SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Thursday, July 17, 2008

Lepas tangkap,tangkap,tangkap,tangkap...........

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tangkap,tangkap dan tangkap,kerja lama telah diteruskan kembali,supaya DSAI dan Pakatan Rakyat gagal mengambil alih Putrajaya yang penuh dengan cerita hantu dan seram.Kerajaan BN telah menjadi demam panas apabila DSAI mengumumkan beberapa kali bahawa Pakatan Rakyat akan mengambilalih pemerintahan kerajaan Malaysia daripada Rejim BN selewat-lewatnya pertengahan September ini. Ramai pemimpin BN yang basah seluar dan ada yang tidak dapat melelapkan mata apabila mendengar cerita seram ini. Penangkapan terbaru DSAI pada 16 July jelas menunjukan jelmaan rasa takut mereka kepada DSAI apatah lagi setelah DSAI mempunyai mekanisma penurunan harga minyak dan telah menerangkan didalam debat yang telah disiarkan sehari sebelum penangkapan beliau. Ingin saya tegaskan bahawa selain daripada usaha menghalang daripada DSAI bertanding dan menjadi PM,penangkapan juga adalah strategi bodoh Rejim BN untuk membuat provokasi terhadap penyokong DSAI.BN akan cuba menimbulkan suasana kelam kabut dan tidak terkawal di seluruh negara dengan penangkapan DSAI.Mereka akan mewujudkan provokasi melampau di mana sahaja perhimpunan menyokong DSAI dan akan melakukan tangkapan beramai2 penyokong reformasi.Seterusnya DSAI akan ditahan lebih lama kemudian mungkin dipindahkan dibawah ISA dan seterusnya menghalang kemaraan DSAI kemudian mereka akan mencuba mendapatkan restu Yang DIpertuan Agong supaya kerajaan sementara diwujudkan dan diletakkan dibawah pemerintahan tentera.Kemudian mengadakan pilihanraya umum ketigabelas beberapabulan selepas itu.Jelas kita akan gagal mengawal SPR sekali lagi dan penipuan terbesar akan dilakukan dalam pilihanraya tersebut dan menyebabkan Pakatan Rakyat akan tumbang disemua negeri. Ini adalah agenda mereka supaya kita gagal mengambil telaga emas mereka iaitu negara Malaysia yang penuh dengan limpahan nikmat dan kekayaan yang disembuynyikan fakta sebenar.Saya menasihatkan penyokong PR dan DSAI supaya tidak mengadakan perhimpunan apabila DSAI ditangkap semula pada bila2 masa.Janganlah kita menjadikan diri kita sebagai jentera mereka tanpa kita disedari,jauhi perhimpunan dan jangan lakukan provokasi!!!

No comments: