SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Tuesday, April 21, 2009

MP JERLUN




Anak Rintik Mukhriz Mahathir alami rabun dekat dan mula belajar selak kain sebelum ditelanjangkan pembangkang bulat-bulat sebagaimana yang dilakukan Bapak Boreknya dulu terhadap anwar Ibrahim. Dapat saya kesan penyakit kronik Mukhriz Si Anak Rintik dalam artikel yang disiarkan Malaysia Kini. Penyakit kronik rabun dekat serta suka “selak” kain orang dan “kain sendiri ditutup rapat” ini adalah penyakit genatik yang diwarisi Bapak Boreknya, Mahathir.



Ini terbukti apabila calon Ketua Pemuda yang disisih Khairy Jamaluddin dalam pemilihan Umno tetapi dipilih Najib dalam kabinet tiba-tiba menyarankan supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menghukuman terhadap mana-mana wakil rakyat yang meletak jawatan pada fikirnya dengan sesuka hati tanpa alasan konkrit.

Beliau tuduh perbuatan itu sebagai sengaja, murahan dan pelahapnya pembangkang untuk menarik perhatian rakyat. Mukhriz menyerahkan kepada bidi bicara SPRM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Pada hakikatnya, itulah pandangan dan saranan murahan Mukhriz anak Mahathir untuk bersuara dan mempopularkan diri. Pendapat Mukhriz akan lebih dihormati oleh majoroti rakyat Malaysia dan dunia sekiranya beliau cuba selak kain merah putih kuning dengan keris Umno dan desak SPRM supaya segera bertindak kepada mana-mana wakil rakyat yang sah salah kerana rasuah. Perlukah diselak satu persatu untuk Mukhriz? Sendiri mau taulah.

Perbuatan rasuah yang sudah menjadi darah daging Umno amat jijik dan memalukan bukan sekadar merugikan bangsa Malaysia malah telah mencalar namak baik dan reputasi Malaysia di mata dan hati dunia. Malaysia tidak menjadi sebuah Negara “Mesti Melabur” dan “Mesra Pelabur”. Tidakkah itu merugikan rakyat dan Negara namanya? Angkara siapa? Selaklah sendiri dulu. Sendiri mau ingatlah, Mukhriz.

Wakil rakyat pembangkang letak jawatan kerana maruah dan atas alasan apakah Mukhriz dan mereka yang sebendera dengan beliau melindungi perasuah yang sah bersalah? Kenapa tidak desak dan asak SPRM bertubi-tubi terhadap mereka. Kenapa tidak “selak” sendiri punya dulu dan tengok besar mana salah yang dibuat? UMNO dulunya ditubuh untuk memperjuangkan hak dan kedaulatan Melayu tetapi kini telah berubah kepada sebuah parti yang mempertahankan dan melindungi perasuah berbangsa Melayu.

Kalau saya berduit, mahu sahaja saya hadiahkan YB Mukhriz kanta pembesar supaya dapat YB "skodeng" gajah depan mata dan lepas tu kalau larat nak teropong kuman seberang barisan, teroponglah dan jangan tak teropong.

Apa yang meranjatkan Mukhriz sehingga takut mendesak SPRM? Siapa berani nak bantah Anak Bapak? Jika Mukhriz ada telur dan berani, desaklah SPRM bertindak terhadap perasuah yang berada di dalam zon selamat dan terkawal UMNO. Atau mungkin Mukhriz bimbang akan kehilangan UMNO selamanya kerana hampir semua yang terlibat dengan pemilihan dalam UMNO guna RM untuk rayu undi. Tak kira ianya daripada sekecil-kecil cawangan hingga ke persidangan Agong. Kalau berani Mukhriz, desaklah. Sendiri mau tangkap ka?

sinarhairan

No comments: