SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Saturday, March 6, 2010

KENYATAAN MEDIA BERSAMA AMK KEDAH DAN AMK PULAU PINANG

Sabtu, 2010 Mac 06
Kenyataan Media AMK Kedah & AMK Pulau Pinang


Jam 3.30ptg
6.3.2010
Dewan Orang Ramai Kuala Selama,Selama Kedah Parlimen Kulim Bandar Baharu

Kenyataan Media AMK KEDAH & AMK PULAU PINANG

Angkatan Muda Keadilan Kedah & Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang bersama penyokong keadilan Cabang Kulim Bandar Baharu hari ini sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa kami menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Wan Azizah Dato Wan Ismail serta Ketua Umum Dato Seri Anwar Ibrahim bersama kepimpinan KEADILAN Pusat.Kita menolak pemimpin yang gagal menghadam perjuangan rakyat dengan meletakkan kepentingan peribadi tanpa memikirkan tanggungjawab dibawah parlimen yang diwakili dan dasar-dasar parti.

Justeru AMK ke dua-dua negeri mendesak YB Zulkifli Noordin mengosongkan kerusi parlimen Kulim Bandar Baharu dan tidak berdolak dalih lagi dengan pelbagai alasan termasuk dalam siasatan Lembaga Disiplin Parti.Jangan menganggap diri sebagai Musa dengan menggelarkan orang lain sebagai Firaun-firaun kecil dan termasuk kata-kata balaci serta bajingan.Kami ingin bertanya,adakah ini kata-kata yang diajar oleh Islam jika itu yang beliau perjuangkan?

Oleh itu,AMK Kedah dan AMK Pulau Pinang mendesak sekali lagi Zulkifli Noordin mengosongkan kerusi parlimen Kulim Bandar Baharu dan keluar daripada PKR agar rakyat kawasan ini tidak menjadi mangsa Ahli Parlimen yang khianat pada asas perjuangan mengangkat Ketuanan Rakyat.Begitu juga kami mendesak ahli-ahli parlimen yang keluar parti untuk meletak jawatan untuk memberi laluan kepada rakyat memilih pejuang wakil rakyat sejati

Kenyataan Bersama

Angkatan Muda KEADILAN Kedah


Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang

No comments: