SEMARAK REFORMASI

PANJI KEADILAN

Sunday, May 24, 2009

SAFETY RIDING


Kesempatan mendekati golongan muda telah dipergunakan sebaik mungkin untuk mempromosi gaya hidup sihat. keADILan akan mengadakan satu program ke arah mendekati anak muda yang bermotorsikal dengan mempromosikan pemboncengan selamat / safety riding.

Semua anak muda di kawasan sekitar dijemput bersama dalam Bengkel 'Safety Riding' bersama Juara Cub Prix Asia - saudara Yasir Said. Dalam program ini sebanyak 150 motorsikal pertama yang memenuhi ciri keselamatan motorsikal (yang ditetapkan oleh JPJ) layak untuk mendapat perkhidmatan servis motor dan menukar minyak 4T secara percuma. Selain itu Yasir Said akan memberikan taklimat dan demonstrasi pemboncengan selamat dan turut diadakan ialah beberapa pertandingan melibatkan pemboncengan selamat. Demonstrasi willie dan wikang (iaitu dua aksi porpular anak muda bermotorsikal akan dipertontonkan juga.

Melalui program yang dianjurkan secara bersama oleh keADILan Negeri Sembilan dengan kerjasama AMK Kedah, AMK Permatang Pauh dan AMK Bkt Mertajam, diharap dengan program ini keADILan bukan sekadar mampu mendekati anak muda dalam siri kempen pilihanraya tetapi lebih dari itu dapat mempromosikan pemboncengan selamat seiring dengan gaya hidup sehat anak muda.

Friday, May 22, 2009

SEKITAR PENAMAAN CALON PRK PENANTI









Proses penamaan calon PRK PENANTI telah selesai sebentar tadi,pertandingan 4 penjuru di antara calon PKR DR MANSOR OSMAN dan 3 calon bebas yang lain.Bekas ketua wanita PKN PULAU PINANG AMINAH ABDULLAH bertanding di atas tiket bebas.Dalam pada itu seorang ahli perniagaan NAI KHAN ARI turut bertanding atas tiket bebas.Bekas calon BEBAS PRK BUKIT GANTANG KAMARUL RAMIZU IDRIS mencuba nasib sekali lagi di PENANTI bertanding di ats calon bebas.

Pertandingan 4 penjuru akan menjadi lebih menarik dengan kehadiran calon bebas.Calon bebas nNAI KHAN ARI di jangka memberi saingan kepada calon popular PKR DR MANSOR OSMAN.Proses pengundian akan di adakan pada 31 MEI 2009.

Sunday, May 17, 2009

FUTSAL



pasukan juara!!!



Pada hari jumaat yang lalu AMK KEDAH telah mengadakan pertandingan FUTSAL.Pertandingan tersebut di adakan di SUNGAI PETANI KEDAH.Ia menemukan pasukan dari setiap AMK BAHAGIAN seluruh negeri KEDAH.Antara AMK BAHAGIAN yang meyertai iaitu AMK SUNGAI PETANI,AMK SIK,AMK KULIM BB,AMK PDG SERAI,AMK MERBOK,dan AMK BALING.

Walaupun pertandingan tersebut tidak menjanjikan sebarang hadiah atau ganjaran rata-rata AMK yang beraksi menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat kesukanan yang membanggakan.Tujuan di adakan untuk mengeratkan selaturahim di antara AMK BAHAGIAN dan memupuk budaya yang sihat.Perlawanan akhir di antara AMK BALNG dan AMK SUNGAI PETANI antara yang menarik untuk di perkatakan.AMK SUNGAI PETANI BERJAYA MENJUARAI PERTANDINGAN FUTSAL KALI INI,tahniah dan syabas juga di tujukan kepada seluruh pemain yang menyertai.Bagi AMK KEDAH kami mengucapkan penghargaan kepada penganjur atau tuan rumah iaitu AMK SENGAI PETANI di dalam merancang dan mengendali pertandingan tersebut.

Tuesday, May 12, 2009

JANGAN DI BUAI MIMPI

Semalam 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengistiharkan bahawa Datuk Seri ir. Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Maka gempitalah keseronokan penyokong Pakatan Rakyat seolah demokrasi yang telah diperkosa secara hina beramai - ramai telah mendapat dara dan kehormatanya semula.

Malah ada 'pemimpin' yang sudah pergi lebih jauh mengatakan institusi Kehakiman telah kembali bebas. (Jika telah bebas tidak akan Zambry mudah mendapat laluan ekspress pagi ini menangguh keputusan semalam)

Imbas kembali ketika dua ADUN 'katak' hilang dan kemudian dikesan di Pekan, Pahang, cheGuBard telah menghantar 13 sms kepada pemuka Pakatan Rakyat dengan meminta difikirkan bahawa sekarang ialah masa yang sesuai dihadapkan kepada Istana Perak agar Pilihanraya Negeri perlu diadakan demi mendapatkan kerajaan yang benar punya majoriti.

Namun mungkin ketika itu ramai yang masih rasa selesa maka sms che'GuBard tidak dilayan malah ada yang membalas dengan 'kita masih punya majoriti' malah ada yang lebih terlampau berfikiran positif dengan mengatakan sabar mungkin dua ADUN itu tak lompat cuma merajuk..... hahahahahahahahahaaaaa.

Kini sekali lagi keputusan bijak demi kepentingan rakyat perlu diambil.

Pertama keputusan mahkamah ialah berasaskan Nizar, masih sah kerana tidak ada undi tidak percaya.

Ada yang mengatakan undi tak percaya ialah 2/3 dalam dewan mengundi tolak Nizar baru sah gugur MB. Itu mungkin wujud dalam kertas tetapi tidak bagi Bn. Saksikan sahaja bagaimana mereka memilih Speaker ? Tiada 2/3 undi tidak percaya menolak speaker. Dewan belum bermula ? Speaker menegaskan ADUN tertentu perlu keluar dewan sejajar dengan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan tetapi mereka berdegil, menjadikan Dewan umpama pasar dan kemudian membawa masuk 'gangster' untuk menarik dan mengurung speaker yang sah agar mereka boleh mengistyiharkan speaker baru.

Kini Zambry telah mendapat laluan ekspres di Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Maknanya Nizar harus mengosong dan exco harus mengosongkan kembali pejabat yang baru mereka masuki pagi tadi.

Dalam masa terdekat DUN akan dipanggil bersidang. Dengan speaker haram, SUK haram, Setiausaha Dewan haram, Penasihat Undang - Undang haram. Maka akan dibuat proses undian haram menolak Nizar memilih Zambry. Kemelut tidak akan berkesudahan.

Kini jawapannya cuma satu desakan rakyat. Bayangkan jika semua berjiwa besar tak kira Bn, Pakatan mahupun Istana ketika peringkat awal lagi buat sahaja Pilihanraya Umum Negeri sudah pasti krisis akan berakhir. Sesiapa sahaja yang menang akan memerintah dengan tenang....

Bagi Pakatan Rakyat perlu digerakkan rakyat untuk merafak sembah kebawah Duli Tuanku Sultan Perak agar diperkenankan dibubarkan DUN. Tiada jalan lain tumpukan penerangan di kawasan Melayu terangkan isu penderhakaan Umno. Gerakkan rakyat perbagai latar belakang segera !!!

Kepada DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak inilah masa yang sesuai Tuanku perbetul keadaan yang semakin berserabut. Sekarang terpulanglah kepada tuanku bagaimana tuanku mahu rakyat mengenang tuanku......

Merujuk semula keputusan semalam.....sebenarnya kita perlu berhati - hati, Najib sebenarnya telah meletakkan kita di dalam buai, kita silap kalau melayan dengan berbuai. Keputusan semalam dibuat oleh Hakim yang benar berani menegakkan undang - undang, persoalanya kenapa hakim tersebut tidak ditukar seperti biasa.

cheGuBard bersama Mohamad Sabu pernah dibicarakan sehingga 3 Majisteret bertukar kerana bersikap adil. Mahkamah yang membicarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyaksikan hakim yang bersikap adil ditukar..

Respon melampau dalam kegembiraan sesetengah pihak sejak semalam sengaja dipancing Najib. Mood sekarang ialah kononya Mahkamah atau institusi Kehakiman bebas.

Bagi Najib biar hilang Perak sekejap (ingat mereka telah ada speaker haram dan belum tentu Istana setuju bubar DUN jika tanpa desakan kebangkitan rakyat) asalkan dapat korban yang lebih besar.

Mahkamah yang diberikan persepsi kononya bebas inilah yang akan mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.

Perancangan kem Najib dalam agenda jahat amat teliti. Najib berdepan dengan kesukaran menyusun orang - orangnya dia memerlukan pilihanraya umum untuk menstruktur secara total kerajaan dan Bn. Namun dalam keadaan sekarang hampir mustahil Bn akan menang dengan selesa atau kemungkinan untuk kalah juga besar.

Pakatan boleh menggugat dengan syarat teruskan khidmat cemerlang dengan kerajaan negeri yang ada, jangan buat salah besar dan paling penting jangan ada pertelagahan besar antara parti gabungan.

Regim pemerintah tidak kuat tetapi penentang regim sering terlalu lemah. Jarang regim ditentang secara sepasukan yang kuat seperti tahun 2008. Ini semua berlaku kerana kerja Anwar menjadi orang tengah yang berjaya. Kekuatan Anwar bukan pada pidatonya tetapi yang ditakuti ialah Anwar sebagai 'penghubung' tenaga penentang regim. Tanpa Anwar adakah mungkin DAP dan PAS duduk semeja.... yang membuahkan bukan Melayu diyakinkan memangkah PAS dan melayu memangkah DAP....

Ada yang menuduh pengadaian prinsip. Sebenarnya tiada prinsip yang digadaikan Anwar berjaya mengisarkan semua konsep dengan konsep keadilan sejagat.

Masalah Najib kini adalah Anwar. Anwar perlu diasingkan dari menjadi orang perhubungan. Kem Najib percaya tanpa Anwar Pakatan akan berpecah dan regim kekal berkuasa. Mood menolak regim Bn tinggi , Najib tidak boleh membuat gila dengan senang senang menangkap.

Maka semalam Najib telah mendapat senjatanya. Mahkamah dilihat bebas. Bn dengan kononya sugul mengatakan terima keputusan Mahkamah Bebas, tetapi ada pemimpin Pakatan Rakyat dengan tersengeh meraikan dengan yakin keputusan Mahkamah yang kononya bebas. Graf kepercayaan rakyat terhadap mahkamah meningkat.

Bulan depan mahkamah akan memulakan perbicaraan secara terus menerus selama sebulan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Percayalah Najib telah mendapat senjata Mahathir iaitu mahkamah. Mahkamah akan digunakan untuk memenjarakan Anwar semula.

Kali ini untuk tempoh yang lebih lama. Sekarang terpulang kepada kita, pemimpin pakatan rakyat untuk bersatu. Ketepikan masalah ranting. Tidak kiralah ulama atau profesional. Wakil rakyat atau tidak....pandai cakap Inggeris atau tidak...apa yang kita dapat hari ini adalah berkat penyatuan gerak kerja semua dengan mempergunakan Anwar bukan kerana kecerdikan seorang sahaja....

Kepada rakyat terpulanglah selepas 8 Mac 2008 ramai mula mengukir senyum kerana umpama ada cahaya di hujung terowong gelap. Kini terpulang pada kita semua mahu berjalan ke arah cahaya itu atau duduk menati cahaya itu padam.

Ayuh bangkit !!!!!!!!

Monday, May 11, 2009

PERTANDINGAN PAINTBALL













PADA 10 HB MEI 2009 AMK KEDAH TELAH MEYERTAI PERTANDINGAN PAINTBALL BERSAMA AMK PULAU PINANG.PERTANDINGAN TERSEBUT DI ADAKAN DI TAMAN PERWIRA DALAM DUN DUN BUKIT TAMBUN.PERTANDINGAN TERSEBUT DI RASMIKAN OLEH CALON PENANTI DR MANSUR OSMAN.TIDAK KETINGGALAN EXCO KERAJAAN PULAU PINANG LAU CHOO KIANG(ADUN BKT TAMBUN,YB ONG CHEN WEE(ADUN BKT TENGAH)DAN ADUN PANTAI JEREJAK YB SIM TSE ZEE MEMERIAHKAN PERTANDINGAN TERSEBUT.AMK KEDAH DI WAKILI TIMBALAN AMK KEDAH(AZMAN NASRUDIN)KETUA PENERANGAN(ADAM)SETIAUSAHA(RIDHAN SHAUKANI)PENOLONG SETIAUSAHA(WAN)TIMBALAN AMK MERBOK(HAMIZAN)SETIAUSAHA AMK SG PETANI(ZAHARI)DAN BEBERAPA ORANG AJK AMK SIK.