SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Saturday, January 31, 2009

Dua Exco Pkr Perak menghilang diri.

Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.
Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10hb Februari 2009.
Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh UMNO dan BN sebagai satu ugutan politik.
Kami percaya ada usaha dari Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua Exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Dato’ Seri Najib termasuk menggugurkan kes rasuah mereka.
Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan muslihat UMNO-BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu.
HAJI OSMAN ABDUL RAHMANPengerusi Perhubungan PKR Negeri Perak

Friday, January 30, 2009

Orang UMNO pergi dengar ceramah Datuk Nasa

11 cawangan Umno telah dibubarkan malam ini - Cawangan Umno tersebut ialah di Lambor Kiri, Bota, Parit, Kubang Candung, Kg. Selat Bota Kanan dan beberapa cawangan lain. Suasana di tapak ceramah - padang mini melaut dengan rakyat. Dianggarkan hampir 15 ribu orang membanjiri Pekan Bota Kanan malam ini. Gerai makanan jadi tumpuan, tokey bihun sup gearbox dah mula senyum ! Periuk sup dah hampir kering ! Jajaan dah nak habis !Dato' Nasa menjelaskan bahawa tiada duit dan pangkat yg ditawarkan kepada beliau untuk melompat parti, ia datang dengan keihklasan hati demi rakyat. Wow ! ramai juga orang-orang Umno yg datang ceramah malam ini ! Syhhh...., sumpah cakap lu, ini ler ceramah sulung PR yg kaum gerombolan datang dengor secara live! Ramai yg terkejut, Dato' Nasa lagi ler terkejut tengok punya la ramai orang, katanya tak pernah dia berceramah depan orang yg macam ini punya ramai ! Selalunya dalam ceramah umno, kerusi yg ramai dari orang..wakakaka !!Anwar tengah layan syiookkk..! Kaw..kaw..punya cerita beb! Anwar bilang, berpuluh2 Adun dan Ahli Parlimen BN calling-calling dia, jumpa secara sulit-sulit, tapi nak lompat masih takutt..takutt!, nak buat macamana nanti miss soru...! MB Perak tak dapat datang malam ni, ada hal katanya..mungkin dok tengah bincang hal 4 mata dgn 2 orang Adun BN yang nak loncat hari cuti ni kot! Woi..jangan la main sorok2...boring laaa !!.......................tkasih Al- Banjari.

S.Kugan lebih hero daripada Pemuda UMNO.

Kematian S.Kugan yang berpunca daripada kezaliman pihak polis ketika menyiasat kes kecurian kereta mewah telah memalitkan satu lagi episod hitam PDRM.Peristiwa ini langsung tidak menyentuh nurani dan perasaan kerajaan dan pemuda2 UMNO.Ketika polis bergelut dengan masalah intergriti yang berselirat di kementerian dalam negeri muncul satu lagi episod zalim polis kepada rakyat yang menyayat hati.Tidak pula muncul pemuda UMNO untuk membetulkan keadaan ini sebaliknya mereka sibuk membuat demontrasi menentang SPRM.Tindakan kita membela S.Kugan bukan bermaksud kita membela penjenayah,sebaliknya kita menilai nasib S.Kugan disudut kezaliman dan ketidakadilan polis kepada rakyat,apatah lagi mangsa berbangsa India.Kita tidak bersetuju segala bentuk kezaliman dilakukan keatas manusia tanpa mengira agama,fahaman atau warna kulit.Saya berharap UMNO dan kepimpinanya lebih perihatin nasib2 mereka yang menjadi mangsa kezaliman pihak tertentu walaupun mereka tidak sebangsa atau seagama sekalipun.
Telah wujud dalam minda penyokong UMNO dan BN,iaitu hanya bangsa tersebut patut membantu atau meratapi kesedihan yang menimpa sesuatu bangsa itu,kerana bangsa lain dianggap terhina sekiranya membantu mangsa yang berlainan agama dan bangsa.apatah lagi sekiranya mangsa tersebut berbangsa India ,maka orang2 UMNO akan terasa terhina sekiranya membela nasib dari bangsa lain.Sedarlah orang2 Melayu,sekiranya Allah tidak mentakdirkan pedagang Arab sampai dan mendakwah Sultan Melaka ketika itu pada abad ke 15,mungkin kita hari ini masih beragama Hindu,bersyukurlah diatas nikmat Islam yang Allah berikan kepada kita,sebaliknya janganlah kita bongkak dengan nikmat yang Allah berikan ini.
Cuba kita lihat bagaimana orang2 Eropah,Amerika dan dari benua lain yang agama mereka bukan beragama islam, mampu bangun dan menentang kezaliman yang dilakukan tentera Israel kepada penduduk Gaza walaupun penduduk Gaza berlainan agama dan juga bangsa daripada mereka.Ini satu contoh bahawa menentang kezaliman dan ketidakadilan merentasi agama dan bangsa.Pakatan menentang UMNO bukan menentang segelintir kepimpinan mereka yang zalim dan perasuah semata2 tetapi menentang corak pemikiran sempit dan radikal.
Saya sedih apa yang telah menimpa S.Kugan.apatah lagi ketika melihat jenazah beliau sedang diusung dengan Merc berwarna kuning keemasan,sambil diikuti oleh dua ribu simpatisan dan ahli keluarga.Mereka berarak beberapa kilometer tanda menentang kezaliman dan menunjukan tanda simpati kepada si mati.Beberapa pemimpin daripada pakatan rakyat turut kelihatan pada hari tersebut.
Kematian beliau dilihat sebagai mangsa kezaliman bukan seorang penjenayah.Pihak polis menyalahkan orang ramai diatas situasi ini sedangkan polis langsung tidak menyesali diatas kejadian tersebut,jauh sekali untuk memohon maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat India
Apa yang sedang berlaku hari ini akan diingati oleh masyarakat India sebagai suatu bentuk kezaliman yang dilakukan keatas masyarakat India.Belum lagi selesai isi Hindraf timbul lagi kezaliman baru.Saya yakin tidak ada ruang lagi umtuk kerajaan mengubati hati lara masyarakat India di Malaysia.

DAFTAR PEMILIH ONLINE

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewujudkan kaedah pendaftaran pemilih secara online dalam usaha menggalakkan warganegara yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kaedah itu akan memudahkan orang ramai terutamanya golongan muda mendaftar daripada komputer masing-masing dan ia akan dijalankan secepat mungkin iaitu sebaik sahaja kajian mengenainya selesai.
“Kini terdapat empat juta warganegara yang layak mengundi tetapi masih belum berdaftar dengan SPR dan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda berumur 20an,” katanya selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu, di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik.
“Kami juga berharap pihak NGO seperti Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) dan parti-parti politik akan membantu menarik minat orang ramai mendaftar sebagai pengundi,” katanya.
Dalam perjumpaan hampir 50 minit itu, Abdul Aziz berkata beliau menerangkan kepada Tuanku Mizan mengenai perjalanan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari lepas.
Beliau berkata proses penganjuran pilihan raya itu merupakan yang terbaik setakat ini dan akan menjadi tanda aras atau contoh untuk pilihan raya akan datang.
“Tuanku gembira dan bertitah agar kami menjalankan tugas dengan saksama, adil, tidak berat sebelah dan profesional,” katanya.
Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi SPR pada 31 Disember, manakala Datuk Ngah Senik sebagai Setiausaha pada 16 November tahun lepas.-BERNAMA

Wednesday, January 28, 2009

Berkongsi pendapat.

Ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian anda melayari blog ini dan membaca segala program juga ulasan tentang isu2 terkini.
Saya berharap anda turut memberikan pandangan serta ulasan bernas mengenai isu yang timbul,isu tidak sahaja berkaitan politik sahaja,isu juga merangkumi semua perkara seperti ekonomi dan pendidikan.Sekiranya saya mendapati tulisan anda bernas,walaupun berbentuk kritikan saya akan cuba pamerkan.Saya amat bersetuju ruang seperti ini dimanfaatkan kita bersama demi kearah membina generasi yang berpandangan jauh dalam semua hal.
Blog Amk diwujudkan bukan untuk memecahbelahkan masyarakat,tetapi diatas dasar keterbukaan dan memenuhi inspirasi masyarakat yang mahukan kualiti dan informasi.

Tuesday, January 27, 2009

Polis Raja Di Malaysia.

Apabila anggota polis merasakan diri mereka kebal daripada tindakan undang2,menyebabkan anggota polis tanpa rasa bersalah melakukan pelbagai kesalahan hatta membunuh sekalipun.Terbaru kematian S.Kugan mati ketika berada dibawah tahanan polis baru2 ini,ramai pihak telah membahas isu ini,jadi saya akan mengupas mengapa hal ini berterusan.
Isu kematian tahanan ketika dalam lokap bukan isu baru ,sehingga kehari ini lebih 400 tahanan berketurunan India mati ketika dalam tahanan dan ketika disiasat polis.Nyawa masyarakat India sangat murah dimata polis.
Mengapa semua ini boleh terjadi?Pertama apabila pemimpin masyarakat India tidak mempedulikan nasib kaum mereka sendiri.Sikap pemimpim MIC yang telah mendominasi perjuangan masyarakat India suatau masa dahulu di negara ini,lalai dalam menjalankan tanggungjawab membela masyarakat India,kerana pemimpin MIC telah lena oleh kekayaan dan bimbang segala kemewahan yang mereka miliki hilang sekiranya bangun menentang ketidakadilan sebilangan anggota polis yang berada dibawah naungan Umno dan Bn.
Kedua, sikap Kerajaan yang memandang sepi aduan dan isu2 seperti ini atas alasan perkauman.Kelemahan kerajaan menangani isi rasuah menyebabkan penjenayah besar berjaya menyogok anggoto polis untuk menghapuskan bukti dan saksi.
Ketiga,Pihak media yang dikuasai kerajaan melenyapkan isu2 seperti ini supaya rakyat tidak bangun dan menentang polis yang zalim dan tidak adil.
Saya menyeru kepada semua supaya bangu menentang kezaliman tanpa membezakan agama dan bangsa.

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA ANJURAN KEADILAN

MAJLIS Perayaan Tahun Baru Cina yang dianjurkan KeADILan semalam meriah dengan kehadiran pemimpin-pemimpin utama KeADILan yang berbangsa cina serta kehadiran Ketua Pembangkang Dewan Rakyat yang juga Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim.
Perayaan berkenaan yang diadakan di Dewan Persatuan Hokkien Klang semalam turut dihadiri oleh Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali yang turut memberikan sumbangan kepada fakir miskin.
Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden Pas Husam Musa turut berkesempatan untuk menghadiri majlis meriah ini.
Ketua Penerangan KeADILan Selangor , Tan Yee Kew selaku pengarah program turut memberikan ucapan aluan dalam majlis perayaan Tahun Baru Cina yang pertama kalinya dianjurkan sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor itu.
Selain ucapan daripada pemimpin utama parti, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan. Makanan juga akan dihidangkan...............SUARAKEADILAN