SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Sunday, February 1, 2009

Keretapi.

Kisah dan peristiwa selepas PRK Permatang Pauh ,bersambung2 macam gerabak keretapi,kita juga diibaratkan sebagai penumpang keretapi ini,keretapi ini bergerak semakin laju dan yang pasti ia akan berhenti dimana2 stesen dihadapan.Sebelum berhenti ia telah melewati pelbagai halangan suka dan duka.Maka berbagai andaian dan kesimpulan dibuat oleh penumpang.Akhir sekali keretapi tersebut terpaksa berhenti di Changkat jering dan Behrang ,ia bukanlah destinasi pilihan, destinasi yang tidak disangka ini telah mengecewakan penduduk Pekan Pahang kerana telah lama menunggu.Manakala para penumpang telah membeli tiket one way ke Putrajaya dan mengharapkan ia secepat mungkin sampai,kerana ia telah lama bergerak dari Permatang Pauh kemudian singgah sebentar sambil menghirup udara segar di Bandar Kuala Terengganu sebelum sampai kesini.
Hakikatnya destinasi Changkat dan Behrang sudah pasti.Jadi kita pakat beramai2 turun untuk memenuhi tuntutan disini,Kita harapkan semua penumpang di dua destinasi ini berjaya menaiki semula keretapi ini sebelum ia meneruskan perjalanan ke Putrajaya.Jangan sampai ada yang ketinggalan,kerana perjalanan sehala ini adalah perjalanan seumur hidup sekali.

No comments: