SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Thursday, February 10, 2011

BOLEH MEREBAK KE MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Malaysia boleh mengambil kaedah yang digunakan di Mesir sebagai pengajaran kepada sebuah rejim yang zalim.

Walau bagaimanapun beliau menekankan setiap satu perubahan harus dilakukan dengan apa jua cara sekali pun tanpa campur tangan mana-mana kuasa luar.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam rancangan News Stream yang disiar di saluran CNN International semalam.

“Krisis politik di Mesir membawa satu pemahaman baru bahawa rakyat mahukan perubahan kepada kebebasan dan demokrasi dalam erti kata yang sebenar di sesebuah negara,” kata Anwar.

Beliau menambah, gerakan rakyat penting untuk memberi isyarat jelas kepada sesebuah rejim yang korup dan hipokrit.

Anwar juga tidak menolak gerakan tersebut mungkin sampai ke negara-negara Islam yang lain kelak di atas faktor Mesir merupakan pusat ilmu terulung di kalangan negara Islam.

Anwar juga percaya, peralihan daripada fasa revolusi kepada sebuah negara yang aman mampu berlaku jika perubahan di Mesir merebak ke negara Islam yang lain.

Protes menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak untuk melepaskan jawatannya sudah masuk hari ke-16 hari ini.

Mubarak dilapor mengerahkan tentera, polis serta pasukan keselamatan mengekang kebangkitan rakyat menuntut kebangkitan beliau. Sehingga ke hari ini, pasukan keselamatan menahan 119 orang secara sewenang-wenangnya dan hampir 300 orang dilaporkan terkorban dalam kebangkitan itu.

(Berita penuh boleh didapati dalam Suara KEADILAN 3 yang akan berada di pasaran 15 Februari ini)

1 comment:

otaklunyai said...

Amin... Insyaallah..Semoga Allah S.W.T membuka minda dan hati rakyat untuk menghapuskan puak2 yg selama ini menkhianati amanah yg mereka ambil dari rakyat dan semoga rakyat sedar betapa mereka selama ini telah mengumpul dosa atas sokongan dan bersubahat dgn puak2 zalim yang sesat lagi menyesatkan ini.

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/gerakan-rakyat-mesir-akan-merebak-ke.html#ixzz1DboDdB8s