SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Monday, July 28, 2008

SUMBANGAN PROGRAM JEJAK FAKIR AMK BALING


From: Nasir

SUMBANGAN PROGRAM JEJAK FAKIR AMK BALING

Memandangkan Ramadhan Al- Mubarak yang akan menjelang tiba. Maka Angkatan Muda Bahagian Baling terpanggil untuk menganjurkan program yang melibatkan masyarakat yang dipanggil Kembara Jejak Fakir yang melibatkan seluruh penduduk di Daerah Baling. Memandangkan daerah Baling meliputi banyak kawasan yang terpencil, maka terdapat ramai fakir miskin yang terdapat di Daerah Baling. Sehubungan itu kami AMK Baling Ingin mempelawa dan menjemput tuan, puan yang dermawan yang ingin menderma dan menyumbang bagi menjayakan program tersebut. Sebarang pertanyaan dan ingin memberi sumbanga boleh membuat kiriman wang pos atau boleh terus menghubungi 016-4399754 @ 04-7302163 ( Mohd Aziz Sukri ) Ketua Angkatan Muda Bahagian Baling.

Monday, July 21, 2008

Masih keliru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya terpanggil untuk membuat sedikit coretan tentang beberapa ahli dan kepimpinan peringkat bawah yang masih keliru dan ada yang mula nak tergolek dengan isu liwat dan DNA.Buat semua ahli yang masih tergoda dek mainan media BN,diminta mereka supaya lebih banyak membaca laman web2 yang diusahakan oleh pejuang dan pendukung parti(PKR),elakkan mengambil berita ditepi jalan dan terlalu banyak berkawan serta berborak dengan suku sakat kaki kutuk Anwar.Sekiranya anda hanya mengambil maklumat sebelah pihak dan tanpa diimbangi maklumat sebenar sudah tentu anda akan terpengaruh,silap2 isi borang keris.Anda mesti banyak mentelaah maklumat2 dan bertanyakan pemimpin yang lebih arif tentang hal 2 begini,ataupun anda boleh hantarkan komen juga soalan didalam blog ini.Saya sendiri sering menerima soalan sinis dari kawan2 lama juga pejuang reformasi melalui pesanan sms atau email.Mereka sering bertanyakan soalan seperti ini:kenapa DSAI tak nak benarkan DNA beliau diambil,mengapa takut nak bagi DNA sekiranya benar tidak bersalah?.Kemudian ada soalan berbunyi:mengapa DSAI tidak beri kerjasama apabila ada panggilan polis untuk hadir memberi keterangan di IPK tempoh hari?,dan terdapat soalan yang sebenarnya jawapan boleh didapati di berpuluh blog.Jadi kesimpulan saya ialah masih ada manusia yang telah terpedaya dengan mainan media rejim BN walaupun kita telah beberapa kali menegaskan supaya semua ahli mengambil maklumat dari sumber yang boleh dipercayai.Kita telah melalui zaman 1998 dimana media telah digunakan seratus peratus oleh kerajaan dalam menjatuhkan DSAI dan parti keadilan ketika itu.Jadikanlah pengajaran lama sebagai pedoman,jangan pisang berbuah dua kali.

Thursday, July 17, 2008

Lepas tangkap,tangkap,tangkap,tangkap...........

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tangkap,tangkap dan tangkap,kerja lama telah diteruskan kembali,supaya DSAI dan Pakatan Rakyat gagal mengambil alih Putrajaya yang penuh dengan cerita hantu dan seram.Kerajaan BN telah menjadi demam panas apabila DSAI mengumumkan beberapa kali bahawa Pakatan Rakyat akan mengambilalih pemerintahan kerajaan Malaysia daripada Rejim BN selewat-lewatnya pertengahan September ini. Ramai pemimpin BN yang basah seluar dan ada yang tidak dapat melelapkan mata apabila mendengar cerita seram ini. Penangkapan terbaru DSAI pada 16 July jelas menunjukan jelmaan rasa takut mereka kepada DSAI apatah lagi setelah DSAI mempunyai mekanisma penurunan harga minyak dan telah menerangkan didalam debat yang telah disiarkan sehari sebelum penangkapan beliau. Ingin saya tegaskan bahawa selain daripada usaha menghalang daripada DSAI bertanding dan menjadi PM,penangkapan juga adalah strategi bodoh Rejim BN untuk membuat provokasi terhadap penyokong DSAI.BN akan cuba menimbulkan suasana kelam kabut dan tidak terkawal di seluruh negara dengan penangkapan DSAI.Mereka akan mewujudkan provokasi melampau di mana sahaja perhimpunan menyokong DSAI dan akan melakukan tangkapan beramai2 penyokong reformasi.Seterusnya DSAI akan ditahan lebih lama kemudian mungkin dipindahkan dibawah ISA dan seterusnya menghalang kemaraan DSAI kemudian mereka akan mencuba mendapatkan restu Yang DIpertuan Agong supaya kerajaan sementara diwujudkan dan diletakkan dibawah pemerintahan tentera.Kemudian mengadakan pilihanraya umum ketigabelas beberapabulan selepas itu.Jelas kita akan gagal mengawal SPR sekali lagi dan penipuan terbesar akan dilakukan dalam pilihanraya tersebut dan menyebabkan Pakatan Rakyat akan tumbang disemua negeri. Ini adalah agenda mereka supaya kita gagal mengambil telaga emas mereka iaitu negara Malaysia yang penuh dengan limpahan nikmat dan kekayaan yang disembuynyikan fakta sebenar.Saya menasihatkan penyokong PR dan DSAI supaya tidak mengadakan perhimpunan apabila DSAI ditangkap semula pada bila2 masa.Janganlah kita menjadikan diri kita sebagai jentera mereka tanpa kita disedari,jauhi perhimpunan dan jangan lakukan provokasi!!!

Monday, July 14, 2008

DAULAT TUANKU


SELAMAT MENYAMBUT JUBLI EMAS SEMPENA 50 TAHUN PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH

Saturday, July 12, 2008

Assalamualaikum,salam sejahtera.
Saya Adam Khairul Nizam adalah pengendali blog AMK KEDAH selaku ketua penerangan AMK KEDAH,sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua ke blog kami.Sebagai permulaan saya akan memuatkan isi kandungan blog ini dengan kupasan tentang keadaan semasa politik tanah air yang rata2 berkisar kepada peralihan kuasa daripada kerajaan otordok kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih telus dan memenuhi aspirasi rakyat jelata.
Tuduhan liwat masih lagi digunakan oleh sekerat dua juak najib dan beliau sendiri bagi menghalang kemaraan kerajaan Pakatan Rakyat atau sekurang2nya melengahkan peralihan kuasa ini.
Tuduhan yang tidak disangka ini dilakukan oleh mereka yang bermotif jahat yang langsung tak nak lihat DSAI menjadi PM.Bahkan tuduhan ini dilakukan untuk memastikan DSAI tidak melakukan sesuatu yang boleh menghumban Musa Hasan dan gani Patail daripada posisi mereka,kerana mereka ini adalah benteng terakhir yang akan menyelamat Najib dan Rosmah daripada dikenakan sebarang hukuman diatas kesalahan mereka membunuh Altantuya atau Aminah Sharibu secara langsung atau tidak.Sekiranya kedua manusia ini tercampak daripada kuasa mereka nescaya tiada lagi individu yang sanggup mampertahankan Najib di mahkamah nanti.dan pasti hasrat Najib untuk menduduki puncak politik beliu akan terpadam dan silap haribulan Najib dan Rosmah terperosok kedalam penjara(Bayangkan Najib dan Rosmah berada dalam sel dan sel yang sama).
Jadi tindakan memfitnah DSAI yang dilakukan beliau dan budak gila Ezam bukan sekadar menghalang DSAI menjadi PM malahan memastikan Rosmah kekal dapat membeli belah di serata dunia.
Selain itu tuduhan tersebut dilakukan untuk menggertak dan menakutkan ahli2 Parlimen yang berhasrat untuk melompat supaya membatalkan hasrat tersebut atau menagguhkannya.
Najib ini bukan seorang ahli politik yang bijak ,kerana kalau kita amati tangga kejayaan politik beliau lebih daripada kesinambungan politik bapa beliau iaitu Tun Razak.Beliau dipanggil utk menjadi menteri besar Pahang ketika beliau masih menuntut dan pada umur 27 tahun.Beliau menjadi menteri besar bukan kerana kehebatan beliau didalam permainan politik tetapi lebih kepada warisan dan jasa bapa beliau,itu sahaja.
Saya yakin rancangan jahat beliau memfitnah DSAI adalah rancangan yang tergesa2 setelah kehadiran mamat Ezam,Ezam berjanji dan bersumpah akan memastikan DSAI tak akan menjadi PM.(Ezam kaki sumah)Antara taktik mereka ialah mereka berusaha supaya DSAI tidak dapat bertanding dalam pilihanraya kecil seterusnya menghalang DSAI jadi PM.
Najib dan mamat Ezam akan terus memburukan DSAI dan Memfitnah DSAI sampai bila2 walaupun DSAI telah menjadi PM.
Sebenarnya peralihan kuasa telah boleh dilakukan dua minggu lepas lagi,tetapi terdapat beberapa halangan kecil,jadi DSAI mengambil keputusan biarlah peralihan berlaku dalam keadaan paling baik dan rakyat dapat terima dengan hati terbuka.Kalau kita amati mereka yang nak lompat ini bukan asing daripada sejarah pembangkangan.Mereka terdiri mereka yang pernah sertai S46,PBS dan banyak lagi.Sekarang ini pun negara kita diperintah sebahagian mereka yang pernah menentang kerajaan BN,maka tak hairanlah sekiranya mereka ini lompat.Terdapat juga mereka yang baru setahun jagung yang turut bersama,mereka ini tiada semangat UMNO yang kuat kecuali Join UMNO kerana hal tertentu sahaja bukan sayangkan sangat pun kat UMNO.Bersambung...........