Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya terpanggil untuk membuat sedikit coretan tentang beberapa ahli dan kepimpinan peringkat bawah yang masih keliru dan ada yang mula nak tergolek dengan isu liwat dan DNA.Buat semua ahli yang masih tergoda dek mainan media BN,diminta mereka supaya lebih banyak membaca laman web2 yang diusahakan oleh pejuang dan pendukung parti(PKR),elakkan mengambil berita ditepi jalan dan terlalu banyak berkawan serta berborak dengan suku sakat kaki kutuk Anwar.Sekiranya anda hanya mengambil maklumat sebelah pihak dan tanpa diimbangi maklumat sebenar sudah tentu anda akan terpengaruh,silap2 isi borang keris.Anda mesti banyak mentelaah maklumat2 dan bertanyakan pemimpin yang lebih arif tentang hal 2 begini,ataupun anda boleh hantarkan komen juga soalan didalam blog ini.Saya sendiri sering menerima soalan sinis dari kawan2 lama juga pejuang reformasi melalui pesanan sms atau email.Mereka sering bertanyakan soalan seperti ini:kenapa DSAI tak nak benarkan DNA beliau diambil,mengapa takut nak bagi DNA sekiranya benar tidak bersalah?.Kemudian ada soalan berbunyi:mengapa DSAI tidak beri kerjasama apabila ada panggilan polis untuk hadir memberi keterangan di IPK tempoh hari?,dan terdapat soalan yang sebenarnya jawapan boleh didapati di berpuluh blog.Jadi kesimpulan saya ialah masih ada manusia yang telah terpedaya dengan mainan media rejim BN walaupun kita telah beberapa kali menegaskan supaya semua ahli mengambil maklumat dari sumber yang boleh dipercayai.Kita telah melalui zaman 1998 dimana media telah digunakan seratus peratus oleh kerajaan dalam menjatuhkan DSAI dan parti keadilan ketika itu.Jadikanlah pengajaran lama sebagai pedoman,jangan pisang berbuah dua kali.
No comments:
Post a Comment