SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Friday, October 16, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Penganut Hindu kini mulai sibuk menyediakan kelengkapan bagi menyambut hari Diwali atau Deepavali. Cumanya di sini sambutan Onum lebih besar berbanding Diwali.

Pengalaman di Kerala; utamanya di Calicut dan Mallapuram ketika ini mengingatkan saya kepada kajian lama Amartya Sen mengenai tahap pendidikan asas di Kerala yang pernah suatu ketika mengatasi pencapaian di New York sekitar tahun 1970-an.

Cukup mengasyikkan tatkala menyorot kembali permuafakatan di antara Muslim dan penganut Hindu, saat itu tidak berlaku sebarang pergaduhan atau rusuhan agama kerana masyarakat kebanyakan mengamal sikap keterbukaan dan menerima percanggahan pendapat sebagai suatu proses mencari persefahaman.

Manakala penyerapan perubatan moden dan Ayurveda dapat dihayati dengan baik serta diterima semua sebagai warisan tempatan.

Menjelang Diwali, maka saya teruja mengembara ke dalam dunia Ramayana dan Mahabharata yang penuh mitos, dengan mengadunkan peranan Tuhan mereka yang dianggap kudus tetapi juga bersifat fana, dan juga persoalan nilai kemanusiaan dan haiwan.

Kisah pertembungan dan wacana segar saperti yang berlaku di antara Krishna dan Arjuna telah menyebabkan ianya menjadi sebuah kisah yang kekal relevan hingga kini. Pokoknya karya besar tersebut mampu menjadi teladan hidup dan tritis sosial yang bermakna.

Saya sengaja menjemput saudara menghimbau kembali persoalan Diwali dengan ucap selamat, keraian persaudaraan dan usaha memupuk persefahaman yang abadi.

Buat semua yang meraikan hari Deepavali, saya mengucapkan Deepavali Nal Valthukal!

ANWAR IBRAHIM

No comments: