SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Wednesday, February 4, 2009

Penyokong harus bertenang.

Setelah lebih seminggu kita dibelenggu kekalutan politik di Perak,dan yang terkini pakatan rakyat gagal memujuk sultan Perak membubarkan DUN atas faktor tertentu.Walaubagaimanapun kisah ini tidak akan berkesudahan disini,akan ada lagi episod mendatang yang lebih mengejutkan kita termasuk pemimpin UMNO.
saya menerima terlalu banyak pertanyaan mengenai situasi politik di negeri Perak.pelbagai nada dan pandangan telah saya dengari.Tidak kurangnya merasa kecewa rentetan kegagalan mempertahankan negeri Perak.
Saya langsung tidak terusik dengan situasi ini, kerana apa yang berlaku hari ini adalah pembuka laluan untuk kita meneruskan agenda Putrajaya.Saya telah banyak menganalisa situsi politik didalam negara kita sejak reformasi 1998 hingglah kini.Majoriti yang diperolehi hari ini adalah sementara dan akan memakan diri mereka sendiri,saya akan mengulas panjang rasional kenyataan saya ini.

Tindakan dua exco PKR dan seorang timbalan senator negeri Perak menyokong BN telah menyebabkan BN dapat majoriti mudah merampas kerajaan Perak,sebaliknya liabiliti yang ada pada dua exco ini iaitu dakwaan rasuah keatas mereka telah dipindahkan daripada kerajaan pakatan kepada BN.PKR dan pakatan tidak lagi menanggung masalah ini sekiranya mereka didapati bersalah,dan kiranya mereka didapati tidak bersalah maka mereka boleh membuatkan keputusan kembali dalam pakatan.Rakyat akan mendakwa BN telah mempengaruhi keputusan mahkamah untuk membebaskan mereka atas faktor BN bukan keadilan yang sebenar,walaupun mereka benar2 bersalah.rakyat akan menghukum BN pada PRU akan datang.

Kejadian hari ini telah memastikan bahawa lompat parti dan menyokong parti lawan selepas mendapat mandat daripada rakyat adalah bukan suatu kesalahan dan boleh diterima oleh perlembagaan.Jelaslah sekiranya mp BN melompat menyertai Pakatan suatu hari nanti sudah tentulah ia tidak boleh dipertikai langsung oleh mana2 pihak.

Sekarang BN sedang bergembira diatas kejayaan sementara yang mereka perolehi,bahkan usaha seperti ini akan diteruskan kenegeri lain.Rakyat akan meneliti kejadian ini dikedai2 kopi,pejabat,surau masjid,forum internet,dan mereka akan dapat membuat kesimpulan kumpulan ini menyokong BN adalah kerana sogokan, jaminan keselamatan dan jawatan,dalam erti lain (rasuah).

Kita akan dapat menyaksikan babak akhir pertembungan ini pada bulan hadapan (Mac).dari tarikh ini hinggalah akhir mac depan akan dipenuhi dengan episod panas dan mendebarkan.

Tunggu dan saksikan.

No comments: