SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Tuesday, November 18, 2008

KONVENSYEN AMK KEDAH

Pada 27 hb DIS 2008 AMK KEDAH akan mengadakan konvensyen peringkat negeri KEDAH,konvensyen ini di hadiri oleh wakil2 setiap AMK BAHAGIAN dan CAWANGAN di seluruh NEGERI KEDAH.Objektif konvensyen ini adalah bertujuan memberi ruang kepada akar umbi dan juga pemimpin di peringkat bahagian untuk melontarkan pendapat dan juga pandangan secara peribadi mahu pun mewakili bahagian,dalam pada itu juga dapat berkongsi idea2 untuk memantapkan organisasi AMK itu sendiri dan PARTI KEADILAN RAKYAT(PKR) khususnya.Antara tetamu daripada MPT selain KETUA AMK PUSAT,AMK KEDAH turut mengundang pengarah strategi PKR iaitu YB SAIFUDIN NASUTION dalam pada itu AMK KEDAH turut mengundang MP GOMBAK iaitu YB AZMIN ALI untuk memeriahkan program konvensyen AMK KEDAH yang julung kali di adakan.AMK KEDAH juga akan menerbitkan majalah sempena konvensyen AMK KEDAH kali ini serta dalam pada waktu yang sama AMK KEDAH akan membuka kaunter pendaftaran ahli baru PKR di dalam menambahkan jumlah ahli di seluruh MALAYSIA.Sebarang pertanyaan mengenai konvensyen atau ingin menghulurkan sumbangan bagi menjayakan konvensyen kali ini boleh berhubung dengan saudara AZMAN NASRUDIN iaitu setiausaha AMK KEDAH di no 0194085232.

No comments: