SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Monday, November 26, 2012

SIDANG MEDIA AMK KEDAH

Hari ini AMK KEDAH telah mengadakan sidang media di AMANPURA HOTEL SUNGAI PETANI.Tujuan sidang media tersebut di adakan untuk menjawab beberapa isu semasa yang berbangkit di negeri KEDAH.Dalam pada itu juga AMK KEDAH akan mengadakan program jelajah ke seluruh KEDAH pada 3o NOVEMBER dan 1 DISEMBER,melibatkan  DUN yang di tandingi oleh PARTI KEADILAN RAKYAT.

DUN yang di tandingi oleh PARTI KEADILAN RAKYAT seperti DUN BUKIT KAYU HITAM,DERGA,BAKAR BATA,GURUN,PEDU,BUKIT SELAMBAU,SIDAM,BAKAR ARANG,LUNAS dan KULIM.Program jelajah AMK KEDAH bermula di DUN BUKIT KAYU HITAM dan berakhir di DUN LUNAS.

Aktiviti EDAR RISALAH,GOTONG ROYONG,SUMBANGAN dan CERAMAH mengisi program jelajah tersebut.....

Semoga program jelajah AMK KEDAH berjalan lancar....

Tuesday, November 13, 2012

HAPPY DEEPAVALI


AMK KEDAH mengucapkan HAPPY DEEPAVALI kepada seluruh masyarakat INDIA yang beragama HINDU di KEDAH dan MALAYSIA...

Thursday, November 8, 2012

MUSLIHAT NAZRI AZIZ

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa larangan menggunakan ruang sidang akhbar di Parlimen oleh bukan anggota parlimen yang berkuatkuasa serta merta sengaja dibuat untuk menghadkan pergerakannya.

“Saya memang sudah menjangka tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz adalah dengan menggunakan kuasanya untuk menghalang saya dari membuat sidang media di Parlimen.

“Beliau seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah institusi tertinggi milik rakyat di negara ini.

Ia wajar disemarakkan dengan isu rakyat baik di dalam atau luar dewan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tegas beliau, “tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan pengurusan Parlimen menghadkan akses rakyat biasa untuk ke Parlimen dan bersuara melalui sidang media hanya akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen.

“Pada fikiran saya, Nazri sekali lagi mengambil tindakan yang berunsurkan “conflict of interest” kerana sidang-sidang media yang akan datang mungkin akan berkisar mengenai beliau.

“Sebelum ini beliau tidak pernah mempunyai apa-apa halangan dengan sidang media yang dibuat di Parlimen,” jelas Rafizi.

Malah katanya, ketika isu NFC dibongkarkan dan bekas rakan kabinet beliau Dato’ Seri Shahrizat Jalil menjadi topik hangat sidang media, beliau langsung tidak membantah terhadap sidang-sidang media di Parlimen.

“Beliau juga dipetik berkali-kali melalui sidang media di Parlimen turut sama mendesak Shahrizat meletakkan jawatan.

“Hanya apabila beliau yang menjadi bahan sasaran sidang-sidang media kebelakangan ini ekoran persoalan mengenai hubungan beliau dengan Michael Chia, barulah timbul soal hak menggunakan Parlimen untuk sidang media.

“Sebab itu saya terus mengulangi saranan saya supaya Nazri mengambil sikap yang lebih terbuka dan tenang seperti Shahrizat dalam menghadapi persoalan mengenai integriti dan perhubungan beliau dengan ahli perniagaan yang disiasat.

“Keputusan terbaru Parlimen ini sedikit pun tidak merencatkan rancangan PKR untuk menumpukan perhatian kepada kes Nazri. Sidang media akan diteruskan dari semasa ke semasa dan pihak media akan dimaklumkan lebih awal,” ujar Rafizi.

Bernama melaporkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengisytiharkan ruang sidang akhbar di bangunan Parlimen, adalah khas dan eksklusif untuk anggota Parlimen sahaja berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata orang luar yang masuk ke Parlimen dilarang menggunakan fasiliti itu untuk membuat apa sahaja kenyataan atau sidang akhbar walaupun ditemani oleh anggota Parlimen Bebas, Barisan Nasional mahupun pembangkang. -FMT

Wednesday, November 7, 2012

FORUM 'MURTAD ATAU KEPELBAGAIAN AGAMA'

Akademi Pak Sako akan menganjurkan sebuah forum bertajuk “Murtad atau Kepelbagaian Agama” pada 8 November 2012 bermula jam 8.30 malam bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).




Ia adalah susulan isu perbahasan kebebasan beragama dan murtad yang diwar-warkan dalam media massa kebelakangan ini.



Panel terdiri daripada penulis lirik, Hasmi Hashim; Juara Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Ridzuan; pendakwah, Wan Ji Wan Hussin dan bekas Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Eekmal Ahmad.



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari turut tampil sebagai moderator.



Kehadiran saudara/saudari adalah dialu-alukan.

Memang kerja BN eksploitasi kenyataan pembangkang – Bippa

KUALA LUMPUR 7 November: Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim berkata, media kawalan Umno lebih gemar mengeksploitasi kenyataan pemimpin pembangkang berbanding mempertahankan Islam supaya tidak terus dihina pimpinan BN.




Beliau mengulas serangan media Umno BN terhadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkaitan isu kebebasan agama.



Katanya, mereka sengaja salah tafsir untuk membuat provokasi kepada pimpinan Pakatan Rakyat terutama melibatkan isu agama dan bangsa.



“Kenyataan Nurul Izzah disalah tafsir golongan yang sering ambil kesempatan untuk buat provokasi terhadap Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi kalau libatkan isu agama.



“Tapi selepas Nurul Izzah beri penjelasan mengenai apa yang dimaksudkan beliau dalam forum itu, bermakna mereka (media Umno) sengaja pintal fitnah berkaitan agama,” katanya ketika dihubungi.



Ahli Parlimen Kuala Kedah itu turut mempersoal pemimpin BN yang secara terang menghina Islam namun tidak pernah dibangkitkan dan tiada tindakan diambil.



“Mengapa ucapan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang jelas menghina Islam langsung tidak disiarkan, sedangkan pada masa sama, ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.



“Kenapa kita boleh berdiam sedangkan ucapannya terang-terang hina Islam. Apa pemimpin Umno buat, kenapa media mereka tak berani siar?,” soal Ahmad.



Soi Lek dilaporkan menyerang hukum hudud dengan mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hukum Islam itu dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.



Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara Islam, namun menggunakan dakwaan dangkal itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.



Beliau turut mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja jika PAS melaksanakan hudud di Malaysia.