SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Friday, January 9, 2009

Najib Pebas Pak lah

Kuala Terengganu medan Najib ‘lenyapkan’ Abdullah?
” Jumlah poster gambar Najib di Kuala Terengganu mengatasi gambar Presiden Umno Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.”
Ini bukan pilihan raya pertama Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak menjadi pengarahnya. Beliau telah mengetuai banyak pilihan raya, termasuk pilihan raya umum dan kecil. Ada yang berjaya dimenangi BN dan ada juga yang parti itu kecundang.
Jika kejayaan pilihan raya diterajuinya mahu dijadikan ukuran prestasi Najib, maka ia bukanlah rekod seratus peratus buatnya. Banyak pihak membuat telahan awal bahawa rekod itu akan tambah tercalar apabila BN sekali lagi gagal mempertahankan kemenangannya di Kuala Terengganu, 17 Januari nanti.
Suatu perkara agak ketara ialah kemunculan begitu banyak poster gambar Najib di Kuala Terengganu. Jumlahnya dikatakan jauh mengatasi gambar Presiden Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Tinjauan ke beberapa lokaliti seluruh kawasan pilihan raya mengesahkan perkara itu.
“Belum apa-apa lagi (belum pun mengambil alih jawatan Presiden Umno), Najib dah tunjuk kuasanya. Muka Pak Lah (gambar Abdullah) tenggelam terus!” kata seorang penduduk Kampung Panji Alam yang ditemui.
Apakah keadaan itu akan berterusan sepanjang kempen pilihan raya ini? Jika begitu, bolehkah dikatakan bahawa Kuala Terengganu bakal dijadikan medan untuk Najib ‘melenyapkan’ terus saki-baki pengaruh dan imej Abdullah?

No comments: