Kongres AMK Nasional ke 5
Seharusnya pemuda2 wajar berbangga dengan kongress ini kerana program ini berlangsung dengan penuh kelainan dan mempunyai bermacam pembaharuan seperti,pengisian bahan bacaan yang lebih lengkap,kehadiran perwakilan dan pemerhati yang jelas yang lebih baik dari tahun2 yang lepas. ini semua menjelaskan kepada kita bahawa sesuatu yang diharapkan selama ini sudah menampakkan kemajuan.
Apapun manusia biasa hanya mampu merancang,tetapi tuhan yang akan menentukan,seperti firman Allah S.W.T YANG BERBUNYI:Tuhan merancang dan Allah pun merancang,tetapi perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan.
Matlamat kongres mestilah jelas iaitu,tempat dan waktu untuk kita bermesra dan membelah siasat kelemahan AMK serta membetulkanya.
Malangnya,objektif ini tidak semua berlaku.Ruang yang sepatutnya diberikan kepada EXCO untuk berucap dan memberi kritikan serta pandangan terlah di batalkan sepenuhnya,mungkin atas alasan kesuntukan masa.Disini kita mesti kembali kepada matlamat asal berkongres.Sedangkan ucapan dasar ketua AMK terlalu panjang lebar telah mencuri masa kongress,ditambah lagi dengan ucapan timbalan presiden parti iaitu DR.Syed Hussein Ali.Sadangkan ucapan tersebut boleh dipendekkan.
Permasalahan lain juga timbul seperti, kekurangan tag pemerhati ,ini menyukarkan sebilangan pemerhati.Selain itu masalah perwakilan dan pemerhati terpaksa menyanyikan lagu Negaraku dan lagu parti tanpa tanpa minusone.
Walaupun begitu kami tetap menghargai segala kesungguhan seketeriat dan anggota yang telah berusaha bersungguh2 melancarkan kongres ini.Semoga kita berjumpa lagi di lain tempat berkongres.Salam perjuangan dan salam kejayaan.