiputera ke atas projek perumahan, perobohan rumah ibadat, isu perobohan pusat penyembelihan babi dan cadangan mewujudkan Seketariat PR.

Menteri Besar Azizan Abu Bakar berkata, Pakatan di Kedah bersetuju mengadakan satu mekanisme dengan mewujudkan jawatankuasa khas di kalangan parti komponen untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul.

"Masalah berkaitan, mekanisme jawatankuasa khas di kalangan komponen parti di Kedah akan diadakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam kerajaan negeri," katannya.

Katanya, isu rumah penyembelihan dianggap selesai apabila kerajaan negeri mendapatkan tempat baru dan ia telah mendapat persetujuan daripada persatuan penyembelih dan Jabatan Veterinar Kedah.

"Rumah penyembelihan, kita telah mendapat tempat di kawasan yang tidak mengganggu langsung penduduk. Kita akan gunakan kawasan yang sedia ada menternak babi dan perkara berkenaan telah dirunding semalam dengan pihak persatuan penyembelih dan Jabatan veterinar Kedah dan mendapat kesepakatan tempat berkenaan menjadi tempat penyembelihan baru.

"Setiap persatuan telah bersetuju dan tambah mengembirakan apabila Ketua Veterinar sudah membuat pengumuman di Kedah bermakna beliau mempersetujui cadangan ini," katanya.

Katanya, isu pencerobohan kuil yang timbul di negeri ini berpunca daripada kekeliruan status kedudukan kuil yang sedia ada kerana salah sebuah kuil dibina di atas tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad dan sebuah lagi di atas kawasan tanah perumahan.

Menurutnya, isu berkenaan juga berjaya diselesaikan apabila Jawatankuasa Kuil dan Majlis Bandaraya Alor Star bersetuju untuk membuat pemindahan kuil tersebut.

"Kita telah mendapat persetujan daripada MBas dan jawatankuasa kuil untuk membuat pemindahan kerana terdapat satu bangunan (kuil) masuk di atas tanah orang lain dan tuan tanah telah meminta haknya dan dia tidak boleh robohkan tanpa kebenaran MBas.

"Kita telah mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa dan mereka setuju untuk mencari tempat lain dalam masa sama Datuk Bandar juga mencari tempat baru, tempat baru telah dicadangakan tetapi mereka tidak berapa setuju.

"Saya arahkan semua isu-isu sensitif ini, tidak berlaku sebarang pencerobohan melainkan dengan maklumat dan persetujuan saya. Saya akan adakan perbincangan dengan rakan-rakan dan wakil tunggal DAP Lee Guan Aik," katanya.

Katanya, kerajaan negrei juga berjanji akan mengadakan satu mekanisme baru berhubung isu perlaksanaan 50 peratus kuota untuk bumiputera ke atas projek-projek perumahan.

"Tidak puas hati pihak DAP timbul kerana kurang mendapat penjelasan kerajaan negeri berhubung kuota perumahan non-bumi dan bumi. Ia telah dijelaskan dan kita berjanji satu mekanisme termasuk perkara-perkara untuk benarkan rumah-rumah yang tidak boleh dijual untuk tidak membebankan pemaju," katanya.

DAP Kedah awal Julai lalu memutuskan untuk keluar dari Pakatan kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan pusat penyembelihan di negeri itu.

"Ia telah selesai, hanya saya dan Lim yang tahu ia telah selesai atau tidak," katanya ketika mengulas mengenai tindakan media BN yang sering mencanangkan bahawa PR Kedah semakin rapuh dan gagal menyelesaikan isu yang timbul.

Kemungkinan DAP Kedah/Perlis menarik balik keputusannya dilihat semakin cerah apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menasihatkan parti berkenaan untuk menarik balik pendirian mereka.

"Saya akan nasihatkan DAP Kedah untuk kaji semula pendirian kerana memandangkan apa yang berlaku hari ini.

"Saya rela buat lawatan sebulan sekali untuk pastikan program ini," katanya selepas menghadiri pertemuan DAtuk Seri Azizan dan DAP Kedah/Perlis bagi menyelesaikan isu yang timbul

Tuesday, July 7, 2009

TANGGUH 15 JULY 2009

Opposition Leader Anwar Ibrahim's sodomy trial has been adjourned to next Wednesday as his lead counsel Sulaiman Abdullah is unwell. MALAYSIAKINI

Sunday, July 5, 2009

AMK LANCAR 'KEJAM'

Keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi secara jelas dan terang menggambarkan usaha berterusan Umno-BN untuk memastikan kemaraan rakyat di bawah Pakatan Rakyat terhalang.
Setelah pelbagai usaha jahat dan kotor untuk mengganggu gugat kestabilan Pakatan Rakyat menemui jalan buntu, maka klimaks kepada usaha ini terlihat melalui perbicaraan mahkamah ke atas konspirasi kedua yang dipalitkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pembuktian bagaimana usaha terancang yang melibatkan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara – ironinya keduanya adalah institusi besar di dalam perjalanan kes ini – sebermula konspirasi tahun 1998 dahulu, ditolak mentah oleh Mahkamah Rayuan.Justeru hari ini, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), secara rasminya melancarkan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEJAM).


KEJAM tidak ditubuhkan semata-mata berasaskan sentimen politik, tetapi bersandarkan kepada fakta perundangan yang bersifat imperikal yang secara langsung membuktikan bahawa konspirasi kes liwat kedua ini adalah satu usaha politik kotor dan terdesak oleh Umno-BN.Pembuktian demi pembuktian telahpun dikemuka dan diperoleh, namun perencanaan jahat ini kelihatan berupaya menghasilkan keputusan yang memenangkan mereka dengan kerjasama daripada institusi perundangan dan polis yang telahpun membuktikan profesionalisme yang mencurigakan sepanjang proses penyiasataan dan perbicaraan awal kes ini berjalan.


KEJAM akan menggerakkan usaha menyatakan solidariti ke atas Datuk Seri Anwar, dan akan menyebarluas fakta-fakta dan bukti-bukti alibi yang sekaligus membuktikan bahawa konspirasi ini tidak lain hanyalah satu usaha mengekang kemaraan rakyat yang semakin hari semakin menolak Umno-BN.


AMK yakin dan percaya bahawa usaha kotor ini akan menemui kegagalan di tangan rakyat, malah impaknya akan lebih memberi kesan kepada Umno-BN, selagi mana mereka terus dijangkiti sindrom penafian bahawa rakyat semakin muak dan jelak ke atas konspirasi jahat ini.Rakyat semakin celik dengan kebenaran, dan rakyat akan terus jelek untuk menelan ‘operasi pembodohan’ yang dijalankan Umno-BN secara berterusan.