SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Tuesday, February 10, 2009

BLOG KHAS N 25 BUKIT SELAMBAU

Jadual hari ini yang padat dipenuhi dengan pelbagai program yang bermanfaat bagi menggerakkan jentera Keadilan Negeri, khususnya Angkatan Muda Kedah bagi menghadapi pilihanraya kecil Bukit Selambau yang dijangkakan akan diadakan dalam tempoh 60 hari mulai dari semalam.Sebaik sahaja menyelesaikan tugasan menyiapkan deraf awal pindaan perlembagaan parti yang akan dibentangkan semasa Kongres Nasional Khas parti di Alor Setar pada 28 Februari ini, saya bergegas pulang ke Merbok untuk menghadiri mesyuarat khas Angkatan Muda Kedah bersama-sama AMK bahagian Merbok dan teman-teman AMK dari Pulau Pinang sebagai persiapan awal bagi menghadapi pilihanraya kecil Bukit Selambau.Dalam perjalanan pulang, saya sempat singgah ke Tanah Liat di Permatang Pauh bagi menziarahi jenazah Allahyarham Dato' Noordin Abdullah atau Cikgu Noordin, yang merupakan salah seorang sukarelawan Yayasan Aman yang menjaga hal ehwal program-program pendidikan Yayasan di Pulau Pinang. Arwah juga merupakan bekas pegawai khas Dato' Seri Anwar (DSAI) semasa DSAI mula-mula memegang jawatan dalam kabinet Malaysia dahulu. Beliau kembali ke rahmatUllah kerana serangan jantung awal pagi semalam dan jenazah selamat disemadikan selepas solat asar di kampung beliau.Selepas maghrib, kira-kira jam 8.30 mlm, saya memulakan mesyuarat dengan memberikan taklimat latarbelakang PRK Bukit Selambau. Kehadiran sangat mengembirakan saya, malahan di luar jangkaan. Dari riak wajah teman-teman yang hadir, jelas insiden tragedi di Perak tidak sedikitpun menjejaskan semangat teman-teman untuk turun membantu dalam PRK Bukit Selambau ini. Selepas menyediakan deraf asas perancangan jentera pilihanraya AMK negeri, mesyuarat bersetuju untuk terus membuka bilik gerakan AMK negeri mulai esok dengan pendaftaran sukarelawan anak muda bagi membantu semasa pilihanraya.Teman-teman AMK negeri juga sebulat suara bersetuju untuk tidak mencampuri urusan pemilihan calon dan menyerahkan sebulatnya kepada pimpinan parti untuk membuat keputusan. Fokus kita adalah memastikan jentera pilihanraya AMK akan mampu bergerak dengan selancar boleh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat nanti.Satu blog khas untuk Bukit Selambau terus diwujudkan tadi, dan ianya boleh dilayari sekarang di alamat http://n25bukitselambau.blogspot.com.Selepas mesyuarat, saya bergegas menziarahi satu lagi jenazah ayahanda kepada seorang jawatankuasa AMK Bahagian, sdr Nazri yang kembali ke rahmatUllah petang tadi, juga kerana serangan jantung. Selepas itu, saya mengadakan beberapa pertemuan tidak rasmi dengan teman-teman dari PAS kawasan untuk berbincang beberapa perkara persiapan untuk PRK akan datang. AlhamduliLlah, teman-teman dari PAS memahami keadaan dan perkembangan semasa dan memberikan komitmen untuk sama-sama membantu dalam kempen nanti. Petang esok, satu sesi taklimat khas PRK Bukit Selambau bersama sdr Azmin, selaku Pengarah Pilihanraya Pusat dan seluruh JK Perhubungan Negeri Kedah serta bahagian Merbok akan diadakan. Saya akan memberikan taklimat latarbelakang PRK Bukit Selambau serta butiran keputusan serta latarbelakang geopolitik pengundi di Bukit Selambau. InsyaAllah selepas sesi taklimat esok, kita akan mengarahkan semua bilik-bilik gerakan parti di semua 22 daerah mengundi dibuka menjelang hujung minggu ini.Saya yakin, dengan semangat dan daya juang teman-teman semua, insyaAllah kita akan sekali lagi beroleh kemenangan. Secara peribadi, saya mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada saudara Arumugam yang telah cuba memberikan perkhidmatan terbaik beliau sepanjang 10 bulan berkhidmat sebagai wakil rakyat mewakili parti di Bukit Selambau. Sikap 'gentleman' beliau yang sanggup memilih untuk meletakkan jawatan daripada tunduk kepada pujukan dan ugutan BN adalah sesuatu yang boleh dicontohi.Untuk teman-teman dari luar yang akan berkampung di Bukit Selambau nanti, saya ucapkan selamat datang, ahlan wasahlan!! Jangan lupa, inilah masanya yang terbaik untuk kita buktikan kuasa dan daulat rakyat!!Selamat Berjuang!! Reformasi!! saiful izham ramli..KETUA AMK KEDAH

No comments: